Chapter 2

154 12 9
                                    

Don't why i really like this scene . Hahahah p'kit look so cute in there when ming teasing him hahah
------------------------------------------------------

Mingkwan POV

Aku Mingkwan lebih mesra dipanggil Ming. Didepanku ini P'Kit, my cute grumpy P'Kit Kat. Ya, dia adalah boyfriend aku. Tapi setelah berbulan-bulan aku cuba pikat dia barulah dia bersetuju untuk menjadi "Boyfriend" aku. Akan tetapi kami masih dalam proses percubaan dalam perhubungan ni. Aku bagi cadangan macam tu untuk P'Kit rasa apa yang aku rasa selama ni tapi P'Kit masih susah nak terima aku sebagai kekasih dia. Padanya aku hanya nak main main dengannya. Tapi takpa aku akan cuba sedaya upaya aku untuk buat dia jatuh cinta pada aku.

P'Kit masih membuat muka masam begitu sejak aku balik dari bergambar dengan gadis-gadis tadi. Ahh mana tidaknya aku kan bulan kampus pasti ramai yang nak tangkap gambar bersama aku apatahlagi aku antara bulan kampus yang kacak tahun ini (alamak bangga diri pulak, hahah) nampaknya my cute Kit Kat cemburu ni. kalau bertanya pasti dia akan berdolak -dalih. Dalam perjalanan ke bilik Kit. Kit masih tak mahu bercakap denganku.

"P'Kit awak masih marahkan saya ke? P' ! P' ! Adoi P'Kit jangan lah buat saya macam ni" terkejar-kejar aku dibuatnya. P'Kit berjalan diibaratkan macam kereta api tanpa brek.

"P'Kit what wrong with you? Saya ada buat salah apa apa kah ni? P'Kit!" Aku menarik tangan supaya dia berhenti.
"Apa ni Ming ?! Aku tak ada apa apa lah. Aku mengantuk ni nak cepat balik ke bilik" ahh P'Kit masih dengan muka grumpynya. Takkanlah masih mengantuk lagi.

Ahh tak boleh jadi ni aku mesti kena buat sesuatu. Kami semakin menghampiri bilik P'Kit. Ahh aku tahu nak buat apa. P'Kit sudah membuka pintu biliknya lalu aku dengan terburu buru memasuki bilik dan menarik kunci dari tangan P'Kit dan menarik P'Kit masuk ke biliknya.(ahh gelojohnya Mingkwan ni)

"Hey ! Mingkwan kenapa dengan kamu ni. Hadoi, sakit tangan aku lah" P'Kit mahu menarik tangannya tapi aku masih tak lepaskan tangannya.

"Cuba P'Kit bagitahu saya apa masalahnya ni. Sampaikan P' tak nak cakap dengan saya ni?."
"Kan aku sudah cakap aku tak apa apa. Haih"
P'Kit menarik kuat tangannya sampai terlepas dari gengamanku.

"P'Kit jangan lah macam ni. Saya risaulah P' buat muka macam tu"
"Haih, kau ni memang tak faham eh apa aku cakap. Kan aku dah cakap tadi aku mengantuk takkan itu pun tak faham. Sudahlah pergilah balik kan petang ini kamu ada kelas."

"Kalau P'Kit masih taknak cakap jugak takpa saya takkan keluar dari bilik P' saya nak tidur sini."

Aku terus pergi ke katil P'Kit dan berpeluk tubuh sehinggalah P'Kit datang ke hadapan aku
"Hei Ming! Pergilah balik kejap lagi kelas petang kamu nak start kan. Cuba tengok jam tu nak dekat pukul 12 dah."

" Ceh masih lagi taknak mengakulah P' ni. " bisik hati kecil Ming sambil tersenyum sinis.

" Kalau P' masih taknak bagitahu  saya takkan balik kelas harini. Saya akan bagi tahu lecturer saya yang P'Kit kurung saya tak bagi keluar bilik" P' Kit buat muka cuak masih berkira-kira nak buka mulutnya.

"K..Kkau jangan nak mengarutlahh. Sudah lahh jangan buat aku macam ni. Okay aku janji aku beritahu kau lepas habis je kelas kau nanti. Okay?" Aku senyum sinis mendengar kata - kata P'Kit.

" Kenapa bukan sekarang ? Kenapa perlu lepas kelas ? P' ni memang taknak saya keluar bilik lah ni ya?" aku sengaja mengusik P'Kit. Muka P'Kit kemerahan menahan malu. " Okay, baik . Tapi apa jaminannya untuk P' betul-betul akan bagitahu saya lepas kelas nanti?"

" Aiyoo, kenapa perlu ada jaminan pulak ni kan aku dah cakap tadi aku akan bagitahu kamu" P' Kit mengeluh kesal.

"Nak saya pergi kelas ke taknak?"

"Haih kamu ni menyusahlan betullah. Okay aku janji aku akan bagitahu dan bagi kau hadiah kalau kau pergi kelas sekarang"

"Hadiah???? Hadiah apa tu??" Aku bangun gembira mendengarnya.
"Haih, jangan banyak tanyalah. Taknak bagitahu baru tau" P'Kit menoleh membelakangkan aku kerana malu.

Aku terus memeluk P'Kit dan menyium pipi comelnya itu
"Tak sabar nak tahu dan dapat hadiah lepas kelas ni" P'Kit membatu malu dengan tindakan aku tahu. Dengan gembira aku berjalan keluar dari bilik P'Kit.

Author POV

" Eergh, sepatutnya aku yang patut dapat hadiah ni dia pulak yang nak. Aiyoo, apa yang perlu aku buat untuk tak beritahu dia habis kelas nanti. Takkan aku nak bagitahu yang aku cemburu dengan perempuan tadi. Ish memalukan je cemburu sebab tu. Ahh aku kena cari idea supaya tak perlu jawab soalan dia tadi. " bebel Kit setelah Mingkwan keluar dari biliknya.

------------------------------------------------------

* Wahh setelah busy dengan kerja baru sis dapat publish chapter ni.

* Sorry sis baru ja start intern dua bulan lepas. Banyak sangat kerja yang kena buat. Aiyoo tu lahh internkan macam macam lah depa ni arah sis. Hahaha

* Btw tak sangka ada jugak yang baca cerita pendek sis ni. Sorry chapter kali agak pendek or bosan sikit hee. Tapi sis akan berusaha habiskan cerita ni dengan sukses hee thank you 😁

Kau Milik Aku, Kit Kat !Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang