Sepasang mata Derin yang berkaca bertemu mata dingin Demerez .
Tertunduk sesaat wanita itu , tiada jawapan bagi persoalan Demerez .





Lelaki itu mengeluh berat , lambat-lambat menghampiri Derin . Bahu wanita itu digenggam .





" aku dah buat appointment dengan doktor Robiyn . This saturday ... okey ? " lembut nada suara Demerez , membuatkan wanita itu mengangguk perlahan .



" good . Sekarang , kau balik apartment kau . Take a rest ... sleep okey ? "



Derin menghela nafas panjang . Matanya kembali naik menemui wajah Demerez . " okey " ujarnya sebelum kembali menyambung langkahnya pergi .




Baru sahaja setapak kaki menapak keluar dari bilik yang dijadikan pejabat lelaki itu , dia terdengar perbualan Demerez di telefon .





Isi perbualan yang tidak jelas, namun yang jelas adalah penting kerana lelaki itu tergesa-gesa keluar . Tidak sedar dirinya yang masih berdiri dibalik dinding pemisah itu . Menghantar kepergian Demerez lewat ekor mata .



Setelah memastikan lelaki itu benar-benar telah keluar dari perkarangan rumah ini barulah Derin menuruni anak tangga ke tingkat bawah .


Matanya melirik sahaja sliding door yang memisahkan ruangan tamu dengan laman luar , atau lebih tepat kolam renang .

Kuakan pintu membuatkan dirinya tertoleh . Mata terus jatuh pada pengasuh wanita yang memimpin tangan anak kecil . Kanak-kanak perempuan yang bergaun putih .




Aireen ...






























Sekali lagi Elise menjulingkan matanya melihat keriuhan para jururawat di situ yang mengelilingi model lelaki yang terlibat dalam aktiviti sukarelawan yang dianjurkan oleh Alexander Ivan .


Hanya dirinya dan sudah pasti pesakit disini tidak turut serta dalam sesi terpekik melolong nama model lelaki itu . Caesar .




Mendengus Elise dalam pada masih gigih mengait sepasang baju buat Aireen . Ilmu yang dia pelajari dari salah seorang doktor di sini . Secara tak langsung, mengubat sedikit kerinduannya buat anaknya juga bagi menghilang kebosanannya .




" hye "

Statik kedua tangan Elise yang tadinya lincah mengait . Kepala terdongak , merenung kosong wajah model lelaki itu . Senyuman Caesar dibalas dingin . Malah , bersahaja Elise menyambung kembali aktivitinya .



Caesar jelas terkebil-kebil namum dirinya tidak cepat melatah . Dengan polosnya , Caesar melabuhkan duduk di sebelah Elise . Terjenguk-jenguk sesi mengait wanita itu sebelum pandangan divawa ke hadapan . Menikmati panorama hijau pepohon dan laman landskap itu .




" selalunya bila saya kat luar .. public .. memang ramai nak autograf .. selfie ... dekat sini ... saya rasa macam tak laku pulak " seloroh Caesar disambut hambar .



" bukak mata tu luas-luas . Ini hospital . Hospital sakit jiwa pulak tu . Mana mungkin pesakit-pesakit kat sini nak berselfie dengan you apalagi nak minta autograf " sindir Elise ,





Her Mistake His RegretWhere stories live. Discover now