Kejutan

77 1 0
                                        

Fatimah Nur Bahiyah..atau lebih mesra digelar Fatimah sedang belajar di dalam kelas tingkatan 2 Ar-Rahman ,kelas pertama.

Semasa mereka sedang asyik belajar,seorang murid lelaki,Amin mengetuk pintu kelas mereka." Saya mahu bertanya , adakah Fatimah Nur Bahiyah belajar di kelas inikah? Ustazah Fazura ingin berjumpa di pejabat".

Fatimah bangun daripada kerusinya lalu meminta izin daripada gurunya untuk keluar.

****
Semasa ingin masuk ke pejabat..

"Kenapa ada kasut mama dengan papa ? Apa yang saya lakukan sehingga mereka dipanggil? Pelik...",Fatimah berasa aneh.

Fatimah pun masuk ke dalam pejabat. Ya, ibu bapa Fatimah memang ada.

"Papa?Mama? Kenapa ada di sini?",tanya Fatimah dengan nada suara yang lembut.

"Fatimah,maafkan papa ,ya? Fatimah akan berpindah ke sekolah lain kerana papa dipindahkan juga ke Kuala Lumpur.",kata ayah Fatimah.

Fatimah tergamam.Air matanya mengalir hingga ke pipi.

"Us..us...us...Ustazah Fazura,betulkah?",tanya Fatimah tergagap-gagap.

   "Ya,Fatimah.Sedihnya tiada kamu..kamu ialah 'best student'di sekolah ini.Terima kasih Fatimah,selama awak mengharumkan nama madrasah ini dengan kebijaksanaan awak itu. Saya harap awak dapat menyesuaikan diri di sana",kata Ustazah Fazura.
  
     Fatimah berterima kasih kepada Ustazah Fazura.

     "Papa,mama,bilakah kita akan berpindah ke sana?",tanya Fatimah.
 
      "Lusa,tidaklah kejam sangat bukan?",jawab ibunya.

     "Ya,masih ada masa untuk saya meluangkan masa bersama kawan-kawan saya!!",kata Fatimah.

***
     Fatimah dibenarkan masuk ke kelas,sementara itu ibu bapanya sedang berurusan bersama Ustazah Fazura.

    "Kenapa Ustazah Fazura ingin berjumpa dengan awak?",tanya kawan baiknya,Husnul Azib.

     "Sa sa saaa ..saya akan berpindah ke ibu kota lusa nanti. Issh...tergagap -gagap pula!Apalah saya ni!Hihihi..  . Husnul,saya pasti akan merindui awak apabila saya akan pergi nanti.",jelas Fatimah.

     "Saya juga!!Saya pasti merindui awak..awak,jangan lupa berbalas e-mel nanti",pesan Husnul Azib.

    Fatimah dan Husnul Azib berpelukan..

     


Hmmm..Semuanya Ada Yang Tidak Kena..Stories to obsess over. Discover now