Part 01: Lewat

41 4 1
                                        


"Yah,Park Jihoon!!"

Bergema satu rumah dengan jeritan Minji. Minji dengan marahnya mengetuk pintu bilik air dengan kuat. Pintu bilik air pon terbuka, kelihatanlah Jihoon sedang menggosok giginya.

"Asal kau tak kejut aku! Kau tau tak yang kita dah lambat nak pergi sekolah!"

"Aku pon baru je bangun Minji. Kalau dah tau lambat, cepatlah bersiap"

Jihoon berkata selamba

"Kau tau tak bilik air rumah kita cuma ada satu. Jadi, kau keluar! Aku nak mandi."

Minji menolak badan Jihoon keluar dari bilik air dengan kasar

"Habis, aku nak mandi kat mana?"

"Rumah sebelah!"

"Malaslah, apa kata kita mandi sama-sama?"

Sebaik sahaja Jihoon menghabiskan kata-katanya, satu botol shampu dibaling tepat ke mukanya.

"Gatal!!"

~~~

Minji dan Jihoon terhendap-hendap apabila hendak masuk ke dalam kelas. Kelihatanlah Seojun saem sedang mengajar subjek hangul. Dengan perlahan, mereka membuka pintu belakang sambil cuba menyusup dan merangkak masuk ke tempat duduk mereka.

"Saem! Minji dengan Jihoon baru datang kelas!"

Kedengaran mulut seseorang mengadu tentang ketibaan mereka yang lambat itu kepada Seojun Saem. Minji melihat ke arah pengadu tersebut. Kelihatan Woojin sedang tersenyun nakal ke arah mereka.

"Fuck you,Park Woojin"

Minji tanpa sedar mencarut

"Minji,Jihoon? Kenapa kamu datang lambat?"

Minji dan Jihoon pon berdiri lalu tersenyum.

"Kami bangun lambat! Semalam rumah sebelah ada buat party, sampai kami tak boleh tidur."

Jihoon memberikan alasannya dengan nada yg kesian pada Seojun Saem. Kelihatan Seojun Saem sudah termakan dengan alasan mereka. Dia sudah membuat muka kesian.

"Hmm, duduklah. Lain kali jangan datang lambat lagi tau!"

"Baik, Saem!"

Jihoon dan Minji menjawab serentak lalu duduk di tempat mereka. Pembelajaran pon diteruskan

"Hoi"

Kedengaranlah orang belakang memanggil mereka secara perlahan. Minji pon berpusing, kelihatanlah kawan baiknya Yeoreum tersenyum ke arahnya.

"Tak silap aku rumah sebelah korang, rumah hoobae kita Lee Daehwi. Budak tu memanglah bising tapi aku tau budak tu memang tak akan buat party malam-malam. Habis tu hantu mana pulak buat party sebelah rumah korang? Korang tipu eh?

"Tak tipu, just bohong je?

Jihoon disebelah Minji menyampuk

"Apa beza tipu dengan bohong?"

Woojin yang duduk di sebelah Yeoreum pula menyampuk

"Ejaannya lain"

"Maksudnya still sama kan?"

"Entah, aku tak tau"

Kelihatanlah Jihoon dan Woojin berbalas mulut.

"Issh, diamlah pendek! Sekejap lagi Seojun Saem marah!"

Minji memarahi mereka berdua

"Sapa pendek? Sorry, aku tinggi dari Woojin"

"Eleh, aku rasa aku lagi tinggi pada kau Jihoon!"

"Jihoon! Woojin! Kamu berdua berdiri di luar kelas sekarang!"

Kedengaran Seojun Saem bersuara menghalau mereka kerana membuat bising. Walaupon berdiri di luar kelas, mereka masih lagi membuat bising dengan bergaduh bahawa sapa yang lagi tinggi di antara mereka. Hai, bilalah mereka nak sedar bahawa dua-duanya PENDEK!

~~~

Kring!!!!

Loceng waktu rehat sudah berbunyi. Kelihatan ramai pelajar berpusu-pusu ke kantin sekolah

"Tak makan Minji?"

Tanya Yeoreum prihatin

"Hmmm, tak kot. Aku kena simpan duit. Dah 2 bulan aku tak bayar sewa rumah. Kesian pulak kat Jihoon. Dia bayar duit sewa sesorang walaupon kami duduk berdua"

Minji mengeluh perlahan

"Aku tak rasa Jihoon kesah. Ye la, korang dah bersama dari kecik lagi. Setakat duit sewa tu, aku rasa tak ada hal."

Yeoreum memberikan pendapat

"Kau tak apalah, anak orang kaya. Bagi kami nilai tu besar tau tak?"

"Sorry,aku tak tau"

"Ni apa buat sesi meluah kasih ni? Dah rehat, jom pergi makan"

Kelihatanlah Woojin menyampuk sesi luahan hati. Di sebelahnya pula kelihatan Jihoon dengan muka yang masam.

"Ni dah kenapa? Muka macam asam kecut. Seojun Saem buat apa kat korang tadi?"

Yeoreum bertanya.

Disebabkan mereka masih bergaduh pasal tinggi mereka kena denda di luar kelas sampai menggangu ketenteram kelas lain, Seojun saem tarik telinga mereka pergi bilik pengetua.

"Kami pergi padang"

Balas JinJin dengan muka berkerut

"Kenapa kena denda bersihkan padang ke?? Kalau macam tu aku ucapkan tahniah"

Minji berkata sinis sambil menepuk tangannya

"Wei, jahat gila kau. Yup, kami kena bersihkan padang selama seminggu. Ni semua Woojin punya pasal!."

"Asal aku pulak. Sorry, fakta mengatakan bahawa Park Woojin lebih tinggi daripada Park Jihoon!"

"Fakta mana kau guna?"

"Fakta Park Woojin!"

"Tu bukan fakta tapi fuckta you know? Fakta sebenarnya ialah—"

"Ok, aku tak kesah tu fakta siapa. Tapi, fakta aku dengan Yeoreum, kau dengan Woojin sama-sama pendek. Jom, makan! Tinggal lagi 15 minit je waktu rehat."

Minji menyampuk kerana terlalu bosan mendengar pertelingkahan Jihoon dan Woojin. Sia-sia 15 minit masa dia dibuang. Layan diorang baik dia baca novel. Habis jugaklah 5 bab. Ok, dia tipu.

Di Kantin

Kelihatanlah ramai pelajar makan sambil bersembang di kantin. Mereka berempat pon duduk. Minji mengeluarkan satu lolipop dari dalam poket bajunya lalu membukanya laju. Tanpa sempat lolipop tersebut disuakan di dalam mulut, satu tangan telah merampas lolipop tersebut lalu melarikan diri dengan laju.

"Yah, Park Jihoon!!!"

Bergemalah jeritan Minji di dalam kantin tersebut. Kelihatan Jihoon dengan enaknya menghisap lolipop tersebut. Beberapa pelajar cuma mampu menggelengkan pelajar melihat kejadian tersebut. Tanpa sedar, satu mata melihat mereka sinis.

"Childish! Macam budak-budak! Orang miskin memang perangai macam tu ke!?"

Vote and Comment please ^^

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 27, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Wanna Be My Baby? (Park Jihoon)Stories to obsess over. Discover now