BAB 1

1K 84 17
                                    

Kring!!

Jam loceng digital berwarna biru muda dicapai . Waktu yang terpapar di skrin jam itu diperiksa . 'Masih ada satu jam setengah sebelum pukul tujuh , baik aku bangun nanti terlepas pula Subuh'. Dirinya digagahi supaya bangun melawan hasutan syaitan laknatullah yang tidak jemu – jemu menyuruhnya kembali ke kamarnya. Doa bangun tidur yang dibelajari ketika kecil dibaca. Selesai berdoa, langkahnya menuju ke bilik mandinya.

Di bahagian dapur rumah itu pula, kelihatan seorang perempuan yang berdiri di meja makan. Datin Rita gigih menyediakan sarapan untuk keluarga yang disayangi. Bunyi derapan kaki yang sedang menuruni tangga kedengaran membuatkannya tersenyum lebar. Kelihatan anak terunanya segak beruniform sekolah di anak tangga yang terakhir .

"Morning,bu." Sapa anaknya. Tubuh ibunya dipeluk dari belakang.

"Morning, Rif nak apa apa tak, ibu boleh sediakan." Anaknya tersenyum mendengar soalan ibunya.

"Tak apa. Arif boleh buat sendiri. Tengok ibu ni dah peluh –peluh dah buat sarapan ni sorang – sorang." Tangannya ligat mengelap manik peluh ibunya dengan tisu. Ibunya senang dengan perilaku Arif. Walaupun sudah besar, sikap manja itu masih melekat kuat pada diri anak yang seorang ini walaupun di luar tegas dalam mendidik adiknya.

"Selamat pagi!! Mmm...sedapnya bau sampai menusuk kalbu, kan yah ?" Kedengaran suatu suara menyampuk dari belakang. Mereka berpaling ke arah tuan empunya suara. Senyuman yang lebar diberikan kepada dua insan yang penting dalam hidup mereka.

" Mestilah tengok isteri siapa ? Isteri ayah mestilah pandai masak. Hah, kamu ni Imran, bila nak langsungnya? Kamu tu bukannya muda sangat!" Dato' Mustaqim sempat mengusik anak sulungnya yang dari tadi kelihatan seronok melihat kegigihan isterinya menyiapkan sarapan.

"Apa ayah ni? Imran baru masuk 22 tahun ni. Muda sangatlah. Kita kalau nak kahwin ayah, masa umur 30 la." Imran pantas membela dirinya.

"Dia pulak mengajar kita ini. Elok sangatlah macam itu. Jodoh lambat baru nak menyesal. "Dato' Mustaqim mula menakut - nakutkan Imran menyebabkan muka anaknya semakin ketat.

"Ayah janganlah doa macam itu! Nanti jadi betul - betul pula, bukan Imran sahaja, ayah dengan ibu pun susah juga nanti." Imran masih berusaha membela dirinya keseorangan.

"Sudah, sudah. Kalau asyik berbual saja, siapa nak makan semua sarapan yang dikatakan sedap hingga menusuk kalbu ni? Ha... Imran, mana Iman? Tak siap lagi ? Dah lewat sangat nak pergi sekolah ni." kata Datin Rita bimbang dengan anak daranya seorang itu.

" DAH SIAP!!! " Jeritan daripada seorang kanak – kanak yang berumur 13 tahun itu mengejutkan semua yang berada di ruang makan itu. Semua disitu hanya mampu menggelengkan kepala mereka kerana sudah masak dengan perangai gadis itu yang seperti budak - budak walaupun telah melangkah ke sekolah menegah pada tahun ini.

"Iman buat lagi macam ni , memang abang Im akan sekeh kepala itu nanti." Tanpa ada sekelumit pun rasa takut, Iman hanya terkekek ketawa. Dia sudah pasti abangnya tidak akan berbuat demikian kerana abangnya lebih bersifat penyayang berbanding dengan Arif yang sepanjang masa belajar memanah dan lebih tegas ketika memberi arahan kepadanya.

Tetapi ketegasan Arif tidak pernah lama. Dia sendiri tahu hujung  hati abangnya yang seorang lagi ini tersorok rasa sayang kepada dirinya serta keluarga dan dia sedar ketegasan abangnya adalah untuk menjadikan dirinya berguna untuk masyarakat dan lebih tabah menghadapi ujian hidup.

" Tak apa, tak apa. Tak takut ya... tengok apa yang abang Rif buat kat Iman nanti. " Kata – katanya mula membuatkan mukanya berubah cuak dan pucat. Arif pula tersenyum menampakkan giginya yang putih bersusun. Jadi model Colgete pun lepas ini!

Secret Identity : ICEBREAKING [BOOK 1]Kde žijí příběhy. Začni objevovat