KoKi Kimura vs Darin Fumiya

22 1 0
                                    



Nampaknya sejarah bakal berulang kembali, yelah... Anak dari kedua-dua pihak kini sedang meningkat remaja sekarang. Anak yang seorang itu sekarang dah debut jadi model antarabangsa, dan anak yang seorang itu baru mula berjinak-jinak dalam dunia hiburan. Hah! Dua-dua pihak ada anak perempuan, mehh... memang kena sangat kan!


Tapi, anak yang seorang itu, visual dia luarbiasa sikit, cantik gila berbanding dengan yang model satu tu hah! Pandai mak dia cari suami yang handsome selepas dikecewakan oleh ayah budak supermodel itu. dulu bukan main kisah cinta mereka, buka tv mereka berdua, belek majalah kisah cinta mereka, tengok tv show mesti mereka jadi partner, aih tak ubah macam belangkas.. tup tup tup tak jadi kahwin!


Yang ayah budak model tu, kegilaan ramai orang dahulu.. sampai diberi jolokan 'king of rating' sebab setiap drama yang dia berlakon, mesti rating tinggi. Dan yang paling lit, bila berlakon dengan mak si budak yang baru nak up tu. Drama merekalah paling top, penulis masa budak2 masa tu turut terjebak dengan drama mereka berdua. Kalau dikenang balik, menggamit memori sungguh. Tapi selepas kes mereka berpisah pada tahun 1999 , masing-masing bawa haluan hidup sendiri.


Tapi agak terkilan juga masa tu, yelah.. si emak yang gila popular masa tu tetiba je tenggelam terus dari industri hiburan jepun, dengar-dengar rumour dia pindah ke thailand. Yang si ayah pula, dah kahwin dengan penyanyi terkenal, kecoh gila masa si ayah umum nak tamatkan zaman bujang dia hahaha... meroyan peminat perempuan, tak kira lah yang muda-muda.. peminat berumur pun ikut sama meroyan. Kesian bakal bini dia kena kecam dan sehingga sekarang masih dibenci.


So... itu cerita 20 tahun yang lalu.. sekarang anak-anak dua pihak pun dah besar. Yang si lelaki tu anak dia 15 tahun, ex-gf anak 13 tahun. Tak tahulah pula penulis anak si perempuan tu ada berapa. Tapi yang lelaki ada dua anak, yang debut jadi model tu anak kedua. Yang pertama baru 17 tahun. Aihhh... menggamit memori sungguh. Yang penulis ni pula nak masuk 26 dah. Ha ha ha! Dari dulu hingga sekarang, peminat-peminat masih setia mengikuti perkembangan mereka berdua ni, maklumlah mereka berdua itukan 'fenomena' kami dahulu. Artis-artis yang terkini tak melawan dengan kisah dua artis legend ni.


Oklah semua.. penulis nak sambung tidur pula, nanti esok tengok tabloid pula apa tajuk seterusnya.. good night~

Gosip FiksyenWhere stories live. Discover now