"Awak tu bawak macam tempat yang nak dituju tu ada kaki dan akan lari! Macam palasit!" Kutuk Yasmeen selamba. Kalau tak straight on point, mana nak faham kan?

"Ya ke?"

"Yalah!"

Yaseer angguk sahaja dan balas okey.

"So?" Yasmeen ikut sama tongkatkan kepala, berhadapan dengan Yaseer. Kening dijongket sedikit.

"So... apa?" Tanya Yaseee tak faham.

Yasmeen hela nafas malas. Tak tahulah Yaseer buat-buat tak faham atau memang tak faham.

"Kita gerak bila?"

Yaseer senyum. Ceh, Yasmeen kutuk cara pemanduan dia sebab nak suruh dia ubah fikiran ke?

"Kan dah cakap tadi... malam."

Terus tegak semula badan Yasmeen. Tak percaya! Jadi apa motif dia membebel panjang lebar dan mengutuk tadi? Untuk dapatkan dosa sahaja kah?

"Awak biar betul?"

Yaseer angguk. "Ya, betul!"

"Habis, yang saya duk membebel tadi, duk mengutuk tadi buat apa? Apa itu tak cukup untuk ubah fikiran awak ke, Ahmed Yaseer?" Yasmeen dah mula bercekak pinggang. Marah ni! Geram ni! Merah-merah ni!

Yaseer senyum sahaja sebelum dia tegakkan badan juga. Yasmeen ditatapnya dengan pandangan redup.

"Well, tadi aku terfikir, ubah fikiran."

"Jadi?"

Yaseer merapat dan tanpa Yasmeen dapat tebak, Yaseer dah masukkan tangan di celahan tangannya yang mencekak pinggang tadi. Dan semestinya apa yang jadi seterusnya adalah dia dipeluk dari arah hadapan. Direct!

"A---ap---apa benda ni weh?" Gagap Yasmeen dibuatnya. Itu dah buktikan macam mana keadaan jantungnya, bukan?

Yaseer senyum disebalik pelukannya. Pelukan makin dieratkan dan kepala dia sandarkan pada bahu Yasmeen. Saja nak menggedik.

Yasmeen telan air liur.

"Ini adalah fikiran aku yang telah diubah. Instead of giving you a passionate kiss, I give you this kind of simple hug." Jelas kedengaran suara Yaseer di telinganya. Naik meremang bulu roma dibuatnya.

"Tt----tak de kena m---mengena pun dengan soalan saya tadi?" Gagap lagi. Bagus Yasmeen. Bagus.

Yaseer angkat kepala dan dia pandang Yasmeen secara berhadapan. Pelukan masih belum terlerai. Dan Yasmeen makin berdebar sebab sumpah, mereka rapat gila sekarang ini! Hanya dipisahkan dengan ruang berjarak 3 inci sahaja.

Gila! Ini gila!

"Ada. Kan kau tanya, buat apa kau membebel dan mengutuk tadi? Ni lah... Kau buat aku geram sebab kau comel sangat masa marah." Yaseer senyum di akhir katanya. That boyish smile yang buat jantung Yasmeen menari salsa dengan sendirinya.

Yasmeen telan air liur.

"Awak dah salah faham ni. Sekarang, jauh dari saya!" Arah Yasmeen berpura-pura yakin. Dia toleh tidak memandang Yaseer sebab takut gila. Gugup pun ya!

'Lelaki ni makin lama, makin gila! Aku pun macam dah terkena tempias gila dia tu!' Bisik hati kecil Yasmeen.

Yaseer senyum sahaja malah dia sengaja buat slow-mo rapatkan jarak yang terbina di antara mereka.

Yasmeen dah makin gugup. Lutut ni dah terasa lembik. Kalau berdiri, confirm dia dah jatuh terduduk.

"Now I changed my mind. Should I give you that passionate kiss?" Bisik Yaseer. Sengaja nak mengusik. Teruja tengok kegugupan Yasmeen. Hahaha!

C | 𝐁𝐅𝐅Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt