Chapter 7

95 6 4
                                    

Aiyoo he look so young up there hahaha so cute too


2 minggu selepas kejadian...

Author POV

Kit duduk seorang termanggu disebelah tasik buatan yang berhampiran dengan kampus. Kata-kata Mingkwan masih tergiang-giang di telinga Kit. Kit merasa sangat takut kalau Ming betul betul akan tinggalkan dia kalau dia tak tepati janjinya kali ini. Sudah 2 minggu Ming tidak datang ke dorm Kit untuk berjumpanya sejak kejadian haritu. Jika Kit mesej Ming hanya dia akan balas dengan ringkas,  busy, ada kerja dll. Kalau call sekalipun hanya sekejap kerana Ming akan cakap dia busy dengan persiapan orentasi. Bukannya Kit tidak tahu orentasi pelajar baru lama lagi. Beam sendiri dapat berjumpa dengan Forth padahal Forth tu ketua orentasi. Kit dapat merasakan Mingkwan cuba mengelak dari berjumpa dengannya. Lalu Kit membuka telefonnya dan menghantar pesanan whatsapp kepada Mingkwan.

-Kit-
Mingkwan~, kamu ada dimana?

Kit menenung telefon bimbitnya dengan gelisah. Dia berharap sangat dia akan berjumpa dengan Ming harini.

5 minit berlalu.....

10 minit berlalu....

30 minit berlalu.....

" Aishh ! Mana dia ni ? Takkan busy sampai tak boleh tengok phone kot?! " Kit sudah mula hilang sabar. Dia membuka semula whatsapp yang dia kirim tadi.

" What?! Kau seen ja Mingkwan?! Haih kenapa boleh jadi macam ni !!!! Eh kejap, kenapa dia tukar gambar profile picture? Mana gambar kami berdua?! " Kit mula rasa gelisah. Selalunya gambar profile picture Ming adalah gambar kami berdua sekarang gambarnya sudah takda. Kit mula berasa takut Mingkwan akan tinggalkannya sebelum hari istimewa itu tiba. Dia cuba menghantar pesanan Whatsapp lagi.

-Kit-
Mingkwan~ kamu busy ke?

Kenapa tak balas whatsapp aku?

Aku nak berjumpa dengan kamu~~

Kenapa seen saja?! Profile whatsapp tu kenapa tukar?

Kamu tak sayang aku lagi ke Mingkwan ?!

Mingkwan ! Jawab aku sekarang?!

Kit sudah makin hilang sabar, sekali lagi Mingkwan hanya seen sahaja pesanan Whatsappnya. Dia semakin gelisah, Kit takut perkara yang dia tak ingini berlaku.

-Mingkwan💕-
Saya busy, jumpa lain kali ya.

-Kit-
Takkan setiap hari kamu busy?! Aku sudah 2 minggu tidak jumpa kau Mingkwan !

Kau tak rindu aku ke?! Berapa lama lagi aku kena tunggu untuk jumpa kau ni Mingkwan.

Kamu tak jawab lagi soalan aku tu...

-Mingkwan💕-
Sudahh~ saya kena sambung kerja ni P'Kit. Nanti P'Forth marahkan aku kalau lambat,Bye.

" What the hell is going on?! Ahh ini tak boleh jadi ni. Aku kena telefon Forth tanya pasal Mingkwan. " Kit menekan-nekan butang telefonnya dengan kesal.

"Hello Forth~ kau ada dimana?"

"Ahh Kit, ni aku Beam. Forth masih tidur. Kenapa kau call dia ? Ada hal penting ke"

"Ehh Beam, Bukan ke Forth ada kat falkuti ke? Macam mana ada dengan kau pulak? "

"Hah? Mana ada, Forth masih tidur lagi kat bilik aku ni ha. Lagipun harini Forth tak pergi falkuti sebab persiapan orentasi kan dah settle lama tunggu meeting dengan prof ja."

"Hah, yeke~ tapi kenapa Mingkwan kata dia ada kerja orentasi harini? Dengan Forth katanya" Kit semakin keliru, apa sebenarnya yang berlaku ni. Kalau persiapan orentasi dah siap kemana Mingkwan pergi?!

"Mana ada Kit, lusa baru ada kerja balik." Kit terdiam. Air matanya mula mengalir.

"Kit.. kau okay tak ni? Kenapa ni? Ada apa apa berlaku ke? Kau gaduh dengan Ming ke? " Beam mulai merasa risau mendengar tangisan halus Kit.

"Takda....aku okay" Kit cuba menahan tangisannya. Dia tak sangka Ming sanggup menipunya. Takkan disebabkan Kit tak tunaikan permintaan Ming. Ming mula menjauhkan diri darinya. Padahal malam tu, Mingkwan masih sama macam dulu. Peluk dia dengan erat waktu tidur pada malam kejadian.

"Ming dah tukar fikiran ke? Dia dah tak sayang aku ke? Apa aku perlu buat ni? Aku taknak dia hilang dari aku?!" Otak Kit mulai berkata-kata.

"Kalau kau okay Kit, kenapa kau nangis ni?" Beam mula menyoalnya lagi.

"Takda apa.. aku okay. Mana ada nangis tak macho lah weyh nangis. Haha" Kit masih berselindung. Padahal sebaliknya air matanya semakin berjurai keluar.

"Eh kau ni, jangan nak loyar buruk ya. Kau ada kat mana ni ? Meh jumpa aku" Beam mendesak.

"Takda apa lah, takpa Beam aku okay ja lah. Okaylah sorry ganggu korang. Hehe bye"

"Hey Kit ! Jangan nak tukar topik. kau ada man.....tut tut tut" belum sempat Beam habis cakap Kit sudah matikan panggilannya. Kit mula menangis sepuas-puasnya. Dia tak perduli lagi kalau orang sekitarnya melihat dia menangis.

"Kau dah tak sayang aku lagi ya Mingkwan" teresak-esak Kit bila berfikir pasal Mingkwan lagi.

"Sayang, kenapa tu? Siapa yang call" Forth terbangun dari tidurnya setelah mendengar suara Beam bercakap dengan telefonnya. Beam pun datang mendekati katil yang dibaringi Forth.

"Forth~ aku risau dengan Kit. Dia macam menangis. Mungkin dia ada masalah dengan Ming. Tapi dia tak mahu beritahu aku. Awak tahu kat mana Ming" wajah Beam bertukar risau. Dia tak tahu apa yang jadi dengan kawan baiknya itu.

"Ming? Kenapa dengan dia ?
Dia ada je selalu kat falkuti. Kali terakhir jumpa petang semalam"
"Awak ada nampak apa apa perubahan kat Ming tak? Aish risau lah dengan Kit tu dia macam nangis ja tadi masa call"

"Takda apa lah tu, biasalah couple mungkin bergaduh lah tu. Janganlah sayang nak risaukan sangat. Nanti mereka okay lah tu. Kejap ja tu, sayang jangan risau ehh, uwahhh saya nak sambung tidurlah" Forth menguap beberapa kali dan memeluk Beam disampingnya.

------------------------------------------------------

*apa yang terjadi dengan Ming? Kenapa dia mengelak dari bertemu dengan Kit? Apakah sesudahnya hubungan mereka?

*Ceewahhh, dah macam sinopsis buku novel melayu pulak. Hahaha

*haha Hello hello hi! Hi hi hello!
Bertemu kembali lagi kita ya. Ehem, sorry yang awak awak semua kali ni agak pendek ceritanya.

*sebab sis tak cukup masa nak buat panjang. Takpa lain kali sis bedal panjang sikit ya 😘

*Selamat Membaca😁

Kau Milik Aku, Kit Kat !Où les histoires vivent. Découvrez maintenant