"Makan," Arahnya. Aku akur.

Semasa makan tiada sembarang bunyi kecuali garfu dan sudu yang berlanggar dengan pinggan akibat mencedok nasi.









"KENAPA diam aje?" Soal dia. Dah tak da perkara yang nak dibincangkan. Buat apa nak buka mulut kan?

"Encik nak cakap pasal kerja ke?" Soal yang dibalas dengan soalan.

Mereka sekarang berniat hendak menuju ke meja masing masing untuk menyambung kerja yang masih menimbul. Tambahan pula aku ni masih banyak hal yang perlu diselesaikan.

Agak susah.

"Tak."

Aku mengangguk faham.

Butang lif ditekan. Saat memandang kedepan, baru aku perasan. Sebuah kertas tertulis 'Lif sedang dibaiki. Sila gunakan tangga.'. Elok kertas tu ditampal di pintu lif.

Aku tercengang. Spontan tangan kanan naik menepuk dahi.

Guna tangga naik tingkat 34? Gila ke apa!

Aku memandang wajah bos. Dia hanya biasa. Dia nampak aku tepuk dahi tadi ke?

"Encik nak guna tangga ke?" Soalku. Was was. Jangan lah setuju. Gila guna tangga.

"Ada pilihan lain ke? Selain guna tangga?" Dia menyoal ku balik.

No!

"Baiklah." Aku mengikut langkahnya menuju ke arah pintu kecemasan menggunakan tangga.

Pintu dikuak. Kenapa aku rasa berdebar pulak ni. Ya Allah tolong lah kau lindungi ku dari kejahatan Ya Allah, Amin..

Aku membengkokkan badan ke arah kanan dihadapan tangga. Kepala disengetkan melihat ke atas. Banyak gila tangga! Secara tak sedar aku melepaskan keluhan.


"Kenapa mengeluh?" Aku memandangnya yang sudah berada di ketangga ke sepuluh. Cepatnya.

"Saya tak pasti sama ada saya boleh naik sampai tingkat 34, encik."

"Cuba naik dulu. Jangan asyik mengeluh dan menggeletar bagai. Belum lagi cuba dah down. Cubalah semaikan semangat sedikit dalam diri awak tu."

Ha... Kan dah kena bebel. Berdesing telinga ni.

"Ya, ya baiklah baiklah." Dia hanya diam.

Aku mula menaiki tangga mengikut sahaja bos. Naik punya naik. Tak sangka dah sampai ke tingkat 24. Berhenti sekejap di pintu tingkat 24. Peluh di dahi dilap menggunakan belakang tapak tangan. Aku memandang dia yang elok sahaja naik tangga. Tak penat ke dia?

Entah entah tengah cover aje tu. Manalah tahu kan sampai dekat tingkat 34 kaki dia terus bergetar atau bergigil. Bila dibayangkan rasa kelakar pulak.

Aku tergelak kecil.

Aku tidak sedar bahawa dia turut memandang ke arah sini juga.

"Kenapa gelak?"

Mati kutu. Tak tahu nak jawap apa.

"Saya tengok encik macam berlagak sado." Akibat ketawa punya pasal. Semua benda yang dilubuk fikiran terkeluar di mulut.

Cepat cepat tangan menutup mulut.

Si encik bos sudah memandang tajam ke arahku.

Gulp.

Udara, udara, udara.

Mahu tercekik dia dekat situ. Kaki dia mula turun tangga mendekatiku. Jangan cakap dia nak buat jahat dekat aku.


"En... Encik tak rasa ke kita patut naik atas? Nanti kerja tak siap," Ujarku tergagap apabila dia berada di hadapanku.

Tangannya mencelup sesuatu di dalam poket. Jangan cakap itu pisau. Saat dia mengeluarkan tangan.


"Jangan!" Aku menutup kepala dengan kedua belah tangan ku. Aku menjerit sebab dia berniat untuk membunuhkan.

Seminit berlalu.

Aik? Tak rasa sakit pun?

Perlahan lahan aku menurunkan tangan daripada menutup muka dan kepala. Aku membuka mata. Dia sedang berdiri statik dihadapanku sambil menghulur kain napkin kecil kepada ku.


Tadi bukan pisau ke?

Muka terasa bahang dimuka. Malu.

"Kenapa jerit?" Soalnya seakan sindir.

Aku diam. Muka tak usah dikata. Merah macam tomato sekarang ni.

"Saya ingat encik nak bunuh saya," Balasku perlahan. Tangan terketar-ketar mengambil kain di atas tangannya.

"Fikir biar logiklah sikit," Sindirnya.

Bertambah malu adalah.

"Janganlah sindir saya. Tahulah otak saya ni merong sikit." Kataku masih perlahan.

Aku memandang dia yang sedang tersenyum nipis. Aku terkedu. Dia... Dia senyum ke tadi? Kemudian, dia toleh semula ke hadapan lalu menaiki tangga semula.

"Don't waste my time, miss."

Bersambung.

•29 September 2018•

❝Follow me?❞

raenees

raenees

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now