Penumpang Malam

35.7K 216 64
                                    

Stesen bas TBS penuh sesak dgn orang ramai yg ingin pulang ke kampung. Pemandangan biasa bila tiba cuti sekolah atau cuti panjang.

Seperti biasa, Samad sedang memeriksa keadaan bas yg akan dipandunya nanti. Pembantunya, Fitri yg berusia pertengahan 20-an berada di belakang bas. Memeriksa tayar barangkali. Malam ini, mereka akan bertolak ke Mersing. Penumpang ke Tioman juga akan menaiki bas ini.

Sudah pukul 9.30 malam. Lagi setengah jam bas akan bertolak. Penumpang sudah separa penuh. Kebanyakannya di penuhi oleh remaja2 Arab. Bilangan mereka lebih kurang dalam 10 orang. Sudah la begitu, bising pula. Mahu saja Fitri memaki hamun, tapi Samad menyabarkan.

Tepat pukul 10 malam, bas pun bergerak. Bertambah bising remaja2 Arab tadi. Gembira sangat nampaknya. Para penumpang ada yg memandang meluat. Termasuklah Fitri. Kali ini, dia hilang sabar. Dia meluru ke tempat duduk remaja2 Arab tadi dan memarahi mereka dalam bahasa Inggeris agar senyap sedikit. Mereka senyap tapi cuma seketika. Fitri datang lagi dan mengugut mereka semua akan turun dari bas kerana bising sehingga mengganggu penumpang lain. Pandai pula senyap.

Sudah hampir separuh perjalanan. Para penumpang kebanyakannya tidur. Ada yg kekenyangan setelah bas berhenti sekejap utk makan dan untuk penumpang yg ingin ke tandas. Ada juga yg bermain dgn handphone.

Samad sudah mula menguap. Dia mengejutkan Fitri yg tidur di sebelahnya supaya menggantikan dia. Setelah itu, bas meneruskan perjalanannya.

Fitri memandu dalam kadar kelajuan biasa. Samad tidur di tempat duduk penumpang yg kosong di belakang sekali. Fitri memakai earphone bagi menghilangkan bosan. Lagipun dia lebih suka mendengar muzik drpd berbual. Sebab itu dia tak kisah kalau Samad tidur di tempat penumpang, bukan sebelah pemandu.

Tidak lama kemudian, dari kejauhan di sebuah jalan yg lurus, Fitri ternampak seseorang sedang menahan bas yg dipandunya. Sedang dia berfikir mahu berhenti atau tidak, dia memberhentikan bas tanpa sedar dan secara perlahan lahan kerana tidak mahu mengejutkan penumpang lain. Seorang lelaki lebih kurang seusia dengannya menapak ke pintu bas. Jarang ada orang cuba menumpang bas malam2 begini.

"Boleh tumpang?" lelaki itu bertanya. Fitri memerhatikan lelaki itu atas bawah. Tiada keanehan.

"Naiklah." Lancar sahaja mulutnya mengajak tanpa sedar. Lelaki itu senyum. Dia naik dan duduk di sebelah Fitri. Beg sandangnya diletakkan di cermin hadapan bas. Dia memandang Fitri dan memberikan senyuman yg penuh makna. Tapi Fitri cuba untuk tidak menunjukkan reaksi. Barulah dia dpt melihat dgn lebih jelas. Seorang lelaki muda, kurus dan bermata sepet. Setelah itu, Fitri meneruskan perjalanan.

"Terima kasih sebab berhenti. Dekat sejam jugak saya tunggu situ. Tapi semua tak nak berhenti. Diorang ingat saya ni perompak kot." Lelaki itu bersuara perlahan memecahkan suasana. Fitri hanya mendengar. Mukanya masih begitu, tiada reaksi. .

"Siapa nama kau?" Fitri bertanya memecah kesunyian malam setelah kedua duanya senyap seketika. Namun matanya tidak lepas memandang jalan raya.

"Jimmy." Dia menundukkan kepala. Mukanya kelihatan sedih.

"Berapa umur kau?"

"Saya baru 23."

"Kau nak tumpang sampai mana ni?"

"Emmm.. bas ni nak pergi mana?"

"Last stop kat Mersing."

"Ooh...kalau begitu, saya nak ke Mersing jugaklah." Jimmy tersenyum manis. Menampakkan lesung pipitnya. Tapi Fitri masih beku.

"Mersing jauh lagi ni. Kau tidur la dulu kalau penat."

"Saya tak penat pun, lagipun saya nak temankan abanggg..errr..." Jimmy tersedar, dia belum tahu nama pemandu bas yg ditumpanginya ini.

Cerita Pendek Gay dan seumpamanya. Where stories live. Discover now