Bab 1

7.8K 300 6
                                    

Ponn!! Ponn!!

Bunyi hon kereta yang menjadi makanan telinganya saat ini, menyedarkan dia dari lamunan yang panjang. Segera anggota tubuhnya bergerak melakukan kerja. Kakinya laju menekan pedal minyak sambil tangannya ligat mengawal stereng. Dipandunya jauh sejauh yang mampu. Dia mahu ketenangan. Dia mahu hirup secawan kasih yang menenangkan.

Safwan mengambil keputusan untuk matikan enjin keretanya di tepi jalan yang entah dimana alamat yang dia berpijak sekarang ini. Yang dia tahu dan pasti, langit malam ini cantik. Cantik sangat. Ya, langit yang terbentang luas dengan taburan bintang-bintang yang bersinar itulah yang telah membuatkan hatinya tertarik untuk berehat di situ malam ini.

Telefon bimbit yang dari tadi berbunyi, dibiarkannya dengan pandangan sepi. Nama 'mama' yang tertera di skrin telefon langsung tidak menjentik hatinya untuk mengangkat panggilan itu. Biarlah dulu. Jiwanya masih kusut. Kalau dijawab panggilan itupun, belum tentu selesai masalahnya. Matanya dipejam. Masih tergiang-giang kata-kata ayahnya yang menyebabkan dia pergi membawa diri.
•••

"Business apa macam ini?! Sudah berapa kali kamu bankcrupt? Tiga kali tukar business, tiga kali itulah gagal. Rugi sikit dah mengalah. Lepas itu, dibiarkan terus sampai bankcrupt. Bukannya nak usaha cari jalan untuk perbetulkan balik, nak senang aje. Dah berapa banyak duit modal yang Babah bagi kat kamu untuk buat business? Berapa?!" Kesunyian bilik itu dipecahkan dengan suara halilintar milik Encik Fuad. Makin hilang sabarnya. Tiga kali business, tiga itulah gagal. Kononnya mahu bedikari. Diajaknya bekerja dengan syarikatnya, ditolak mentah-mentah.

Kepala Safwan masih menunduk memandang lantai. Ngeri baginya untuk melihat mata ayahnya saat ini. Bengisnya bukan biasa-biasa. Mungkin selama ini si ayah banyak pendam rasa tentang perangai anaknya yang keras kepala ini. Itu yang sekali hambur, memang takut nak bertentang mata.

Encik Fuad cuba duduk menenangkan diri. Mulutnya terkumat-kamit beristighfar. Saat amarahnya begini, memang menjadi kesukaan syaitan terus menyesatkan manusia. Lagipun, dia tak nak situasi ini menjadi tontonan pekerja-pekerjanya. Ini bukan contoh yang baik.

Safwan memandang sekilas ke arah pintu bilik pejabat milik ayahnya itu. Rapat. Serapat mulutnya yang terkunci sejak tadi. Hatinya dah semakin pedih. Bukannya dia sengaja nak bankcruptkan perniagaannya sendiri. Tapi, dia ditipu oleh pembekal. Mahu sahaja dia menceritakan kisah itu. Namun, mulut ini langsung tak memberi kerjasama. Dibiarkan telinga menjadi mangsa keadaan.

"Babah dah penat, Wan. Babah bukan makin muda. Wan pun dah capai umur 28 tahun. Sampai bila Wan nak mencari-cari kerjaya yang sesuai dengan Wan kalau Wan sendiri yang tak beri peluang untuk cuba benda baru? Memang kerja dengan Babah tak best. Tapi sekurang-kurangnya Wan belajar untuk cuba benda baru. Dalam hidup ini, kita kena mula dari bawah. Mana boleh nak jadi bos terus. Masalah Wan ini adalah Wan nak jadi bos terus tanpa pernah merasa jadi seorang kuli pun." Redup mata Encik Fuad memandang anaknya yang masih lagi menikus di sofa itu.

"Kenapa diam?"

Safwan mengumpulkan semangat. Segala idea untuk menjawab soalan itu cuba dikerahkan.

"Babah. You already know about me, right? Wan memang jenis tak suka kerja dengan orang lain. Wan jadi tak selesa. Wan tak suka diarah-arah. I love to do it by myself. Lagipun, kali ini bankcrupt sebab Wan kena tipu dengan pembekal. Bukannya sebab lain." Safwan seteguhnya cuba memandang dalam mata ayahnya. Dalam hati dah berbakul-bakul dia maki penipu cap kambing itu. Kalau dia dapat manusia penipu itu, memang lunyai dia kerjakan. Kau tunggu!

"Reason again? Rasanya dah banyak sangat dah Wan salahkan orang lain. Diri sendiri tu tak pernah salah ke?" Sinis bunyinya.

"But it's really not my fault," jawabnya pendek. Dia tak tahu macam mana lagi nak pertahankan diri. Apabila bertembung dengan mata ayahnya ini, separuh keberaniannya hilang. Perasaan takut menemani diri. Bukannya apa, rasa hormat terhadap ayahnya itu sememangnya tak pernah pudar. Mungkin ini antara ciri-ciri anak soleh yang tak berapa nak soleh lagi.

"Masih tak nak mengaku salah sendiri? Masih dengan prinsip itu? Ikut Wan lah. Babah dah tak tahu nak cakap apa lagi. Lepas ni, no more money for your capital. Kalau Wan nak buka business baru. Cari modal sendiri. And make sure 50 ribu ringgit babah, kamu langsaikan segera."

Langsaikan 50k? Babah nak membunuh aku ke apa? Mana aku nak korek duit banyak macam tu? Dengan anak sendiri pun nak berkira. Arghhh!

Cinta 5 SaatWhere stories live. Discover now