Ain yang berjalan keluar daripada surau hampir terlanggar murid lelaki itu. Sempat lah jugak dia mintak maaf masa berlari masuk. Dan masa tu lah jugak Ain membebel.

"Ape ke benda lah berlari lari. Nasib aku tak jatuh, kalau tidak---"

"Jatuh cinta lah kau" potong Athirah sebelum Ain sempat pun untuk menghabiskan ayat.

"Sepak kau kang Thirah" Ain mengacah mahu penyepak Athirah. Acah je. Takkan nak buat betul-betul pulak Kang... Sayang ni...

"Tapi aku tak pernah nampak pun diorang" kata Fatin lalu memakai kasut nya.

"Entah lah.. Diorang baru je tegur aku tadi"

"Sebab?"

"tanya aku kalau aku ada nampak kawan diorang tadi"

"Kau nampak ahh?"

"Aku nampak lah sebab dia ada tanya aku pasal Ustazah NorFarizah" terang Nathifa.

Mereka bertiga hanya mengangguk sahaja dan berlalu pergi menuju ke kantin yang tampak nya takde lah ramai sangat orang.





📚📚📚


"Ape ni?! Aku tak faham langsung soalan dia nak!" jerit Nabila yang Tiba-tiba. Athirah yang dok menekan dekat kalkulator terus jadi syntac error. Nathifa yang dapat jawapan pada soalan nya jadi tak ingat dah. Fatin yang sibuk menulis nombor patah jadi nya pensel tu. Ain yang sedang membuat bulatan dengan jangka lukis dah jadi bujur dah.

"Kau dah kenapa Nab?" tanya Fatin sambil menghempas pensel nya ke meja. Tak jadi nak mengira balik.

"Nak penampar ke?" Nathifa menunjukkan tapak tangan nya ke Nabila yang duduk di hadapan nya.

"Dah lah datang lambat, lepas tu bising-bising pulak kat sini. Kau buat kerja kau tu kat lantai!" protes Athirah apabila kalkulator nya Tiba-tiba tak berfungsi lepas Nab menjerit tadi.

"Ape masalah kau Nab?" tanya Ain sambil memadamkan balik bulatan yang dah jadi bujur tu. Satu lagi hal nak kena lukis balik bulatan tu. Elok-elok dah cantik tadi.

"Sorry.... Takde lah.. Aku tak dapat buat soalan ni" kata Nab sambil menterbalikkan kertas latihan Matematik itu ke belakang.

"Soalan apa?"

"Nisbah"

"Alahhh..senang lah!" kata Nathifa lalu mengambil pensel di dalam bekas pensel nya lalu dengan selamba nya mengambil kertas latihan milik Nab. Nabila hanya melihat dan menjeling Nathifa yang main ambil je kertas latihan orang.

"Kau nak buat ke?" tanya Nab apabila dia melihat Nathifa nampak gaya macam nak buat terus soalan tu. Nathifa memandang Nabila di hadapan.

"Hell no! Memang tak ahh. Kau buat lah sendiri" Nathifa melemparkan kertas latihan itu di atas meja Nab semula.

"Tadi kau ambil macam kau nak buat je. Tu yang aku tanya. Halahh!" sempat Nab melempar pemadam Faber-Castell berwarna hitam yang dah tinggal separuh itu ke arah Nathifa tapi sayang nya Nathifa pandai mengelak. Jadi pemadam itu jatuh ke bawah lantai.

"Kau ambil balik" suruh Nab kepada Nathifa. Nathifa hanya memandang nya tidak percaya.

"Pe kau cakap? Ambil kan? Ambil lah sendiri! Pemadam kau. Kau yang baling tak kena! Halah!" kata Nathifa sebelum melempar pemadam nya berwarna putih yang sudah diconteng menyerupai muka dan sudah tinggal separuh juga. Pemadam tahun lepas. Sampai sekarang ada. Dia membaling nya ke arah Nab tetapi sayang nya tak kena juga tapi lagi malang pemadam tu terkena dekat kepala si singa.

Mampus... Perkataan yang terkeluar daripada bibir Nathifa. Senyap senyap Nathifa buat tak tahu. Dia mengambil kalkulator nya dan mengacah sedang sibuk mengira.

Manakala Fatin sedang sibuk menajamkan pensel 2B nya itu terganggu sebab ada benda keras terkena kepala nya. Dah lah takde mood sebab tiba tiba ada kelas tambahan pada dua hari buka sekolah, time time cam tulah ada benda keras nak hinggap kat kepala. Memang kena lah.

"Sape pulak yang main baling-baling ni?!" Jerit Fatin dengan membaling pemadam itu semula ke arah meja mereka berlima. Pemadam tu pulak kena kat dahi Ain. Terberhenti Ain nak buat bulatan.

"Kenapa kena kat aku?!" Ain pulak yang menjerit lalu membaling balik pemadam itu ke hadapan sambil tangannya menggosok dahi nya. Dia tahu sape yang baling tu. Terus dia menerpa ke arah Fatin dan mulalah pertengkaran dia antara  Ain dan Fatin.Athirah yang sedang membaiki kalkulator nya terganggu kerana tiba tiba tangan kanan yang sedang membuka bateri di tembak pemadam. Athirah mengambil pemadam yang telah jatuh ke lantai lalu melemparkan nya ke dalam tong sampah.

"apehal pergi buang?!" Nathifa yang nampak Thirah melemparkan nya ke tong sampah terus Menyerang Athirah. Athirah yang tidak tahu apa apa itu hanya memandang Nathifa kosong. Blur jadi nya.

"Ape?" Tanya Athirah dengan wajah hang blur.

"Jangan buat buat tak tahu lah!"

"Ape aku buat?!"

"Kau lah----" dan mulalah sesi pergaduhan antara Nathifa dan Athirah.

Nabila yang hanya duduk di tengah-tengah dia antara pergaduhan kedua dua kawan nya itu, mula berundur ke tempat lain.

"Hey" Nabila sempat berhenti apabila dia tadi berjalan ke belakang nak mengelak menjadi mangsa pergaduhan itu. Nab memandang ke balakang dan berdiri lah seorang lelaki yang tinggi memakai baju rumah sukan biru dengan beg hitam disandang nya. Tak lupa juga dia datang bersama memegang pemadam putih separuh. Whoa! Itu pemadam Nat!

"Y-ye?" gagap Nab menjawab Ye. Padahal ye je pun

"Ini awak punya ke? Sebab pemadam ni terpelanting dari kelas awak ni" kata lelaki itu sambil tersenyum dan menghulurkan pemadam itu ke arah Nab. Nab cepat cepat mengambil nya dan membaling nya ke belakang. Dia tidak perasan yang dia membalingnya ke arah kawan nya yang sedang bergaduh.

"Auchh!" jerit kesakitan mereka berempat di belakang. Nab hanya buat tak tahu. Malas nak mengaku kawan bila lelaki di hadapan nya ini melihat adegan pertengkaran kecil kawan nya di belakang.

"Oh, haha itu kawan saya punya. Saya dah bagi dekat dia. Jadi jangan bimbang" kata Nab dengan senyuman yang tak lekang tersenyum.

"Oh yeke? Kalau macam tu saya masuk dulu ye?" Nabila pelik.

"Masuk ke mana?"

"Kelas ni. Ini kelas saya"

"Ini kelas awak?!" jerit Nab sedikit nampak lah diri nya terkejut. Lelaki di hadapan nya mengangguk.

"Haah, ini kelas saya. Saya pelajar baru. Nama saya Adam Danish. Selamat berkenalan"


📚📚📚

[C]Book 2 : 11 Pelajar Hots [Wanna One] on editedМесто, где живут истории. Откройте их для себя