INTRO

144 0 0
                                    


'Good coffee.'

'Alhamdulillah, siap jugak susun. Boleh pergi rehat jap nih.' Dia mengambil tempat di depan kaunter di dalam kedai bukunya yang agak kecil namun salah satu tempat yang membuatnya bahagia yang teramat untuk menghabiskan waktunya di situ. Humaira sedang memegang kopi ais dalam sebuah mason jar yang sangat comel. Ianya dihadiahkan oleh sahabat baiknya yang jauh berada di Selangor.

"Rindunya ke Azwa. Hurm, bila dia nak datang sini' ujar Humaira. Dia memerhatikan manusia sedang berlari mencari tempat teduh dari hujan yang mula membasahi bumi di luar tingkap kaca kedainya. Kedudukan kedainya yang agak tersorok membuatkan dia lebih menyukai kedainya itu. Kedai itu milik seorang lelaki yang dia pernah jaga ketika bekerja sebagai pembantu dirumah orang-orang tua di Taman Tas. Dipendekkan, dia menganggap lelaki itu ,yang dipanggil sebagai Abah, seperti ayahnya sendiri dan Abah juga mengaggap dia sebagai anak perempuannya juga, atau... itu yang dia ingin percaya. Buktinya saat Abah sudah tidak lagi diberi peluang untuk memarihanya jika dia lambat, atau ketika mereka berdua menonton cerita-cerita P.Ramlee (yang diulang sudah berpuluh kali oleh Abah), kedai buku ini telah diberi kepadanya dan dia disahkan sebagai pemegang sah kedai buku ini.

Abah seorang yang sangat baik walaupun dia seorang yang dingin dan bukan lah manusia yang jenis socialis. Buat Humaira, Abah merupakan orang yang dia sangat sayang kerana hanya Abah yang tidak pernah mengkhianatinya dan Abah juga tidak pernah tipu dirinya. Humaira mempunyai dunianya sendiri. Ianya dipanggil dunia Humaira, yelah, dunia dia, tentulah dia memanggilnya dunia Humaira. Hah, cliche sangat.

Okey, see, dalam dunia Humaira, manusia ada 2 jenis jer, socialis dan lone. Secara tidak langsung, mestilah dia tergolong dalam kelompok lone. Mungkin sebab itu dia sangat bahagia dengan pekerjaanya sekarang. Tambahan pula, kedai itu tidak perlu membayar sewa kerana ia milik penuh Abah dan sekarang miliknya. Dan yang paling penting, tempat tinggalnya berada di atas kedai buku ini. Dalam erti kata lain, kedai bukunya ini juga tempat tinggalnya. Sangat sempurna untuk dirinya yang dikatakan lone. Hanya Azwa yang tahu tentang dunianya ini. Kerana Azwa dan ibubapanya merupakan orang yang telah menyelamatkanya dari masa silamnya juga.

Ting. Loceng pintu kedainya berbunyi. Kelihatan seorang lelaki yang memakai tuxedo full dengan reben? dan sapu tangan putih di poketnya. Tak serius, tuxedo?

"Regular coffee." Kedengaran suara yang penuh dengan commando dan garau menyedarkan Humaira dari terus memandang ke arah lelaki. Aura lelaki itu mustahil untuk terlepas dari mana-mana hawa.

"Sorry, sir the shop is closed today. We will open this Wednesday." Kata Humaira sambil berjalan ke arah lelaki itu.

'Wau, cantiknya bulu mata dia. Muka dia pon comel.' telah Humaira. Lelaki itu hanya memandang ke arah Humaira dan tanpa berkata apa-apa, dia mengambil tempat duduk bertentangan meja yang Humaira duduk.

Kedai buku itu, atau dikenali sebagai Welcoming Bookstore, mempunyai dekorasi yang sangat simple dan menenangkan. Bagi Humaira, sejak kecil dia mahukan satu tempat atau ruang untuk merasa tenang dan bahagia untuk rehat dan santai. Jadi, kedai bukunya mempunyai 15 rak buku yang disusun dari A-Z ,dan kebanyakan bukunya adalah buku-buku lama yang disedekah oleh orang lain atau dari koleksinya sendiri, dan kedainya dicat dan dihiasi dengan warna biru laut, putih, dan kuning lembut. Kebanyakannya kuning kerana dia sangat menyukai warna kuning. Azwa selalu memuji dekorasi kedainya terutama kaunternya yang dia buat sendiri dari A-Z, menggunakan kayu dan kusyen. Jika masuk sahaja pintu kacanya, akan berbunyi loceng comel yang Azwa kata boleh memeriahkan lagi tempat lone itu, dan akan kelihantan kaunter nya yang menghadap betul-betul ke arah pintu. Di sebelah kaunter ada sedikit penghadang yang bewarna putih dan disebalik penghadang itu terdapat 15 rak bukunya dan 5 sofa bewarna biru lembut yang dia dapat ketika sale di ikea 3 bulan lalu. Di hadapan kaunternya terdapat tempat lounge yang agak luas yang boleh menempatkan 15 orang pelanggan untuk bersantai di situ. Di sebalah pintu kedainya ialah tingkap kaca yang merupakan tarikan utama Humaira ketika melihat kedainya buat pertama kali 5 bulan lalu. Dan kelihatan lelaki itu juga menyukai tempat duduk yang berada di tingkap kaca itu.

Huh. Humaira mengeluh kecil. 'Payahnya nak faham bahasa. Salah aku jugak lupa kunci pintu. Biarlah, lagipon kedai pon dah kemas. Rasanya aku bawak kopi lebih tadi. Lagi-lagi hujan. Mungkin dia nak berteduh jer.'

Humaira lantas pergi ke dapur dan menuang kopi yang dia buat sebelum ke kedainya pagi tadi ke dalam cawan kopi milik Abah yang dia jumpa ketika mengemas stor belakang kedai bukunya. Setelah itu dia hidang kopi itu di depan pelanggan pertamanya.

" Sorry this is the coffee that I made this morning and I still learning how to make good coffee. Our shop still lacks coffee machine so... hope you don't mind drink it and maybe can give a comment." Kata Humaira kepada lelaki itu dengan lembut.

Lelaki itu hanya minum kopi yang Humaira beri kepadanya dan diam. Humaira tidak terasa langsung dengan perbuatan lelaki itu kerana dia juga begitu. Mungkin lelaki itu tidak mahu dia menggangunya.

Humaira lantas mengambil tempat duduk di hadapan lelaki itu dan minum kopi aisnya dan melihat ke arah luar tingkap kedainya. Dia dan lelaki itu sama-sama menikmati suasana tenang dan sunyi di kala hujan turun membasahi bumi.

Setelah setengah jam lebih mereka menikmati suasana itu, lelaki itu bangun dari kerusinya dan mula ingin beredar dari kedai buku itu.

" That is a good coffee. You just got yourselves a loyal customer." Kata lelaki itu lalu beredar dari kedai Humaira.

Humaira hanya tersenyum dan memandang ke luar tingkapnya. Hujan masih membasahi bumi dan Humaira boleh tersenyum. 'Well. That is unexpected'

Mimpi Terindah Untuk SeketikaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang