Chapter 9

154 6 17
                                    

Look at Kit smile aiyoo so cute! tak boleh move on lah sis dengan gif ni haha

"LEPASKAN!" jerit Kit dengan rasa marah. Dia tak perduli lagi dengan Ming. Dia kecewa dengan Mingkwan kerana sanggup menipunya. Wajahnya sudah semakin sembab kerana nangis yang agak lama. Dia memang pantang dan tak suka orang menipu walaupun benda kecil. Dia memang tak boleh terima bila orang yang dia sayang menipunya.

"P' saya minta maaf, saya tak sangka boleh jadi macam ni. Ada sebab kenapa saya tak jumpa P'Kit." Mingkwan cuba memujuk kekasihnya itu. Dia berasa sangat menyesal dengan apa yg dia lakukan.

"Kau nak apa lagi Mingkwan? Tak cukup lagi ke nak sakitkan hati aku lagi. Lepas berminggu tak jumpa sekarang nak minta maaf pulak? Tak faham betullah, Aku nak tanya kau, Kau dah ada orang lain kan? Tak pun kau dah mula suka perempuan balik? Kau mesti dah tak sayang aku lagi kan?" Kit mula menyoal soalan yang tersimpan selama ni. Dia tahu mesti Mingkwan hanya mahu "try" bukan sayangkan dia betul betul.

"P' bukan macam tu, i love you very much you know?! Saya takkan pandang orang lain saya kan ada P' " mati kutu Mingkwan dibuatnya. Ming tak mahu beritahu pasal kejutan birthday Kit lagi.

"Ah! Aku tak percayakan kau lagi. Aku benci kau Mingkwan! Berminggu aku cuba hubungi kau, nak jumpa kau tapi kau buat tak layan kat aku. Sekarang dah jadi macam ni baru nak pujuk nak jumpa aku. Takda maknanya lagi, aku tak suka orang tipu aku dan aku taknak ada apa apa dengan penipu! " Kit cuba merentap tangannya dari pegangan Mingkwan. Air matanya masih mengalir dengan deras.

Melihat Kit yang masih menangis Ming segera memeluk dah menyium lembut bibir Kit. Tak sanggup dia melihat Kit menangis kerana perbuatannya itu. Kit cuba menolak namun dihalangan dengan kekuatan Mingkwan. Ming cuba memujuk Kit dengan memberikan ciuman hangat agar cepat reda dari kemarahannya tapi sangkaan Ming meleset, Kit menolak tubuh Mingkwan jauh darinya.

"P' janganlah macam ni, takkan sebab benda kecik ni ja P' sanggup nak putus dengan saya? tak masuk akal betul." Kit tenung muka Ming dengan tajam apabila mendengar itu. Bagaikan tidak percaya apa yang dikatakan oleh Mingkwan.

" Benda kecik? benda kecik kau cakap? engkau tu yang tak masuk akal! layan aku macam sampah pastu kau nak kata aku macam tu?! dari benda kecil tu lah boleh jadi besar. Dah sudah aku malas nak layan kau lagi lepaskan aku ! " Kit merentap kuat tangannya dah akhirnya terlepas dari pegangan Mingkwan. Mingkwan tidak tahu apa yang dia perlu buat, mati akalnya untuk memujuk Kit. Dia hanya mampu melihat Kit berlalu pergi darinya dengan kesal.

"Haish, bodoh kau Ming ! Apa aku perlu buat ni ? idea please lah datang sekarang ! " MIng mengetuk perlahan kepalanya. Dia perlu mencari idea dengan cepat lagipun Birthday Kit semakin hampir. Dengan segera Ming mengambil telefon bimbitnya dan menelefon Forth, dia perlukan bantuan Forth untuk selamatkan perhubungan dia dan Kit.

" Hello, P'Forth ! I need your help P' ! urgent sangat ni P'" cemas kedengaran suara Mingkwan.

"Kenapa ni Ming? ada apa apa terjadi ke? kau dah jumpa Kit tak?"

"Dah jumpa dah P' tapii......" Mingkwan cuba untuk tak beritahu hal yang sebenarnya berlaku antara Kit dan dia.

" Tapi apa pulak ni? kau jangan nak selindung dari aku ya Mingkwan. baik kau bagitahu aku sekarang" Forth cuba mengertak Ming.

" Okay macam ni saya akan cerita pada P' tapi saya nak jumpa P' dulu. Ahh dan jangan bawa P'Beam sekali. Kalau tak rosak rancangan saya nanti. Okay P'?"

"Hrm, yelah lahh. kita jumpa kat tempat biasa" Forth berjalan keluar dari biliknya memandang kearah Beam yang sedang asyik main game di telefon bimbitnya. Dia perlu mendapatkan idea supaya dapat berjumpa tanpa pengetahuan Beam. Dia berdiri tegak dihadapan Beam tanpa bergerak sedikit pun.

Beam terganggu dengan tingkah Forth dan memandang ke atas kearah Forth dengan pelik.
" Kenapa? jangan ganggu saya lah nak main game ni"

"Ahhh Sayang, saya keluar kejap ya nanti nak kirim makanan ke apa call saya ya." Forth mencuba.

"Nak pergi mana?" Beam terus fokus bermain dengan telefon bimbitnya tidak lagi memandang Forth.

"Hrm, saya nak keluar jumpa budak mentor orentasi kat kampus kejap"

"Okay~" Forth agak terkejut dengan Beam selalunya kemana saja Forth pergi mesti dia mahu ikut serta jika dia free. Dia pun terus keluar turun dari dormnya dan mendekati motornya meluncur keluar berjumpa dengan Ming."Fuhh, nasib baik dapat keluar" Forth lega.

Sebaik sahaja Forth Keluar dari rumah, Beam berhenti dari permainannya dan bangun dari sofa mengambil kunci keretanya mengikuti Forth dari belakang. " Ceh, nak selindung dari aku konon, nak jumpa dengan Ming lah tu. Ini tak boleh jadi aku kena tahu apa rancangan diorang tu" Beam tersenggih kecil, sejak tadi dia mendengar perbualan telefon Forth dibalik pintu.

" Hah, kau menung apa? Cepat cakap kat aku apa yang dah jadi?" sampai saja tempat dituju Forth mengeuk kepala Mingkwan dengan tangannya sambil menanrik kerusi dan duduk berhadapan dengan Ming.

"Adoi P'!!! Sakitlah kepala saya bocorlah nanti. " Mingkwan mengerutkan mukanya dan mengusap-usap kepalanya menderita kesakitan diketuk oleh P'Forth.

"Kau jangan nak melebih sangat ehh. Aku baru ketuk sikit belum aku pukul kau betul-betul eh. cepat bagitau aku apa masalah kau dengan Kit."

"Okay,Rilex P' Forth macam ni ceritanya.........." Mingkwan mulai menceritakan segalanya dari malam kejadian, kenapa dia menghindari dari berjumpa dengan Kit dan salahfaham dari Kit yang menganggap dia menipunya. Dia juga memberitahu Forth mengenai kejutan hari lahir Kit ynag tak lama lagi akan tiba.

"Kau ni cari masalah betullah Mingkwan. Kalau kau tak buat macam tu kat dia benda macam ni takkan jadi. Kau pun tahu Kit bukan senang nak buka hatinya kat sesiapapun, bila kau dah buat macam tu kau ingat senang pujuk. macam kau tak kenal dia macam haish" Forth mungkin seorang yang tidak banyak bersuara tapi bila sudah mula bersuara sesiapa juga akan terkesan dengan kata-katanya itu.

" Alah P' saya cuma nak test dia ja. bukan saya nak cari orang lain ke apa" MIngkwan cuba memberikan alasan tapi tidak diterima oleh Forth.

" Takda nak alah alah, kau kena cari jalan untuk pujuk dia. Nak test konon sekarang siapa yang termenung kosong"

"P'Forth perkara ni kena rahsia dari P'Beam kalau tak boleh hancur rancangan saya. OKay P'?" Forth bersepakat untuk membantu Ming untuk memujuk Kit. MIngkwan berharap dia dapat memujuk Kit dari rajuknya itu.

"Apa maksud kau taknak bagitahu aku haa???" Terkejut Mingkwan dan Forth dan menoleh ke belakang Ming . Mereka melihat Beam yang sedang membara kemarahan. Beam paling tak suka Forth merahsiakan apa apa darinya. Mingkwan dapat merasakan bahang dari Beam, dia sudah mulai kecut perut.

" Sayang! buat apa kat sini ? bukan sayang kat rumah ke tadi" cemas Forth dengan kehadiran Beam.

"I'm So Dead!!!"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

* sorry for late update. 🙆
* Tak tahu kenapa sis punya story ni asyik hilang even sis dah save.😭
*Frust tau sis asyik nak kena rewrite balik story hrmm.
*but... enjoy the story.sorry kalau bosan sikit.
*Thanks for reading btw 😁❤

Hai finito le parti pubblicate.

⏰ Ultimo aggiornamento: Aug 16, 2019 ⏰

Aggiungi questa storia alla tua Biblioteca per ricevere una notifica quando verrà pubblicata la prossima parte!

Kau Milik Aku, Kit Kat !Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora