Prolog

45K 398 4
                                        

Dia berhempas pulas mengatasi lapisan kabus yang menyelubungi fikirannya. Desahan perlahan keluar dari mulutnya ketika matanya mula terbuka. Terjaga dari lena bukanlah yang dia inginkan sekarang. Yang dia mahu hanyalah supaya dia terus terlena diselimuti mimpi yang gelap dan tebal.

Tiada apa-apa pun yang menantinya di alam jaga. Hidupnya hanya satu lohong hitam. Kosong, hitam, kelam. Tiada apa-apa. Satu-satunya perkara yang berlegar di mindanya yang penuh dengan kekeliruan cumalah sepotong nama miliknya.

Irene Nadhia.

Dia mencari-mencari. Mencari jawapan kepada kepada persoalan yang berenang di ruang fikirannya setiap kali dia terjaga. Masa lalunya ibarat sebuah padang jarak yang terbentang luas di hadapannya. Jawapan yang dicari seolah-olah tergantung jauh, mengganggunya dan menjauhkan diri sebelum sempat dia capai dan genggam.

Dia memulaskan kepalanya di bantal yang kurang selesa itu, mahu kembali melelapkan matanya. Tiba-tiba satu tangan yang tegap menggenggam tangannya. Ketakutan menyeliputi dirinya. Kemudian dia tersedar, dia selamat kerana dia sekarang berada di dalam hospital. Dialihkan tangannya ketika dadanya turun naik dengan nafasnya yang laju.

"Jangan tidur balik Dhia. Belum waktunya lagi"

Suara lelaki itu ibarat hembusan angin yang meremangkan bulu romanya. Dengan berhati-hati dia berpaling ke arah suara yang tidak dikenali itu. Betulkah dia memang tidak mengenali sosok itu?

Badannya dengan spontan menganjak menjauh ketika dia menatap sosok lelaki itu yang baru sahaja berbicara dengannya.

Pembawakan diri lelaki itu nampak menggentarkan. Tinggi dan tegap. Pandangan matanya menatap Dhia dengan berat.

Melayu ke?

Matanya kelihatan agak sepet dan kulitnya sangat cerah. Namun percakapannya langsung tidak pelat. Dhia sedikit geli hati dengan keanehan suara hatinya. Dia sepatutnya tertanya-tanya siapakah lelaki itu dan apakah yang dilakukannya disini, dari berteka teki sama ada lelaki itu Melayu atau Cina.

Dhia mula tegang ketika dirasakan pandangan lelaki itu terhadapnya tajam menikam. Dia cuba mencapai apa-apa sahaja bentuk ingatan atau pengecaman terhadap sosok itu, tetapi yang dia dapati hanyalah rasa tidak tenteram dan takut.

"Awak siapa?" soal Dhia perlahan, hampir kedengaran seperti berbisik.

Terlihat suatu kilatan dari sepasang mata yang sedang menatapnya, tetapi lelaki itu tetap menunjukkan reaksi yang neutral.

Adakah dia telah melukai perasaan lelaki itu dengan kenyataan bahawa dia tidak mengenalinya? Dia cuba meletakkan dirinya di dalam situasi lelaki itu. Cuba membayangkan apa yang dia rasakan sekiranya seseorang yang rapat atau disayanginya tiba-tiba tidak mengenalinya.

"Abang suami Dhia.."








23.07.2018

Musim Cinta (Completed)Where stories live. Discover now