Bab 2 : I'll be your Knight in shining armor

Start from the beginning
                                    

Laki aku flirting dengan perempuan lain? Apa hubungan mereka berdua ni?
Aduh! Cemburu itu sakit rupanya.

“Pelik Kan? Kenapa big boss Tak pernah cakap yang dia Ada adik secantik ni. Kalau tak...Aduh! Melepas,” aku Tak pasti siapa yang bersuara. Aku lost track sebenarnya.

Perlahan – lahan suami aku meletak sudu Dan garfunya.

“Amin, allow me,”

Haz aka ajis bersuara sebelum satu jeritan kecil disebalik tangan kedengaran. Terangkat habis kening aku, si Ajis aka Haz sedang menekan Dan memutar tangan rakan sebelah mejanya dalam keadaan sudut yang… erm.. manakala sebelah tangannya lagi menutup mulut si penyuara.

“Rookie-“

“Hazizah-“

“ Behave!”

Ucapan 'Behave' keluar serentak dari bibir abang Nabil dan Hazizah.

“Thank you, haz,” suami aku menyambung semula makannya. Lagaknya seperti tiada yang yang berlaku.

Si Rookie menggosok tangannya.

“Thanks me later, rookie. I just save your future,” Haz aka Ajis tersenyum sinis.

“Fir, orang bawah kau… lemau”.
Sambungnya lagi.

Lelaki bernama Fir hanya tertawa sambil menggelengkan kepala. “ sorry Amin, majlis kau jadi bertukar jadi drama reunion kami pula.”

Suami aku hanya menjungkitkan bahunya until kesekian Kali.


“ Amin… ambil nasihat aku yang percuma ni, kau kena berlatih beramah mesra terutama dengan isteri, baru rumah tangga bahagia”, nasihat lelaki bernama Fir.

“Dia tengah berusahalah tu. Kau Tak tengok ke drama semasa nak ke pelamin tadi,” Kalai menyampuk.

Aku dan abang Amin berbalas pandang.

“ Thanks, Fir,”

Ooo jadi betullah cakap Azah tadi, yang abang Amin ni kurang bercakap. Tapi… tapi..

“Only for you, little one,” dia merendahkan badannya Dan berbisik ditelinga.

“ Auw… so sweet. I wish my husband was here,” pengakuan wanita bernama Haz entah mengapa membuatkan aku rasa lega. Sudah kahwin rupanya! Aku teka dia bekas rakan sekerja abang Amin.

“ Hai Hai pengantin baru,” datang seorang lelaki berbangsa cina datang menepuk bahu abang Amin. Suaranya seperti…

“Izinkan Saya memperkenalkan diri kepada pengantin perempuan, nama Saya Chen Dan saya adalah MC pada Hari ini,” dia menundukkan diri sambil memegang dada.
Oh… patutlah… tapi Bahasa Melayu dia memang flawless, tiada telo cina langsung.

“Hai, Saya Aisyah,”

“of cause I know that! ( Dia mengenyitkan matanya) Wah… aku Tak sangka kau masuk dalam kategori lelaki romantik. Dalam hati Ada taman,” dia menepuk perlahan belakang abang Amin.

“Sebentar lagi bersiap sedia untuk acara memotong kek pula. Amin… kek tiga tingkat tu sudah cukup manis. ( Dia mengenyitkan matanya ke arah abang Amin pula) Kasihanilah kami, kaum lelaki yang masih single ni, jangan letak bench mark tinggi sangat. okaylah itu sahaja pesanan dari MC.”

Majlis diiringi dengan nyanyian ballad dari sebuah band harmoni yang  terkenal pada awal tahun 2000an. Apabila MC mengumumkan acara memotong kek bermula, cepat – cepat aku menarik hujung lengan baju Encik suami.

“ Abang… Tak perlu dukung lagi. Sya boleh berjalan sendiri… just… please lend me your hand,” aku bersuara perlahan.

“ Betul ni?”

Aku menganggukan laju.

Dia terus menampakkan lesung pipinya.
“Shall we?” dia menghulurkan tangannya kepadaku. Dengan sedikit getar aku sambut Dan tangan aku terus berpaut pada lengannya.

Aku masih lagi gementar. Jelas kelihatan semasa memotong kek, tangan ku masih lagi tidak henti bergetar semasa memegang pisau sehingga ditenangkan oleh Encik suami.

“Relax…”, dia memujuk sambil sama – sama memegang pisau. Tapi masalahnya dia buat ala – ala back hug drama romantik Korea, lepas tu pegang pisau bersama – sama. Seluruh belakang aku melekat dengannya, aku yang Tak pernah serapat itu dengan lelaki bukan ajnabi sebelum ini, sudah tentulah gelabah tahap tertinggi. Aku menelan air liur, Cuba mengumpul kekuatan, terutama kekuatan kaki, dah nak bertukar jadi kaki sotong ni.

Ya ampun!

Orang lain memang akan nampak sweet sangat, tapi bagi aku yang first timer ni, gabra tahap gaban, tahap manati. Lepas tu sempat lagi dia berbisik ditelinga, nafasnya menampar di kawasan telinga aku.

“Don’t forget to smile.”

Jangan lupa senyum? Aku Ni cara nak bernafas pun rasanya macam nak kena rujuk Google. Parah!

“ Here we go again… the romantic guy in action,” usikan MC memancing tawa dari hadirin lagi. Muka aku sudah habis tona merah aku guna.

Kilauan lampu Dan bunyi petikan kamera menambahkan lagi rasa gugup aku. Aku Tak biasa berada di dalam sport light seperti sekarang ni.

“ Pengantin! Shot untuk suap kek pula,”

Encik suami menukar kedudukannya untuk berada disisi aku. Kek yang kami potong tadi dibawanya ke mulut aku.

“Pengantin perempuan! Jangan tunduk ke bawah, Cuba pandang ke Mata pengantin lelaki,” juru kamera memberi arahan.

Dengan rasa malu – malu aku memandang wajahnya.

“ ok… hold it… yes! Perfect!”

Aku masih lagi tidak melepaskan pandangan aku.

“Say AAA... and Bite that cake,”

Amboi jurukamera Mana pula yang over acting ni. Sempat lagi aku merungut dalam keadaan dalam keadaan gemuruh ni

“ sekarang pengantin perempuan pula. Suap kek ke pengantin lelaki,”

Sempat juga aku menjeling Tak puas hati kepada jurukamera yang over ni.
Saat itu juga si Encik suami menarik tanganku berserta kek ke dalam mulutnya, maksud aku..dua  jari aku pun termasuk sekali ke dalam mulutnya,

And… he was flickering his tongue!

“Hm...”

Then… he's smirked

Oh my!

Oh my!

Cepat – cepat aku larikan tangan aku.

Oh my!

Mana aku nak sorok muka Ni?

Sisa icing ditangan aku ni, mana aku nak buang? Takkanlah aku nak lap dibaju kot? Mata aku dah ke kiri, ke kanan ke atas ke bawah, kecuali ke tengah je. Sebab apa? Aku Tak sanggup nak berlaga empat mata dengan si dia pada waktu ini. Aku jangka mesti akan ada lagi peristiwa Tak disangka akan berlaku. Ya… jangkaan aku tidak meleset. Tangan aku diraih perlahan, dibawa ke bibirnya sebelum si Encik suami mengelap sisa icing dengan tisu.

“Comel. Rasa macam nak gigit,” dia menunjukkan giginya sekilas sebelum lesung pipit menjelma.

Aduh!

Bilalah majlis ini akan selesai, aku rasa seperti nak mati menahan malu.


Nota dari penulis:

Hah! Amacam... ok tak Bab 2 ni? Ai harap gaya, cara penyampaian ai ni sampai dihati para pembaca. Maaflah manglish yg ado... Maafkan lah juga kalau xsampai di hati, tapi at least singgah di Mata Kan? Cia.. cia.. cia
Last not least
Vote
Follow
Share

My Gentle Bear (malay)Where stories live. Discover now