Bab 1

3K 37 0
                                        

Bab 1

AZRUL menoleh ke arah telefon bimbitnya yang sedang bergetar. Nama tunangnya tertera di atas skrin. Kalau ikutkan hati, sudah lama dia angkat panggilan itu. Tetapi, dia masih di dalam bilik mesyuarat bersama orang atasannya.

Telefon bimbit itu masih tidak berhenti bergetar. Apakan daya, dia memutuskan untuk membiarkan saja panggilan itu. Dia kembali menumpukan perhatiannya ke arah projektor yang sedang mempamerkan slaid rakan sekerjanya.

Hampir sejam juga dia di dalam bilik mesyuarat. Sebaik saja mesyuarat selesai, dia terus bersalaman dengan rakan-rakan sekerja dan orang atasannya sebelum bergegas keluar dari bilik. Nombor telefon tunangnya terus didail. Azrul menghela nafas lega apabila tunangnya menjawab panggilan itu.

"Sorry, Kayla sayang. I ada dalam bilik meeting tadi. Baru aje habis," katanya dengan lembut. Kakinya mula mengatur langkah kembali ke pejabatnya di tingkat tiga.

"Jadi tak nak tengok baju kahwin kita petang ni?" tanya Kayla sambil menarik nafasnya dalam.

Sejak dua menjak ini dia tidak berapa suka dengan sikap Azrul yang terlampau gila kerja. Kadangkala sampai mereka tidak ada waktu untuk meluangkan masa bersama.

"Kita ada appointment dengan dia orang petang ni?"

"Azrul Hakimi, you jangan nak buat hal."

"Err... hmm..."

"Err... hmm... apanya? Azrul, bagi tahu ajelah!"

"I sebenarnya dah janji nak jumpa klien pukul 3.00 ni."

"You ni..."

"Okey, macam ni ajelah. I cuba habiskan meeting dengan klien secepat mungkin dan jumpa you dekat butik dalam pukul 6.00 nanti?"

"Fine. Jangan tak datang pula!"

"Confirm datang, sayang. I janji."

Azrul menarik nafas lega apabila Kayla bersetuju dengan cadangannya. Mereka bersembang seminit dua sebelum kembali menyambung pekerjaan masing-masing.

Azrul duduk di meja kerjanya, kemudian tersenyum lebar. Bingkai gambar Kayla diraihnya, kemudian wajah itu ditatap lama. Sudah tiga tahun dia dan Kayla menyulam kasih. Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk berkahwin juga.

Awalnya, Kayla tidak bersetuju. Kata gadis itu, masih banyak lagi perkara yang hendak dia lakukan sebelum bergelar isteri. Tetapi, sampai bila mereka hendak membujang? Masing-masing sudah meningkat usia.

Enam bulan yang lepas, Azrul sekali lagi menyatakan hasratnya hendak menjadikan Kayla sebagai isteri. Akhirnya, gadis itu bersetuju juga. Bukan main lega hati Azrul apabila keluarga Kayla juga bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan mereka hujung tahun itu juga.

Azrul tersenyum sendiri. Dia teringat saat pertama kali dia dan Kayla berkenalan. Waktu itu, Azrul sedang bergegas hendak berjumpa kliennya di sebuah restoran di hotel terkemuka di ibu negara.

Apabila lampu trafik bertukar hijau, kereta Honda Accord di hadapannya masih tidak bergerak. Azrul membunyikan hon keretanya beberapa kali sehingga dia hampir hilang sabar kerana dia bakal lewat hendak bertemu kliennya. Tiba-tiba, pintu kereta Honda Accord itu terbuka.

Azrul perhatikan saja gelagat seorang wanita muda yang melangkah keluar dari kereta itu. Dia telan liurnya apabila wanita itu menyelitkan sedikit rambut di belakang telinga dan mata mereka bertemu. Azrul terus mematikan enjin kereta dan turut melangkah keluar dari keretanya.

Berhenti di Hati Kamu [ TERBIT ]Bağımlısı olacağınız hikayeler. Şimdi keşfedin