Chapter 1

360 13 11
                                    

Kringg! Kringg! Tok Tok Tok!

"Adoi siapa yang datang pagi pagi ni?" Kit mengeluh sambil mencari-cari telefon bimbitnya.
Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Setahunya dia tak ada kelas ni. Dengan mata yang masih tertutup, Kit mengagahkan dirinya untuk bangun pergi ke arah pintu.

"Good Morning P'Kit !" Mingkwan muncul sambil tersenyum. Dengan yang masih mamai Kit terkejut dan hampir terjatuh ke lantai. Mujur Mingkwan sempat menarik tangannya.

"Mingkwan!! Kamu buat aku terkejut!! Apa yang kamu mahu pagi pagi ni. Lagi satu mana kamu tahu rumah aku kat sini?!" Kit segera menarik tangannya dari Mingkwan namun cengkaman Ming sangat kuat.

"P'Kit, mari ikut saya sarapan dibawah. Saya dengar bubur di cafe bawah sedap" Mingkwan menarik narik tangan Kit.

"Taknak aku masih mengantuk, aku takda kelas pagi ni. Dah lah aku nak sambung tidur" Kit mencuba tutup pintu tapi Mingkwan cepat cepat masuk ke dalam. "Mingkwan !"

"My Sweet Kit Kat, saya tunggu P' tukar baju disini dan kita pergi sarapan kat bawah okay ?" Ming sudah duduk bersandar diatas katil Kit.

"Mingkwan! Kan aku sudah cakap aku tak mahu aku nak tidur aku masih mengantuk ni. Lagi satu, aku tak suka kau memanggil aku dengan nama tu. Keluar kamu ! Turun dari katilku itu" Kit cuba menarik tangan Ming turun dari katilnya. Namun apakan daya dengan tubuhnya yang kecil dari Mingkwan yang 2 kali ganda lebih tinggi dan besar darinya tak mampu menarik Ming turun dari katilnya. Sebaliknya Ming menarik kit jatuh ke katil dan menebalikkan kit ke bawah dan Ming berada diatas kit. Kit mula rasa cemas dengan keadaan itu.

"Ming ! What are you doing! Lepaskan aku" Kit berasa sangat cemas dan cuba melepaskan diri. Ming memegang tangan kit ke atas kepalanya dengan kuat agar tidak terlepas. "P'Kit kan lebih bagus kalau awak ikut sahaja cakap saya, saya cuma ajak awak pergi sarapan dibawah saja. Ke awak nak saya jadikan awak"sarapan" saya kat sini?" Mingkwan mendekatkan kepalanya ke Kit. Namun terhenti sebentar,

"Mingkwan baiklah aku faham. Aku ikut cakap kamu Aku pergi mandi dan tukar baju sekarang. Jadi lepaskan lah aku. Macam mana aku mahu pergi mandi kalau kau masih ada kat atas aku ni" Kit menyetujui rancangan Ming dan meronta ingin melepaskan gengaman Ming.

Ming tersenyum kecil. Kit masih berusaha mahu lepaskan diri darinya. Namun dia tak ingin melepaskan Kit lagi. Dia tak mahu mensia-siakan peluang merasai bibir mungil Kit. Perkara yang paling dia idamkan dari awal pertemuannya dengan Kit. Lalu dengan segera dia melekapkan bibirnya ke bibir Kit. Kit yang masih tidak bersedia merasa terkejut dengan tindakan pantas Mingkwan. Dari ciuman yang biasa menjadi ciuman hangat di pagi hari. Kelembutan bibir Kit membuatkan Mingkwan seakan tidak mahu melepaskan bibir mungil Kit dan hanya berhenti untuk mengambil nafas sebelum menyambung ciuman hangatnya ke bibir Kit.

"Ah, aku tak boleh bertahan lagi. Ciuman Mingkwan semakin membuat aku tak kecelaruan" hati kecil Kit berbicara.

Kit membalas ciuman Mingkwan dan tangannya memeluk leher Mingkwan. Mingkwan sedikit terkejut dan tersenyum apabila Kit membalas ciumannya. Ciuman mereka menjadi semakin hangat. Masing-masing saling membalas ciuman. Mingkwan cuba memasukkan tangannya disebalik baju Kit. Kit segera menahannya Kit tak mahu perkara yang tidak diingininya terjadi.

"Mingkwan jangan! Aku tak mahu" Mingkwan senyum sambil menarik tangan Kit.
"Jangan apa? Saya tak buat apa apa pun? P'Kit fikir apa ni? Hahahaha" Mingkwan ketawa besar.

"ERGHH! MINGKWAN KESANA KAMU" Kit malu dengan kata-kata Ming dan menolak Ming kesisinya. Dia bertambah kesal bila Mingkwan ketawa bagai tak ingat dunia. Kit membaling bantal yang ada ditangannya ke arah Mingkwan. Lalu dia segera ke bilik air untuk mandi.

"Bersabarlah wahai Kit, dia hanya bergurau dengan kamu. Dia tak serius dengan kamu. Kau dengan dia hanya mencuba saja. Dia hanya mahu mainkan kamu. Dia tak mungkin suka pada lelaki. Dia ada banyak perempuan kat luar sana tak mungkin dia akan sukakan kamu." Kit memperingatkan dirinya.

"P'Kit cepat sikit mandi tu, saya dah lapar ni. Nanti tak pasal pasal saya "makan" P'Kit Kat kat dalam bilik air tu" Mingkwan masih bercakap ingin makan Kit membuatkan Kit segera mempercepatkan mandiannya.

Kit memakai baju di bilik air kerana takut Mingkwan akan menerkamnya kalau dia pakai baju diluar. Dia takut kalau perkara macam tadi akan berlaku lagi. Kit mengemaskan barang apa yang patut dia bawa untuk keluar. "Jom lah keluar aku dah siap, Mingkwan" Kit memanggil Ming yang masih dengan bermain video gamenya. Mingkwan segera menutup telefonnya dan pergi mengikuti Kit keluar.

"Kita duduk disitu ya P' senang sikit nak ambil makanan nanti" Ming menunjukkan arah ketempat duduk berhampiran. Sedang duduk ditempat tujuan tiba tiba ada beberapa orang junior perempuan menghampiri Ming dan meminta mengambil gambar bersama.

Bagaikan tidak perasan Kit yang berada disebelah Ming. Kit memutarkan matanya keatas dengan duduk sehingga Ming habis bergambar. Ming masih bergambar dengan mereka. Mereka bergambar dengan jarak yang dekat membuatkan Kit bengang. "Mingkwan tak habis lagi ke? Aku dah lapar ni."
"Sekejap P'Kit Kat aku dah hampir selesai"

"Lagi lagi nama tu jugak yang dipanggil. Ingat aku ni makanan ke ?" Bengang hati kecil Kit

Kit tak betah lagi menunggu lalu pergi ke gerai makanan untuk membeli bubur kegemarannya.
Setelah siap memesan makanan Kit berbalik semula ke tempat duduk tadi. Mingkwan datang kepada Kit setelah habis bergambar.

"P'Kit jom kita pergi pesan sekarang, dengar kata bubur ayam di sini sedap"
"Kamu pergi je lah sorang, aku dah pesan tadi kat kaunter."
"Eh , P' kenapa tak tunggu saya? Saya nak bubur tu jugak"
"Kamu lambat sangat, lebih baik aku pergi pesan dulu dari aku duduk tercongok kat situ" Kit masih dengan muka masamnya menjawab setiap soalan Ming. Dengan rasa kesal Mingkwan pun pergi ke kaunter untuk membeli makanan.

Setelah 10 minit makanan sarapan mereka pun sampai ke meja. Ming masih tidak menyentuh makanannya kerana asyik menenung muka Kit yang masam itu.
"P'Kit awak marahkan saya ke?"
"Kamu merepek apa ni, dah lah cepat makan aku nak balik sambung tidur ni"
"Habis kenapa P' buat muka macam tu? Kalau saya ada buat salah katakan lah"
"Aku takda apa apa lah, dah cepat makan tu"

------------------------------------------------------

* Akhirnya dapat juga saya release fanfic pertama saya disini. Huhuu setelah berfikir panjang akhirnya saya memutuskan untuk publish cerita ni. Hee

* MingKit adalah antara kegemaran saya dalam series 2MOON. Mereka sangat comel dalam series tu dengan cara push and pull relationship . Hahahahha

* untuk fanfic saya ni saya tulis dalam bahasa melayu. Sebab English saya kurang bagus. Tapi tak mengapa saya akan cuba perbaiki penulisan saya.

* eh banyak bising pulak saya ni heee. Sehingga berjumpa lagi😘

Kau Milik Aku, Kit Kat !Where stories live. Discover now