/ 13 /

989 115 38
                                    

Sudah masuk hari ketiga mereka berlima berada di dalam kawasan hutan tebal ini. Jauh dari keramaian peperangan dan juga pemberontakan. Pagi yang masih gelap bermula dengan bunyi gelak tawa daripada empat sekawan.

Jutaan bintang yang masih bertaburan di kaki langit ditatap oleh para gadis itu. Tubuh yang sudah ditenggelami dengan air semakin menggigil dek kesejukan. Bergetar Thalia dibuatnya. Mereka sepakat untuk membersihkan diri terlebih dahulu sebelum meneruskan semula perjalanan untuk pulang ke Atlantis.

"Brr..! Sejuknya!" Thalia sudah tidak tahan. Dia melonjak naik badannya ke atas batu besar. Macam mana diorang semua boleh tahan mandi air stasik yang sejuk beku ni?

"Sejuk? Mana ada." Ujar Ayumu yang tenang memejam mata. Dia melorek naik senyum nipis tatkala merasakan kehangatan di sekeliling tubuh badannya. Wap wap panas mula naik ke udara. Terjuih ke tepi bibir Sha melihatnya.

"Cih. Ya, memang kitaorang ni guna unsur api macam kau pun." Terkekeh Ayumu dibuatnya. Dia menaikkan haba dari dalam badannya, lantas tidak sampai lima minit, seluruh tasik itu sudah menjadi mandian kolam panas. Teruja Thalia meloncat turun semula.

Tersandar mereka semua pada batu bata, menikmati keindahan alam yang terpampang luas di kornea mata. Sesekali akan terdengar dengkuran halus dari Tini sebelum dikejutkan oleh Ayumu, risau tenggelam je kawannya yang seorang itu.

"Luka kau dah sembuh?" Sha menyoal dengan tangan yang dikocak ke arah air. Tasik terasa tenang baginya. Sudah berapa hari dia tidak mandi. Baru kini rasa segar badannya.

"Luka aku? Bolehlah. Tak sakit sangat dah." Ayumu membalas seraya menunjukkan bekas bekas luka yang didapat olehnya kelmarin. Mata Tini turut sama terarah pada lengan dan kaki yang ditunjukkan oleh Ayumu.

"Aku tertanya-tanya.." Thalia membuka mulut dengan mata yang fokus memandang Ayumu.

"..kau ada apa-apa ke dengan Shawn?" Ayumu yang sedang menonjolkan bakatnya dalam menjerang air tasik terdiam. Tini yang tadinya teruja melihat air tasik menggelegak turut sama mengalih pandang ke arah Ayumu.

"Yelah awak. Nampak macam awak dengan Shawn ada apa-apa." Tambah Tini lagi. Dia mendekatkan dirinya ke arah Ayumu. Dua orang gadis di tepi turut sama merapatkan jarak.

"Cuba cerita sikit, macam mana kau boleh kenal dengan Shawn? Aku nak tahu juga macam mana Shawn tu. Walaupun perangai dia macam mintak kaki dan tangan." Bergerutu mulut Sha menutur ayat tersebut. Mulut Shawn tu boleh tahan laser juga.

Ayumu semakin mendongak ke atas. Dia cuba memanggil semula memori memori lama yang dahulunya pernah bertandang di fikiran. Sesekali, dia akan mengusap dagunya. Kemudian dia mula berfikir keras.

"Sekejap, banyak sangat maklumat pasal Shawn ni. Aku kena fikir balik bila hari aku jumpa dia." Melihat wajah Ayumu yang berkerut memerah ingatan membangkitkan rasa lucu mereka semua.

"Bukan ke kau first time jumpa dia masa masuk Golden Phoenix?" Thalia cuba meneka, namun mendapat gelengan sebagai jawapan. Setelah itu, Ayumu menarik senyum nipis, seperti kenangan lama bertandang semula di minda.

"Aku jumpa Shawn masa kejatuhan Eslantis.." Gadis itu mula membuka lembaran cerita yang dia simpan selama ini. Hanya dirinya dan Shawn sahaja yang tahu apa yang terjadi pada hari tersebut. Baginya, kejadian seperti itulah yang telah membangkitkan kekuatan di dalam dirinya.

𝐓𝐇𝐄 𝐋𝐄𝐆𝐄𝐍𝐃𝐒Where stories live. Discover now