Death Note (Jungkook BTS)

508 52 9
                                    

Macam takde guna je aku hidup. Bagi aku, hidup ni ibarat sampah. Kau mesti tak setuju kan dengan aku? Tapi tak kisah la, sebab aku ada alasan sendiri kenapa aku sanggup kutuk hidup aku sendiri.

Hampir 20 tahun aku hidup. Tapi aku tak pernah rasa dihargai dan dicintai. Aku tak kenal apa itu erti kasih sayang. Eomma dengan appa aku pon buang aku. Diorang fikir aku ni aib diorang sebab aku ni anak luar nikah. 

Aku takde kawan. Semua orang tak nak bersua dengan aku. Ye lah, sape je nak kawan dengan orang cam aku ni. Dah la pelik, pendiam, kene cop psycho. Sebab aku terlalu pendiam. Dan aku tahu sesetengah diorang anggap aku ni gila. 

Ye! Memang aku gila! Takde sape nak kawan dengan orang gila macam aku. Kau puas sekarang?

Tak ada erti kebahagiaan dalam hidup aku. Aku rasa lebih baik aku mati je la. 

Aku rasa aku tak kacau orang. Tapi ade je durjana-durjana yang mengganggu aku. 

Mingyu, Dokyeom dan Eunwoo. 

Merekalah manusia yang tak pernah penat ganggu aku. 

Sekarang aku nak tanya kat korang semua. Korang pernah ke rasa dimalukan depan semua pelajar sekolah? Kalau tak pun, kene kurung dalam bilik stor? Atau mungkin kepala kau kene rendam dalam mangkuk tandas? Korang pernah alaminya? 

Itulah apa yang aku rasa setiap hari.

Itulah apa yang Mingyu dan rakan-rakannya selalu buat dekat aku. Aku diperlakukan macam orang bodoh. Mungkin korang terfikir, kenapa aku tak lawan balik? 

Jawapan aku sungguh klise. Sebab aku tak berani lah! Bayangkan kalau aku melawan, entah apa yang diorang buat kat aku. Mungkin lebih ganas seperti mengelar tangan atau muka aku dengan pisau? 

Aku rasa kalau semua sekolah kat Seoul ni buat pertandingan membuli pasti diorang akan menang.

Ada suatu petang tu, masa balik dari sekolah. Diorang kejar aku bagaikan si pemburu mengejar haiwan sasarannya. 

Aku kena kejar sebab tumbuk muka Eunwoo. 

Mula-mula diorang mintak duit aku. Tapi aku takde duit jadi aku tak kasi la. Tapi diorang tak percaya lepastu tolak aku kat dinding tunjal-tunjal2 kepala aku. Aku nak larikan diri. No choice, aku hentam lah si Eunwoo yang sibuk tunjal-tunjal kepala aku sampai darah hidung dia. Tu yang diorang kejar aku.

"Tangkap dia! Jangan kasi lepas!"

Aku berlari dengan pantas. Dengan nafas tercungap-cungap aku segera mencari tempat persembunyian. Masa tu aku terfikir satu tempat iaitu perpustakaan. Aku cepat-cepat masuk ke dalam perpustakaan untuk bersembunyi.

Aku nampak mereka bertiga berlegar-legar di depan perpustakaan. Tapi mungkin mereka tak terfikir aku ade kat dalam. 

"Mana pulak dia ni? Cepat je hilang!" marah Mingyu.

"Maybe dia lari kat sebelah kiri ni kot? Jom kejar" sambung Dokyeom.

Aku lega. Habis badan aku berpeluh. Aku berusaha untuk menstabilkan nafas aku yang turun naik ni. 

Nasib baik aku ni lincah. Kalau aku kene tangkap tadi, ntah2 dah jadi makanan anjing agaknya aku ni.

Oh ya, baru aku perasan perpustakaan ni sunyi sepi. Tak ada orang lain selain diriku. Kat dalam tu cuma ade aku, buku. Buku, aku.

Tap...tap...tap...

Bunyi apa tu? Bunyinya macam bunyi tapak kaki. 

Ok i see. Ada seseorang muncul daripada bilik staff dalam library tu. Tapi aku tak kenal dia. Siapa lah lelaki yang berkaca mata ni? Maybe dia staff yang jaga library lah kot.

"Kau buat apa dalam ni? Perpustakaan dah nak tutup ni" kata orang itu kepadaku. Dia jalan mendekati aku. Dari nametagnya dapatlah aku tahu nama dia. Kim Namjoon.

"Saya minta maaf bang. Saya tak perasan yang library ni dah nak tutup. Saya minta diri dulu" jawabku lalu segera melangkah untuk keluar. 

"Tunggu dulu jungkook!"

Aku terdiam. Aku tak salah dengar kan? Dia panggil nama aku? Mana dia tahu nama aku? 

Aku menoleh ke arahnya, "Abang panggil saya ke?" 

Namjoon tak menjawab. Dia hanya diam dan menatap mata aku. Tiba-tiba dia menguntumkan senyuman yang agak sinis. Seram jugak lah senyuman dia ni. 

"Kau lah budak yang aku cari"

Aku mengerutkan dahi, "Apa maksud abang?" 

"Ikut aku, ada something aku nak bagi kau" 

Pelik. Aku tak pernah kenal pun dia ni. Tapi dia tahu nama aku sedangkan aku tak pakai sebarang nametag. Haih entah lah. 

Dia bawa aku kat satu kawasan yang berada agak hujung. Buku-buku kat situ banyak yang dah berhabuk. Nampak sangat buku-buku kat kawasan ni tak best, tu yang berhabuk je.

Namjoon mengambil satu buku paling atas di rak tersebut. Dia bagi buku tu kat aku. Aku ambil dan aku buka buku tu. Buku catatan? 

"Kenapa bagi saya buku ni" soalku.

"Aku tahu kau selalu kene buli dengan si Mingyu, Dokyeom dgn Eunwoo tu. Aku yakin kau pun dah tak sanggup nak hadap semua tu kan?"

Jap. Camne dia boleh tahu kisah aku ni?

"Kejap, apa semua ni? Saya tak faham la" aku mengerutkan dahi.

"Aku bagi kau buku ni untuk kau balas dendam. Kau tulislah apa yang kau nak sebab apa yang kau tulis  dalam buku tu akan jadi kenyataan" 

"Kau cuma perlu tulis dalam buku tu dan titiskan darah kau maka semua keinginan kau akan tercapai...termasuklah bunuh diorang" sambung namjoon lagi.

Tak masuk akal. Dia ni dah gila ke apa? Baik aku cepat-cepat pergi dari sini. Aku langsung letak semula buku tu kat rak dia. 

"Sorry bang, saya rasa abang ni kena pergi jumpa doktor mental la"

Namjoon mengambil semula buku tu dan dia berkeras untuk aku ambil jugak buku tu.

"Buku ni dah pilih kau. Dia mintak kau tulis segala kebencian kau terhadap pembuli2 tu. Buku ni akan tunaikan permintaan kau. Tapi ingat, setiap pembalasan dendam kene dibayar dengan something yg berharga" 

Aku pulang ke rumah. Pulang bersama-sama buku misteri tu. 

Pelik lah si Namjoon tu. Ntah2 dia tu mmg ada mental disorder kot? Tapi ada satu benda yang aku musykil gila. Macam mana dia boleh kenal aku?  Tahu pasal pembuli2 tu?

To be continued...

• bts oneshot •Where stories live. Discover now