"Kereta Audi tu dah diubah oleh mekanik Xavier. Dan kereta tu auto ikut cip yang telah tersedia dalam enjin, semua di programkan dalam mode keselataman."

Aku mengganguk faham, kenapa waktu umur aku 15 tahun dan saat nyawa aku jadi mainan. Diorang tak bagi kereta ni je!

Aduh!

Aku perlahan-lahan menarik tangan dari stereng dan mengangkat kaki dari pedal minyak.

Huh selamat!

"Aisyah tu licik, kau perlu hati-hati sikit."

"Kau memang kenal semua musuh aku?"

"Of course your highness!"

Kereta itu berhenti di kawasan rumah Elit, tak terkejut lah berhenti disitu. Kalau sampai sekarang aku mempunyai harta moyang aku, takkanlah rumah yang berharga 31 juta mereka tak mampu beli.

Lebih-lebih lagi keluarga aku darah diraja.

Aku terus masuk ke dalam perkarangan rumah itu.

Lawa!

Aku turun dan terus masuk ke dalam rumah itu.

"Kau memang tak reti masuk ketuk dulu ke?" tegur Melissa.

Aku tersenyum sinis, "dalam buku Xavier tak pulak dia suruh buat macamtu hm."

Melissa lawa, wajahnya seperti ada kacukan india dan cina! cuma berambut pendek macam laki. Patutlah perangai macam lelaki, buas semacam!

Aku duduk tersandar di sofa, shawlku yang dari awal pagi tidak dibuka hingga sekarang.

"Kau mengeluh kenapa?"

Aku diam.

"Kau Melissa Viction kan?" soalku dengan seriusnya.

Dia mengganguk, matanya masih fokus pada skrin komputer ribanya.
Melissa Viction terkenal dengan kepakaran menggodam segala rahsia. Kerana keluarganya jugak mahir dalam bidang itu, dan malangnya Kerabat Zedd membunuh keturunan itu kecuali Melissa yang terselamat.

"Madu kau tu pun dari kerabat Zedd. Kau perlu tahu yang diorang akan cuba mendekati kau dengan pelbagai cara." ujarnya.

Aku mengerutkan dahi, "madu?"

"Aisyah lah sengal."

Aku mengganguk mengerti.

"Satu kejayaan terbesar Zedd ialah, apabila kau jatuh tersungkur."

Aku ketawa sinis, mataku berubah warna. Kali ini, perubahan itu berubah kerap sekali kerana jiwa ku masih lagi tidak stabil.

Melissa terkedu dan tergamam melihat mata biru gelapku.

"Are you- have split?" mulutnya tergagap-gagap untuk menutur.

"As you can see, don't you know i have dark past?"

Xavier CodeWhere stories live. Discover now