" So? Ada aku kesah? Aku tak nak tengok dia sedih lagi sebab kau! Bertahun tahun dia cuba bertahan tanpa kau, dan bila dia dah berjaya kenapa kau Perlu kembali dan rosakkan segalanya? " Wajah bengis Eiman dipandang lama oleh Rayden.

" Because i love her "

Puih!

" Babi kau lah cinta. Kalau cinta kenapa kau ceraikan dia? Kenapa kau tak percaya kan dia? Kenapa kau tak dengar penjelasan dia? KENAPA! " bahu Rayden ditolak kasar oleh Eiman . Memang sudah lama dia memendam rasa geram dan dendam terhadap Rayden.

"  Ak... Aku "

" Sudah. Aku dah taknak dengar penjelasan kau. Aku dah muak, aku benarkan kau jumpa dia sekejap je. Tapi kau kena janji dengan aku "

Dahi Rayden berkerut.

" Janji apa? "

" Janji dengan aku bila Eishal tanya kau adakah kau bahagia sekarang,  aku nak kau jawap yang kau bahagia . Easy " Rayden terdiam.

" or else tak payah jumpa, senang cerita " celah Eiman lagi.

" Ok aku setuju "













AINGIN petang yang dingin selepas hujan yamg mendamaikan itu menampar-nampar lembut wajah Eishal. Fikirannya sudah melayang jauh memikirkan tentang Rayden.

" kenapa dia boleh bahagia sedangkan aku tidak? " dia menyoal dirinya sendiri. Sebuah keluhan berat dilepaskan olehnya.

" Kak, ada orang datang " Eimar menghampiri Eishal lalu menghulurkan sehelai tudung bawal. Tanpa berlengah Eishal menyarungkan tudung tersebut di kepalanya.

Kerusi rodanya ditolak ke ruang tamu di mana ibunya sedang melayan tetamu tersebut.

" Aisya, inilah satu-satunya puteri yang kami ada. Eishal Rose Hilman " Puan Suhana memperkenalkan Eishal kepada kawannya.

" Eishal, ini kawan ibu waktu sekolah dulu. Datin Aisya " Eishal menghampiri wanita yang sebaya dengan ibunya itu lalu disalam tanda hormat.

" Manis orangnya "  puji Datin Aisya.

" Assalamualaikum, maaf saya lambat " Sapa seseorang dimuka pintu.

" Eh bro! Kau buat apa dekat rumah aku ni? " Eimar menyapanya. Mereka berpelukan gaya lelaki dan melangkah ke ruang tamu.

" Suha, ini anak bongsu aku Kasyaf Umayr " Lelaki itu menyalami tangan tua Puan Suhana dengan penuh tertib.

Dan kini mata Eishal dan mata Kasyaf bertembung. Hati berdengup kencang secara tiba tiba. Pantas Eishal melarikan pandangannya.

" Sebenarnya aku datang sini ada hajat Suha " Datin Aisya bersuara memecah kesunyian.

" Apa hajatnya tu? Macam berat je bunyinya Aisya? " soal Puan Suhana.pantas Kasyaf memandang ke arah Mamanya lalu menganggukkan kepala yang membuatkan seisi rumah bertambah kehairanan.

"Sebenarnya aku datang sini nak Pinangkan Eishal untuk Kasyaf " terbutang mata semua yang berada disitu. Namun Eishal hanya beriak tenang seperti tidak mendengari apa yang disampaikan oleh Datin Aisya.

" Aisya, betul ke kau ni? Kau tahu kan keadaan Eishal macam mana? " Suara Puan Suhana mengundur. Dia takut jika Eishal disakiti lagi.

" Suha, aku dan Kasyaf terima Eishal seadanya " Ucap Datin Aisya dengan penuh ketulusan .

" Macam ni lah, biar tuan punya badan yang buat keputusan " jawap Puan Suhana, dia tidak mahu menerima pinangan tersebut terburu buru seperti dulu. Dia kesal. Kerana permintaannya Eishal menderita. Kini dia memyerahkan semuanya kepada Eishal, kerana gadis itu lebih berhak menentukan kebahagiaannya sendiri.

" Kasyaf bawak Eishal berbincang dekat taman ya? " Kasyaf mengangguk dan menolak Eishal perlahan ke taman mini di dalam rumah tersebut.

Lama mereka berjeda.

" Awak dah gila ke? " Eishal bersuara.

" Jangan buat kerja gila lah kahwin dengan perempuan cacat macam saya " sambung Eishal lagi. Tiba tiba tubir matanya terasa hangat. Tak Eishal! Jangan menangis. Kau kuat!

" Tak , awak tak cacat Eishal. Malah awak terlalu sempurna di mata saya , perempuan pertama yang pernah saya cinta " Eishal diam. Ini rancangan The Hidden Camera ke apa?

" Tak, saya tak prank awak . Saya ikhlas Eishal ,percayalah " pujuk Kasyaf lagi.

" Tak , saya tak layak untuk awak. Banyak benda yang awak tak tahu pasal saya Kasyaf. Saya tak rasa awak dan mama awak sanggup nak terima orang macam saya " Bicara Eishal tenang.

" Tahu apa? Tahu yang awak ni dah pernah berkahwin dulu? " Eishal terdiam.

" Aw... Awak tahu? " soal Eishal sedikit terkejut. Dia tidak pernah memberitahu kepada sesiapa tentang kisah silamnya.

" Ye saya tahu. Saya dah lama tahu dan saya tak kesah. Mama saya pun tak kesah malah dia terima awak seadanya " Eishal hanya memandang kosong ke arah Kasyaf yang bersungguh sungguh meyakinkan dirinya.

" Awak tahu kan apa yang saya lalui? Takkan semudah itu saya nak terima lelaki lain dalam hidup saya " Kasyaf hanya tersenyum ke arahnya.

" Then saya akan buat awak terima saya dalam hidup dan hati awak, sebab saya, Muhammad Kasyaf Umayr berjanji yang saya akan jaga awak Nur Eishal Rose binti Raja Mohd Hilman seperti saya jaga nyawa saya sendiri , mencintai awak seperti saya cintakan diri saya sendiri dan bimbing awak ke jalan yang diredhai-NYA "

Eishal terkaku.




















To Be Continued,

Update!!!!  I'm super duper excited 😋
Agak agaknya Eishal terima ke tak ye? Macam mana pulak dengan Rayden?

P/s : Dekat previous chap anak yang Eishal jumpa tu girl right? So sis nak kasitau yang sis akan tukar kepada boy. Sebab? Entahla huhu

Vote & Comment!

3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin