💎 [7] Terjumpa Dengan Solar

Start from the beginning
                                    

Gempa sudah berpeluh habis bila direnung oleh Tok Aba persis seorang budak yang membawa barangan haram di kapal terbang.

"Okey, atok percaya sebab atok tahu yang cucu atok ni tak pernah menipu.. Dahlah, lepas makan cuci pinggan masing-masing.. Atok nak tengok tv kejap" ujar Tok Aba. Seraya itu dia beredar menuju ke ruang tamu.

Gempa, Taufan, Ais dan Thorn menghela nafas lega. Fuhh, nasib tak kantoi.

"Gempa, sekarang kita patut buat ape?" soal Ais. Dia sebenarnya tidak tahan nak berlakon di hadapan Tok Aba.

Gempa menghela nafas. "Lepas sarapan, kita pergi rumah Yaya.. Ochobot dan Ying ada kat sana.. Mungkin mereka dah dapat jejak kembar kita yang lain.."

Taufan, Ais dan Thorn memandang antara satu sama lain lalu mengangguk faham.

~~~

Seperti yang dirancang, selepas sarapan, mereka berempat dalam perjalanan pergi ke rumah Yaya.

"Argh!"

Jeritan seseorang membuatkan Gempa, Taufan, Ais dan Thorn berpatah balik dan menuju ke taman permainan yang bersebelahan dengan rumah mereka.

Apabila tiba di taman, mereka tersentak. Orang yang mereka sangat kenali sedang dikerumun oleh beberapa orang lelaki berbadan sasa. Orang itu ialah Solar.

[FLASHBACK]

Solar ketika itu sedang bermain buaian seorang diri. Dia masih memikirkan tentang kata-kata Gempa tempoh hari.

"Betul ke...Kita ni sama?" gumam Solar. Dia kusut memikirkan sama ada percaya atau tidak.

"Haih.. Susahnye.." Solar berdiri lalu memandang ke arah langit. Langit masih kelihatan cerah seakan-akan penanda yang baik pada waktu itu.

"Woi budak!"

Solar yang mendengar jeritan itu terkaku. Tidak tahu hendak buat apa.

"Kau! Bile nak bayar hutang kau?!" Seorang lelaki berbadan sasa mendekati Solar dari arah belakang.

Baru sahaja Solar menoleh ke belakang, dia terus sahaja dicekik oleh lelaki berbadan sasa itu.

"Argh!"

[NOW]

"Lepaskan dia!" Gempa dengan beraninya menjerit ke arah lelaki berbadan sasa itu.

Lelaki itu dan Solar memandang ke arah Gempa. Solar tersentak kerana tidak menyangka yang Gempa ingin mempertahankan dirinya.

"Kau jangan masuk campur! Ini urusan aku dengan dia!" ugut lelaki itu sambil merenung tajam ke arah Gempa.

Gempa masih berdiri dengan berani manakala Taufan, Ais dan Thorn sudah bersembunyi di sebalik pokok. "Disebabkan dia adik aku, aku kenalah masuk campur!"

Solar menggetap bibirnya. Air mata yang bergenang ditahan sehabis mungkin.

"Hahaha!!! Aku tak sangka kau ni ada abang.." Lelaki itu tersenyum sinis ke arah Solar. Solar menelan air liur tanda gerun.

Tidak semena-menanya, lelaki itu mencampak tubuh Solar ke arah pokok di mana Taufan, Ais dan Thorn bersembunyi di situ. "Aghh!!!"

Boom!

Solar terhempap pada pokok itu. Taufan, Ais dan Thorn pula dihempap oleh pokok itu. "Argh!!!" Mereka berempat menjerit kesakitan.

Gempa terkejut besar. "Korang!!"

"Hahahaha!! Lemah!" Lelaki itu berpeluk tubuh sambil tersenyum sinis.

Gempa menggenggam tangannya tanda menahan amarah. Dia segera menuju ke arah adik-adiknya. "Ughh..!!" Gempa sedaya upaya cuba mengangkat pokok itu, namun, pokok itu terlalu berat.

"Golem tanah!" Gempa menghasilkan golem tanah dan mengarahkannya untuk mengangkat pokok itu.

Sebaik sahaja pokok itu sudah dialihkan, Gempa cuba menggerakkan tubuh Taufan, Ais, Thorn dan Solar yang sedang pengsan. "Korang! Bangun!"

"Hahahahaha!!! Buang masa je lawan dengan kau semua ni.." Lelaki itu ketawa besar tanda memerli kelebihan mereka.

Baru sahaja lelaki itu ingin pergi, tiba-tiba sahaja ada sesuatu yang menghalang kakinya. Bila dia pandang bawah, rupanya kaki lelaki itu tersekat pada tanah.

"Heh" Lelaki itu dengan mudahnya terlepas daripada sekatan tanah itu. "Tu je kau ade?"

Gempa yang tidak berpuas hati, berlari mendekati lelaki itu lalu mengarahkan golemnya untuk menyerang ke arah lelaki itu. "Hiyaa! Tumbukan giga!!"

Booomm!!!

Hasilnya, tidak membuahkan apa-apa. Lelaki itu masih berdiri tegak. Dia menghalang serangan itu menggunakan tangannya yang sasa itu.

"Hah?!" Gempa terkejut melihat situasi itu.

"Giliran aku pula.. Hiyaa!!!" Lelaki itu menumbuk satu persatu anggota badan golem itu. Lama-kelamaan, golem itu pecah dan hancur.

Dan tanpa disangka oleh Gempa, lelaki itu menuju ke arah Gempa dengan penumbuk yang tersedia. "Hah?!"













BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now