Bab 6 - His Friend

Start from the beginning
                                    

"Woman, you just broke my heart into thousands pieces! My heart in pain!" Ini membuatkan Robin malas melayan. Jadi Robin mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja lelaki membuat drama percuma disitu. Dia menyambung semula kerja yang tergendala.

Lelaki itu hanya membebel maka Robin memekakkan telinganya. Kalau nak berdrama pergi lah masuk dalam saluran TV3, tunggulah pukul tujuh. Lepas itu, drama lah kau puas puas!

"Hey! Are you listening?" Lelaki itu menongkatkan lengannya pada kaunter dan badannya turut direndahkan untuk mengambil perhatian Robin.

"Encik nak apa sebenarnya?" Soal Robin malas bersama wajahnya jelas tidak ceria dengan kehadiran lelaki agak menjengkelkan yang satu ini. Soalan yang dibalas dengan soalan. Lelaki itu nak apa sebenarnya? Letih lah.

Penat. Cakap aje lah nak apa.

Terus lelaki itu berhenti membebel dengan wajah terkedunya. Lelaki itu berkerut kening seketika sebelum wajah Robin dicari dan dipandang betul-betul. Pelik dengan sikap Robin mungkin. Garangnya!

"Sebenarnya saya nak jumpa bos awak. Dia ada dekat dalam ke?" Robin menghembuskan nafas lega. Wajah kacak lelaki itu dipandang semula. Ha! Kan senang terus aje cakap. Ini tak, itulah inilah. Macam macam!

"Encik ada buat appointment dengan bos ke?" Robin mengambil notepad berwarna hitam yang menarik perhatiannya, pasti itu jadual dan maklumat penting tentang majikannya.

"Takde." Jawabnya sepatah. Robin ternganga. Jawab macam dah buat janji temu dengan majikannya pula. Yakin pulak tu. Mukanya pula dia selamba derk aje.

"Kalau tak ada, encik tak boleh berjumpa dengan bos." Terang Robin. Like the laws of this company. Bos dia pun dah bagi amaran, kalau orang lain nak jumpa Stuart, dia perlu buat appointment terlebih dahulu baru boleh berjumpa.

"Alah... Takkan tak boleh?" Lelaki itu melepaskan keluhan kecil. Wajahnya bertukar sedih seperti kanak kanak yang tidak dapat gula gula manis dimahukan.

"Hmm... Nama encik siapa?" Robin bersedia dengan notepad hitam ditangan. Dia mahu mencatat maklumat tentang orang luar yang tidak membuat janji temu tetapi mahu jumpa secara mengejut kerana tak beritahu.

"Oh God! I forgot to introduce myself. I'm sorry, name's Eiyad. Eiyad Dizhwar Bin Dato Jawfar. It's pleasure to meet you." Lelaki dihadapannya tersenyum menawan.

"Pleasure to meet you too, Mr.Eiyad." Balas Robin mesra bersama senyuman ceria. Dia menundukkan hormat sedikit dan Eiyad kelam kabut melihat gadis dihadapannya menunduk hormat.

Perbualan mereka sampai disitu sahaja apabila terdengar pintu pejabat milik majikannya dikuak luas dan kuat seperti marah.

"Hey, Stuart!" Sapa Eiyad pada majikannya yang sedang berjalan ke arah mejanya dengan segak dan tampan lagi kacak bergaya. Eh, terlebih pulak dan paling penting sekali kenapa diorang nampak mesra sangat?

"Hai, bro. Kau buat apa datang sini?" Soal Stuart sebaik sahaja kakinya dihentikan betul betul dihadapan meja Robin. Tangan kanannya di letak di atas meja Robin.

Pelik. Tiada angin, tiada ribut. Kenapa muncul?

Robin hanya menunduk. Pura pura membuat kerja tetapi telinga membuka besar. Luas untuk mencuri-curi dengar perbualan diaorang yang terlalu kuat itu dan jelas itu. Nada diaorang bercakap itu kalau boleh satu bangunan ini boleh dengar, berdesing telinga dia.

"Aku nak jumpa kau lah. Kau dah lama tak contact dengan aku," Jelas Eiyad seakan merajuk tambah tidak puas hati. Bahu Stuart ditumbuk perlahan.

"Ops! Aku lupa yang kau ni sibuk aje memanjang sampai kawan baik dia pun dia abaikan, Stuart?" Sindir Eiyad. Tangannya pula diletakkan dimulut, menutupnya seakan-akan terkejut seperti telah mengeluarkan rahsia yang bukan rahsia.

Dahi Robin sekali sekala berkerut. Kenapa nama bapa Eiyad macam familiar aje. Dato' Jawfar. Dato Jawfar. Bibir Robin menyebut perlahan agar tidak didengari mereka.

Pen yang berada ditangan itu diketuk pada dagunya sekali sekala, menunjukkan betapa teruna dia cuba mengingati semula.

Dekat mana ya pernah dengar nama ni. Ahah! Dia baru teringat! Dato' Jawfar adalah Chief Executive Officer syarikat yang paling maju dalam negara ni, termasuk syarikat yang dia berkhidmat dahulu dan syarikat sekarang ni! Robin menyambung semula kerja. Operasi mencuri dengar masih diteruskan.

"Yelah... Akukan goyang kaki aje dekat rumah, lainlah kau. Takpe. Aku faham. Kau boleh pandangan serong dengan aku," Ucap Eiyad panjang lebar dengan nada pura pura sedih disitu seperti jiwanya telah dihancurkan aje.

Muka Eiyad masam mencuka. Robin pula mahu tergelak mendengar perbualan antara Stuart dengan Eiyad yang dia baru kenali tadi dan secara tidak sengaja dia memandang sekilas wajah sedih Eiyad. Comel tetapi kelakar.

Stuart menjungkit kening kanannya melihat perwatakan Eiyad seperti budak tak matang.

"Don't make that face, Eiyad. You're ugly," Bidas Alex sarkastik. Robin yang mendengar, dia menjeling Stuart sekilas. Geram kerana tidak menjaga hati orang lain.

"Aku bukannya berdrama. Aku cuma cakap benda fakta. You know..." Eiyad menghentak kakinya seperti kanak kanak yang tak dapat memakan aiskrim dan disebabkan itu lah, ketawa Robin meletus dihadapan mereka berdua dengan etawa yang sopan bukan mengilai.

Terus dua kepala jejaka itu iaitu Stuart dan Eiyad menoleh ke arah Robin yang ketawa secara tiba-tiba. Kenapa ketawa? Ada kitaorang buat kelakar ke?

Lama Robin ketawa sehinggalaj dia terbatuk apabila dia mendongak melihat Stuart memandangnya tajam manakala Eiyad hanya tersenyum nipis dan memandang pelik. Robin berdehem bagi menghilangkan rasa kekok. Terus tunduk dia untuk menyambung kerja yang tergendala buat kali ke berapapun dia pun tidak pasti.

Air liurnya ditelan tatkala teringat panahan Stuart, menggigil tangannya menulis maklumat di dalam fail tersebut.

"Robin! After this come to my office!" Arah majikannya tegas. Robin terdongak kerana dirinya tersentak dengan suara kuat dan garang Stuart. Wajahnya kelihatan agak marah.

Habislah. Apa dia perlu lakukan?

Bersambung.

28 MAC 2020

Follow me ⬇❞

NSFSHN


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now