Part 2

1.7K 74 4
                                    

Aku belek-belek pakaian yang ada pada tubuhku buat sekalian kalinya. Bila dah puas hati barulah aku keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Kelihatan Dahlia sudah siap. Siap boleh tengok tv lagi.

" Dah siap. Jom."

Dahlia mengerling ke arahku sekilas sebelum menutup televisyen dan mendekati aku. Aku melangkah ke arah pintu. Pakai kasut dan keluar dari rumah. Buka lock kereta dan masuk ke arah driver. Aku biarkan Dahlia mengunci pintu rumah.

Aku capai phone aku dan belek jika ada apa-apa message. Dah yakin tiada barulah aku simpan kembali ke dalam beg. Selepas Dahlia masuk ke dalam kereta. Barulah aku drive keluar daripada kawasan rumah.

" Beb."

" Kenapa?"

Dahlia kerling ke arahku sekilas. Aku pula jadi tanda tanya.

" Kau mimpi lagi erk semalam?"

Aku terdiam. Dahlia tahu?

" Aku dengar kau menjerit semalam. Tapi aku tak masuk la sebab kejap je dengar kau menjerit. Dalam 3 pagi macam tu. Kenapa? Kau mimpi benda yang sama lagi ke?"

Aku tersenyum nipis. Teringat mimpi semalam membuatkan aku tekad. Fine. Aku takkan cari kau dekat dunia ni. Kalau betul kau wujud aku takkan dekat seperti yang kau inginkan.

" Biarlah. Tak penting pun. Lagipun maybe aku takkan mimpi lagi kot fasal lelaki tu."

" Kenapa pula?"

" Sebab aku tak nak."

Aku nampak Dahlia menganggukkan kepalanya kemudian jongketkan bahunya. Entah apala yang dia fikir. Aku akhirnya Cuma tersenyum. Tapi jauh di sudut nak tahu sangat siapa lelaki tu Lia. Hurm.

" Aku buka radio erk?"

Aku Cuma angguk. Biarkan Dahlia buka siaran radio kegemaran dia. Apa lagi kalau bukan sinar fm. Lagipun perjalanan untuk ke kampung jauh lagi. Elok juga dapat dengar lagu sambil menyanyi dalam kereta. Kahkah.

Tiba-tiba radio memainkan satu lagu yang begitu asing pada pendengaranku. Yang pasti tak pernah dengar sebelum ni.

" Lagu favourite aku!" Tapi sebaliknya Lia.

Sempurna
Apakah maknanya
Mungkin sekadar
Rasa yang dijanji seketika
Cintaku
Benar untuk dia
Namun apakah sudahnya pun semalam

Hadirnya rindu ini
Akhirnyaku mengerti
Bayang kenangan kita berdua
Di ruang ini cintaku bertemu
Mengertilah kasih kita sempurna
Biar masa terhenti
Rinduku masih ada
Walau malam berganti
Bahagia menanti lenamu
Kerna esok diriku masih ada
Percaya

Terukir takdirnya
Bukannya dusta
Cintaku untukmu selamanya
Hadirnya rindu ini
Akhirnya ku mengerti
Bayang kenangan kita berdua
Di ruang ini cintaku bertemu
Mengertilah kasih kita sempurna

Biar masa terhenti
Rinduku masih ada
Walau malam berganti
Bahagia menanti lenamu
Kerna esok diriku masih ada
Dalam hilangku cari
Setiaku berjanji
Jiwa kita bersama

Kasihku dikau sedarlah
Mengertilah
Kasih kita sempurna
Biar masa terhenti
Rinduku masih ada
Walau malam berganti
Bahagia menanti lenamu

Kerna esok diriku masih ada
Kerna esok diriku masih ada
Kerna esok diriku masih ada
Kerna esok diriku masih ada

Sebaik sahaja lagu itu habis, tiba-tiba aku rasa ada air mata mengalir ke pipiku. Aku usap pipiku perlahan. Aku tersentak kecil. Aku menangis? Cepat-cepat aku seka sebelum Dahlia perasan.

You Are The ReasonWhere stories live. Discover now