BAB 7

1.3K 64 10
                                    

Disaat aku,
perlukan dirinya,
disaat itu juga,
dia menjadi penyelamatku..

🍁🍁🍁

Awal pagi lagi Rudy sudah bergegas ke kolej. Sejak kebelakagan ini perilaku Rudy agak lain. Bukan aku sahaja yang perasan malah semua warga di akademi perasan akan hal itu.

"Hm, kenapa agaknya Rudy macam tu?" gumamku pelik.

Rudy seolah menyembunyikan sesuatu. Tapi apa?. Perasaan ingin tahu semakin membuak.

"Ali kau ok?" terasa bahuku disentuh lembut oleh seseorang. Suara itu juga seakan aku kenal.

Aku berpaling kaget.

"Err... O-ok" gagap ku berkata.

Bukan apa. Aku cuma terkejut. Macam pelik je bila Khai berbaik dengan aku. Takkan lah selama dua tahun  ni dia sudah move on. Agak mustahil bagi aku.

"Kau macam ada masalah je" prihatin Khai. Lantas duduk bersebelahan Ali.

Sengaja dia duduk dekat. Senang sikit kerjanya nanti.

"Tak ada apalah" dalihku.

Jujurnya aku tidak selesa berduaan dengan Khai. Dia semacam je.

Khai senyum.

"Ceritalah kalau sudi" pujuk Khai lembut.

Aku diam. Biarlah aku yang selesaikan sendiri.

🍁🍁🍁

Dari kejauhan Rudy menahan geram. Berani betul!.

"Belakang aku boleh kau curang" gumam Rudy geram.

Terasa seperti seseorang memeluknya Dari belakang. Rudy diam dan hanya membiarkannya sahaja.

"Kau masih mahu dia Rudy?" sinis Shaza. Sengaja mahu menambahkan minyak di dalam api.

Seronok pula rasanya melihat pasangan in bergaduh.

'Ini.. Baru permulaan Rudy, akan ada lagi kejutan yang bakal kau terima lagi Sayang' desisnya sinis.

Geram dan sakit hati bercampur menjadi satu. Pelukan dileraikan lalu dia berlalu dari situ dengan perasaan yang sebal.

"Ni yang kau balas setelah apa yang aku lakukan dekat kau Ali?" gumam Rudy kecewa.. Sangat.

🍁🍁🍁

Dari kejauhan aku melihat Rudy dengan ejen muda perempuan baru itu begitu mesra. Sakit sungguh hatiku melihat kemesraan antara mereka berdua.

"Ali kau ok?" soal khai setelah agak lama melihat Ali seakan teremenung jauh. Bahu Ali ditepuk lembut.

Jarak diantara aku dengan Khai tidaklah terlalu jauh. Namun tidaklah serapat Rudy dengan Shaza. Aku masih lagi menjaga batas aku sebagai tunangan orang.

"Aku.. Ok. Hm, aku pergi dulu bye" lantas berlalu dari situ. Bukan apa takut lama-lama Khai ambik kesempatan pulak.

Khai hanya melihat cinta hatinya berlalu dari situ. Tanpa sedar. Penumbuk dikepal geram.

"Dendam tetap dendam Rudy" bisiknya dengan suara yang menakutkan.

🍁🍁🍁

"Rai tunggu!" laung Kaizo.

Rai tidak pedulikan panggilan itu malah langkahnya dipercepatkan.

Bagi Rai tiada apa yang perlu dijelaskan lagi. Dia malas mahu ambil tahu. Ego? yes, dia memang ego. So what?!.

"Rai jangan sampai aku guna kekerasan!" betak Kaizo geram.

Rai mendegus geram. Langkah dihentikan lalu berpaling ke arah muka tembok itu.

"Apa?" datar sahaja suaranya.

Kaizo senyum lega. Jarak didekatkan.

"Sorry.." wajahnya ditundukkan.

Rai diam. Maaf? berbaloikah  lelaki dihadapannya dimaafkan?.

🍁🍁🍁

"Rudy tunggu!" jeritku geram.

Sedari tadi aku memanggilnya tidak bersahut. Apa salah aku?

Sayang,
haruskah kau memperlakukan,
aku sebegini,
apakah salah diriku ini,
terhadapmu..

Aku mengeluh berat. Apabila melihat susuk tubuh Rudy menghilang.

"Rudy kau dah berubah.."

TBC..

Hye minna~
mohon abaikan segala typo,
vote jika best&komen bila perlu,

Done for this chapter.
maaf kalau hambar,
jujurnya ak dh lupa plot dia.
but ak dh jmpa dlm diary ak
pasl DP 2.

So, part conflict dh mula :)
please support me!
enjoy!! comment&vote dont forget readers!.

























































































































































































































[C] Dia Penyelamatku Season 2 [RULI]✅Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang