PL | BAB 41 🐬

4.3K 161 4
                                    


Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electron

PELBAGAI jenis buah-buahan yang terdapat di dusun Opah Yah. Ada buah durian, buah rambutan, buah manggis dan banyak lagi. Setelah kaki menjejakkan di tanah dusun itu, Airis dan Mikael telah dihidangkan dengan figura seorang wanita tua dan juga seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lebih kurang tujuh tahun.

Bila diteliti, rupa-rupanya dua insan itu adalah saudaranya. Wanita itu ialah Aunty Hasnah dan si kecil itu pula bernama Maisarah.

" Aunty sihat ? Bila sampai ? " soal Mikael.

Tangan dihulur untuk bersalaman. Airis mengikuti perbuatan suaminya.
Puan Hasnah tersenyum manis apabila melihat wajah tampan milik anak saudaranya itu.

" Alhamdulillah, aunty sihat. Mai, salam abang Mika " arah Puan Hasnah kepada Maisarah. Maisarah segera menghulurkan tangan kepada Mikael. Mikael menggosok rambut Maisarah.

" Mai dah makin comel ya sekarang ? " pipi Maisarah dicubit manja. Airis tersenyum nipis. Hati memuji sikap suaminya yang suka akan kanak-kanak itu.

" Mesti la. Mai kan nak kahwin dengan abang Mika nanti. Kalau tak comel, nanti abang Mika tak nak kahwin dengan Mai " ujar Maisarah selamba. Mikael dan Puan Hasnah ketawa.

Airis turut ketawa. Berangan betul budak kecil ni. Tak nampak ke isteri abang Mika awak ada dekat sebelah ni.

" Dah-dah la tu berangan Mai oi. Isteri ab--"

" Aunty " sebut Airis seraya menggelengkan kepala supaya Puan Hasnah tidak meneruskan kata-katanya. Risau juga jika Maisarah berkecil hati.

Puan Hasnah mengangguk kepala dan membuat isyarat 'ok-ok'.

" Korang ni datang berdua je ke ? Opah mana ? " Puan Hasnah melilaukan mata untuk mencari kelibat ibunya.

" Opah ada terserempak dengan sorang perempuan ni masa on the way datang sini. Lepastu abang Mikael suruh pergi dulu " balas Airis.

Mikael menarik tangan Maisarah untuk menuju ke pondok kecil hasil buatan arwah datuknya. Dari jauh sudah kelihatan Aisha yang sedang makan buah rambutan.

" Kenapa dengan Mikael tu ? " Puan Hasnah memandang pelik ke arah Mikael.

" Entah la aunty. Dari tadi Airis perhatikan aje. There's something fishy " Airis mengetuk perlahan dagunya.

That girl.

*****

" Maisarah, sini kejap " gamit Airis. Maisarah menuju ke arah Airis. Airis menepuk perlahan kerusi batu di sebelahnya supaya Maisarah duduk di situ. Maisarah terus duduk.

" Kenapa kak ? " soal Maisarah dengan nada yang comel.

Airis menongkat kepalanya dengan tangan kiri lalu memandang ke arah Maisarah.

" Mai suka abang Mika ya ? " sengaja Airis bertanya untuk mengorek lebih banyak rahsia mengenai suaminya itu.

" Mestilah Mai suka. Kenapa akak tanya ? Akak suka abang Mika jugak ke ? "

Paradise Love Where stories live. Discover now