PL | BAB 40 🐬

Começar do início
                                    

Nak peha, dapat betis ?!

" Abang... " Airis menundukkan wajahnya.

Tahu tak, dia malu sekarang ni ?

Mikael ketawa kecil. Comel betul isterinya ini.

Dia bergerak ke suis lampu. Sebaik sahaja suis itu ditutup, maka bermula lah kisah mereka sebagai suami isteri yang sebenar. Nafkah batin itu juga sudah terlunas. Tiada apa yang perlu dirisaukan lagi.

*****

" Abang " mata digosok perlahan.
Wajah suaminya yang tersenyum itu sudah menjadi pemandangan yang pertama pada pagi itu. Sungguh indah sekali.

" Awal abang bangun " ujar Airis.

Dia tersedar ni pun sebab Mikael juga. Tiba-tiba sahaja dia terasa ada tangan yang bermain di rambutnya. Siapa yang tidak terjaga ? Melainkan orang itu tidur mati.

Airis bangun dan mengikat rambutnya yang panjang itu dengan pengikat berwarna hitam. Wajah suaminya dipandang. Masih tersenyum. Kenapa ni ? Terkena sindrom senyum ke ?

" Kenapa ni ? " soal Airis.

" Thanks sayang for the last night " ujar Mikael.

Berbahang wajah Airis apabila teringat pada peristiwa semalam. Kenapa mesti diungkit ? Let's bygones be bygones la abang.

" Abang dah solat ? " sengaja Airis tukar topik.

" Belum "

Jam dinding dipandang. Baru pukul 5.45 pagi.

" Oh. Ok. Sara nak mandi dulu. Lepastu kita solat berjemaah "

" Mandi sekali jom ! " usik Mikael.

" Aishh, abang ni ! " dipukul peha Mikael.

" Apa ? Ajak mandi je. Tak nak ke ? Dapat banyak pahala kalau senangkan hati suami, like I ask you to do right now "

" Lain kali la abang. Nak mandi. Bye ! " Airis bangun dan mengambil tuala yang tersangkut pada penyidai.

Dia segera masuk ke dalam bilik air sebelum Mikael membuat perkara di luar jangkaan. Bukan boleh jangka suaminya itu.

Mikael ketawa melihat tingkah laku Airis yang kalut itu. Wajah itu pasti menunjukkan pelbagai reaksi.

*****

" Macam mana kak ? Best tak novel tu ? " soal Aisha. Mereka berdua sekarang ini sedang duduk di pangkin.

" Best sangat-sangat Aisha ! " wajah ceria ditayangkan.

" Tu la. Akak dah baca kan Dr Alpha Male ? " Airis mengangguk.

" Dia ada kesinambungan dalam both novels tu " sambung Aisha. Airis mengangguk lagi. Memang ada pun.

Tiba-tiba Opah Yah dan Mikael keluar dari pintu dapur. Kelihatan Mikael sedang memegang bakul yang agak besar.

" Tu la Mikael pun ada cakap dekat daddy. Tapi macam tu jugak la opah. Still the same "

" Hang pon..usaha tu biaq la lebih sikit..biaq daddy hang cayaq "

" Opah dengan abang nak pergi mana ? Siap ada bakul lagi " soal Aisha. Bakul yang berada di tangan Mikael itu dijeling.

" Dusun... Lani musim moktan " jawab Opah Yah.

" Wah, nak ikut ! " ujar Aisha. Dia memang gemar ke dusun ketika kecil dahulu dan sekarang pun sama.

" Jom la "

" Sara, jom ! " ajak Mikael. Airis mengangguk. Dia bangun dan berdiri di sebelah suaminya.

" Naik kereta ke ? " soal Aisha.

" Naik qeta buat pa ? Baik jalan kaki baqu sihat sikit "

" Opah tu larat ke berjalan ? Kan sakit kaki, suruh Aisha urut pulak. Dusun tu jauh tau " selamba Aisha berbicara.

" Hang jangan nak muhong opah la. Hang sebenaqnya yang nak naik qeta kan ? "

Aisha tersengih. Alamak, kantoi !

Mikael dan Airis hanya memerhati Opah Yah itu. Mikael memandang Airis dan Airis turut melakukan hal yang sama.

Tiba-tiba mereka ketawa. Opah Yah dan Aisha pula memandang sepasang suami isteri itu.

" Hampa dua ni pasai pa ? "

" Erkk..hah ? Err..tak de apa-apa la opah " ujar Mikael seraya menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

" Jom ke dusun ! " ujar Aisha tiba-tiba. Dia terlebih dahulu mengangkat kaki dan memimpin perjalanan.

Opah Yah menggeleng kepala melihat Aisha yang bersemangat ke dusun itu. Setelah itu mereka berdua turut mengikuti langkah Aisha.

*****

" Opah Yah ! " laung seseorang dari belakang.

Opah Yah memandang ke belakang untuk melihat gerangan yang memanggilnya itu. Turut berpaling Mikael dan juga Airis.

Mikael memandang ke hadapan semula lalu menarik tangan Airis untuk mara ke hadapan.

" Kenapa abang ? " Airis memandang suaminya pelik.

" Hah ? Erkk..tak de apa-apa la. Jom la kita pergi dulu " ujar Mikael agak gagap.

Airis memegang lengan suaminya untuk menghentikan langkah mereka.

" Habis tu opah macam mana ? Tak kan nak tinggal opah "

" Tak pe. Opah dah biasa dengan jalan ni. Ni kan kampung opah. Nothing to be worried of "

" Jom la ! " Mikael menarik tangan Airis.

Airis hanya mengikuti langkah Mikael tanpa banyak tanya. Kenapa rekasi muka suaminya itu berubah apabila melihat gadis yang memanggil opah itu ?

Dia orang ada apa-apa ke ? Ke tu girlfriend dia ? Atau crush ? First love pun boleh jadi.

🎬🎬🎬🎬🎬

OK NI JE SIS MAMPU

MAAF LA BAB INI MENGARUT

LACK OF IDEAS READERS 😭

I'M SORRY

SIS TAHU BAB NI TAK BEST

SORRY

ASSALAMUAIKUM 💙

Paradise Love Onde histórias criam vida. Descubra agora