PROLOG : THE GOLDEN PHOENIX

3.2K 245 105
                                    

Akan tiba satu masa, kedamaian menjadi taruhan, darah tidak berdosa menjadi gadaian, hanya demi tanah yang mutlak milik bumi.

Pemerintah yang tamak, rela bermusuh hanya kerna takhta, kuasa. Mereka rela membuat kekacauan yang nyata membawa benci, supaya kehendak hati terpenuhi.

Pemerintah yang zalim. Zaman penuh peperangan bakal bermula. Pertempuran antara dua kerajaan yang bersatu dengan kerajaan lain adalah titik permulaan kepada warna merah yang terjadi di antara pengguna magis dan manusia.

Dan ia, sudah bermula. Dan sedang berlaku.

20XX, sempadan Ekrislando.

"Get ready semua!" Jerit seorang lelaki yang bertubuh sasa. Tersarung pakaian besi penuh gah di badannya. Para lelaki yang berada di tanah lapang itu anggukkan kepala mereka dengan semangat.

"Kita akan pergi berperang sebentar lagi!" Jerit lelaki itu lagi. Suara yang kuat bak seorang raja berkata kata dilontar penuh gah.

"Ya tuan!" Bergema kawasan tersebut apabila jawapan penuh semangat daripada puluhan ribu bala tentera yang menyertai peperangan itu terlontar. Tidak lelah dan penat apabila telah berjaya menggegarkan kawasan itu dengan jeritan mereka.

"AKU NAK KAU SEMUA INGAT, KITA BUAT SEMUA NI DEMI MASA DEPAN ANAK ANAK DAN CUCU CICIT KITA! JANGAN MENYERAH SELAGI BOLEH BERLAWAN!"

"JANGAN MENYERAH SELAGI BOLEH BERLAWAN!"

Bergema dan bergema. Itulah mereka. Bala tentera dari negara Ekrislando. Misi mereka adalah menakluki negara jiran, supaya dapat membanggakan raja mereka.

Manakala di sempadan Silvernia, situasi yang sama turut terjadi.

Seorang wanita yang berpakaian besi tersenyum senget sambil melihat para tentera Ekrislando melaungkan kata semangat. Bergema, ya. Dia akui itu.

"Alahai semangat betul mereka tu." Ujar seorang lelaki dalam nada mengejek yang secara tiba-tiba datang dari belakang lalu dengan selamba dia melabuhkan tangannya ke atas bahu wanita tersebut.

"Peluk peluk juga, tentera kita dah sedia ke belum?" Soalnya lalu menolak tangan lelaki itu. Muka menyampah ditayang di hadapannya. Malas mahu melayan.

"Dah sayang. Ni Riven lah. Semua benda boleh jadi kalau aku yang buat." Ujarnya membangga diri. Hidung kemek miliknya dicuit sedikit. Wanita itu sekadar membuat raut wajah bosan lalu berpaling ke belakang.

Kini, dia sedang menghadap puluhan ribu bala tenteranya yang sudah bersedia dengan pedang di tangan masing masing. Ada yang menunggang kuda, ada juga yang tidak menunggang kuda. Yang pastinya, para tentera yang menunggang kuda berada di hadapan, melindungi para tentera yang tidak berkuda.

"Aku tak nak sesiapa yang lari dari medan ni! Kalau aku tahu, aku akan bunuh satu persatu! Kita ramai, jadi mustahil kalau tak menang! Faham?!" Soal wanita itu kuat dengan pedang perak miliknya diangkat tinggi. Mata nya tajam menikam mata mereka semua.

"FAHAM!" Jerit mereka kuat. Pedang dan alat memanah turut diangkat tinggi, menyokong dan menyahut kata kata komander mereka itu.

Wanita itu berpaling semula ke hadapan. Pedang dihayun ke hadapan, bersedia mahu menyerang. Dalam masa yang sama, bala tentera daripada negara Ekrislando juga menarik pedang daripada sarung, turut sama bersedia untuk bertempur.

𝐓𝐇𝐄 𝐋𝐄𝐆𝐄𝐍𝐃𝐒Where stories live. Discover now