"Jungkook..."

Nafas Jungkook terhenti. Dadanya berdegup kencang. Seumur hidupnya, perkara seperti ini tidak pernah terjadi kepadanya. Kenapa dengan Choi Jiwoo? 

"...Saya akan kahwini awak.... Cuma tolong... Tolong... Selamatkan saya..."

Tanpa berfikir panjang, Jungkook terus berlari keluar.

##

Jungkook tiba di hadapan rumah agam Kim. Hujan yang lebat tidak memperlahankan langkahnya. Kot mahalnya sudah lencun, kasut kulit berjenamanya sudah dipenuhi tanah. Namun, dia tidak peduli itu semua. Dadanya berdebar. Rasa kerisauan memuncak dalam dirinya. Petir yang berdentum keras di langit juga langsung tidak membantu meredakan perasaan takutnya. Ya, buat pertama kali dalam hidupnya Jungkook berasa takut. Takut akan apa-apa terjadi kepada Jiwoo.

Pintu besar rumah itu serta merta terkuak luas seolah-olah ada tangan ghaib yang membukanya. Mengabaikan semua kod moral manusia biasa, Jungkook  terus melangkah masuk. Dia memetik jarinya dan semua lampu di dalam rumah itu hidup. Matanya terus mengimbas segenap isi rumah yang kosong itu. Kelihatannya tiada sebarang makhluk hidup di sini. Jadi di mana Jiwoo?

Jungkook memasang telinganya. Dia terdengar rintihan dan tangisan kecil yang amat perlahan. Bahkan semakin perlahan. Dia semakin risau. Kakinya semakin laju melangkah. Suara itu sepertinya berada di halaman belakang. Pintu belakang menghempas ke dinding ketika Jungkook melaluinya, senada dengan perasaan cemasnya yang semakin memuncak. Dan dia akhirnya menemui Jiwoo, terbaring lemah tidak bermaya di atas tanah. Berdarah. 

"Jungkook..." Jiwoo menyebut nama lelaki itu. Lemah tetapi jelas kedengaran. Dalam tangisnya, gadis itu sempat tersenyum, seolah-olah lega lelaki itu adalah makhluk terakhir yang dilihatnya sebelum dia ingin pergi dari dunia ini. 

Jungkook yang cemas segera mendapatkan Jiwoo. Memegang tangan sejuknya, memangku kepala berdarahnya. Air mata mengalir dari pipi Jungkook. Walaupun seumur hidupnya, dia pernah melihat banyak saat kematian, tetapi melihat gadis itu seperti itu membuat hatinya sangat terluka. 

Jiwoo mula menangis teresak-esak. "Jungkook..."

"Saya gembira awak sudi berkahwin dengan saya... Cuma saya nak awak bertahan..." Jungkook cuba memberikan kata semangat. Namun, Jiwoo yang semakin lemah hanya mampu menitiskan air matanya. Dia sempat membisikkan nama Jungkook sekali lagi sebelum akhirnya tidak sedarkan diri. 

Lelaki itu yang cemas dengan keadaan itu segera menepuk-nepuk pipi Jiwoo, cuba untuk menyedarkannya. Namun, kelihatannya kecederaan gadis itu sudah terlalu parah dan berada terlalu lama di dalam hujan memburukkan lagi keadaannya.

DUMMMMM!!

Guruh berdentum sekali lagi di langit. Seorang wanita lengkap berpakaian sut merah, berkasut tumit tinggi merah dan bergincu merah menyala berdiri tiba-tiba di sebelah Jungkook. Tangannya memegang sekaki payung yang turut berwarna merah kerana Telangkai Ban tidak suka rambut lurusnya basah. Walaupun malam itu gelap, itu langsung tidak menghalang Telangkai Ban dari tidak memakai kaca mata hitamnya kerana menurutnya fashion is essential.

"Dia sudah nazak nampaknya. Apa yang kau ingin lakukan?" soal Telangkai Ban sambil menurunkan sedikit cermin matanya, melihat keadaan Jiwoo yang sudah pucat itu. Wanita itu kemudiannya mencangkung di sebelah Jungkook sebelum menyentuh nadi Jiwoo. Sangat lemah. 

"Aku tak rasa dia boleh bertahan lama. Kalau kau hantar dia ke hospital pun, aku yakin dia akan mati. Dia sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Aku cadangkan kau tinggalkan sahaja gadis ini."

Jungkook menggigit bibirnya. Sedikit bengang dengan kenyataan tidak sensitif Telangkai Ban. Wanita itu selalu begitu. 

"Tak boleh. Aku kena selamatkan dia..."

"Macam mana? Kau nak buat ap- Mustahil!" Telangkai Ban membulatkan matanya sambil memandang Jungkook dengan tidak percaya. Dia tahu benar apa yang bermain dalam fikiran Jungkook sekarang ini. Risikonya amat bahaya. Bahkan boleh mengancam nyawa lelaki itu.

"Aku tiada cara lain. Aku tak boleh kehilangan Jiwoo. Hanya ini sahaja caranya."

Telangkai Ban hanya melepaskan keluhan berat. Dia kemudiannya bangun semula sebelum berjalan perlahan-lahan meninggalkan Jungkook. Walaupun dia ingin sekali meyakinkan Jungkook untuk tidak melakukan apa yang ingin dilakukannya itu, dia sudah kenal lelaki itu terlalu lama. Tiada apa yang dapat merubah fikirannya sekiranya lelaki itu sudah bertekad. "Walau apa pun yang kau lakukan, aku harap kau tahu risikonya."

"Aku tahu benar, Telangkai Ban..."

"Akan wujud ikatan tidak terlerai antara kalian dan kalian tidak boleh dipisahkan sampai bila-bila. Aku tidak tahu bagaimana kesannya kepada budak itu dan bagaimana dia akan menerima berita ini..."

"AKU TAHU!! TETAPI KALAU AKU TIDAK LAKUKANNYA, DIA AKAN MATI!!! DAH PERGI SEKARANG!!!"

Telangkai Ban hanya mampu menggeleng kepala sebelum hilang dalam kegelapan malam. Dari dulu lagi, Jungkook memang keras kepala. 

Hujan masih lagi turun dengan lebat seolah-olah iramanya memang sengaja diatur dengan Tuhan untuk menjadi muzik latar situasi itu. Petir yang sekali sekala berdentum di langit memancarkan cahayanya, mendedahkan raut wajah Jiwoo yang tenang seperti sedang tidur walau hakikatnya nyawanya sudah dipojok kepala. Tangan sejuknya digenggam erat oleh Jungkook.  Air mata lelaki itu mengalir deras.

"Asalkan kau selamat, Jiwoo... Kau nyawa aku..." 

Dan Jungkook akhirnya membenamkan bibirnya ke atas mulut gadis itu sebelum satu cahaya biru mengalir keluar dari tubuh lelaki itu ke dalam badan Jiwoo. Badan Jungkook tersentak-sentak seperti dalam kesakitan tetapi dia bertahan.

Demi Jiwoo...


Bersambung...

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

# Hey, what's up guys! Its been a while and ive been busy with life and works. Actually, its kinda funny because I just decided to continue this story after almost 3 years 😅 

# And also, I truly feel sorry for those who waits for my update 🙇🏻‍♀️ 

# For you guys, insyaAllah i try to finish this story, okieee ^-^ (just wish me all the best cause my work is kinda unpredictable 😅)

Have a nice day, everyone!! And seriously, thank you so much for waiting!!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 22, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Enchanted :: JJKWhere stories live. Discover now