Cincin yang bertakhtakan permata itu disarung ke jari manis Eishal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cincin yang bertakhtakan permata itu disarung ke jari manis Eishal . Tangan lelaki itu disalam dengan kasar. Itu pun selepas diarahkan oleh Puan Suhana.

Majlis akad nikah diadakan kecil kecilan sahaja. Hanya saudara mara terdekat yang dijemput .Tetamu yang hadir mula menjamu selera. Eishal ditarik oleh Rayden untuk bersua muka dengan tetamu . Gadis itu akur.

" Wahh hensemnya abang Rayden " Eishal menggulingkan bola matanya ke atas . Menyampah apabila dia harus berhadapan dengan sepesis manusia yang berpotensi menjadi perosak rumah tangga orang.

" Excuse me lelaki yang kau panggil abang dan hensem tu lelaki aku ya " gerutu Eishal dalam hati. Tanpa dipinta bahu Eishal dipeluk erat oleh Rayden.

" Sayang siapa ni? " saja Rayden meleretkan suaranya. Eishal menjeling tajam ke Rayden. Sayang konon.

" Entah, rasanya iblis dan serangga perosak tak dijemput . Macam mana kau boleh tersesat dekat sini " sepupu sepupu Eishal yang lain ketawa apabila melihat wajah perempuan itu berubah cemberut.

" Mak aku yang ajak datang sini, kau ingat aku nak sangat ke? Nasib baik dapat cuci mata " mata dikerdipkan ke arah Rayden. Nampak begitu obvious yang Rayden rimas dengan perlakuan gediknya.

" Nasha , kau ni tak malu ke? Suami orang pun nak mengorat? Nampak lelaki handsome sikit pecah ovari " pftt. Gadis bernama Nasha itu menghentakkan kakinya dan berlaku pergi.

" Rayden mesti meluat kuasa tiga dengan dia kan? Gedik tak bertempat, ikut perangai siapa tah " bidas Juliana selamba. Biar mak dia dengar lepastu kasi brainwash sikit anak dia yang menggeletis tak bertempat tu.

Rayden hanya tayang senyuman manis kepada mereka. Eishal terpegun seketika. Wajah bersih Rayden ditilik lama.

" Amboi Shal pandang laki macam nak terkam dah aku tengok. Sabar lah malam nanti tak ada siapa nak kacau korang buat projek, haaa waktu tu kau tatap lah muka suami kau puas puas " usik Faizal yang perasan akan pandangan Eishal terhadap Rayden. Muka Eishal merah .

Bengong punya Faizal

Rayden memalingkan wajah ke arah Eishal yang berada di sebelahnya. Lelaki itu sembunyi senyum apabila melihat pipi Eishal yang sudah merah akibat menahan malu.

" Amboi Ayden, mentang-mentang lah baru nikah tadi, Asyik berkepit je. Takut sangat si Eishal tu lari ya? " Sampuk Engku Rafael pula. Rayden hanya tayang wajah bersahajanya.

" Papa pun dulu macam ni kan, isteri cantik mana boleh lepas nanti ada buaya sambar. Bahaya " Engku Rafael yang memahami maksud Rayden ketawa kecil dan memandang ke arah seseorang.

" Okey lah Ayden, mama dengan papa nak balik dulu,  Shal kalau Ayden nakal atau ada sakitkan hati Eishal, bagitahu mama . Nanti biar mama smack down dia " Eishal ketawa kecil sebelum kepala diangguk perlahan.

" Bye Eishal, nanti Shal balik rumah mama kita sembang panjang okey " kata Ratna dan bersalaman dengan Eishal lalu melaga-lagakan pipi mereka .

" Bye, kakak iparkuuu. Malam pertama jangan nakal nakal tau, abang Rayden tu aggressive sikit " Pap! 

" Aduh! Angah sakit lahhh! " jerit Rafanda yang menahan kesakitan apabila mulutnya ditampar oleh Ratna.

" Kecik kecik dah gatal eh kau , dah masuk! " arah Ratna tegas. Rafanda akur, dia bersalaman dengan Eishal dan Rayden sebelum masuk ke dalam kereta. Kereta vellfire Hitam itu meluncur laju keluar dari kawasan perumahan tersebut. Eishal dan Rayden masih statik di tempat mereka.

" Apa pandang-pandang! " marah Eishal. Rayden tersenyum sinis.

" Suka hati saya lah nak pandang awak pun kita kan dah halal, saya nak tengok lebih dari itu pun boleh " terus dada bidang milik Rayden dipukul perlahan oleh Eishal sebelum gadis itu melangkah masuk ke dalam rumah .

" Ganas, i like " Bicaranya sendiri. Kaki mengekori langkah Eishal ke halaman rumah .

" Eh pengantin baru tak masuk tidur lagi? Dah lewat ni " sampuk Encik Hilman yang sedang duduk bersantai bersama Kedua orang adik Eishal dah beberapa orang bapa saudaranya.

" Eii ayah ni, tak payah lah usik Shal macam tu " Rengek Eishal manja. Anak ayah guys. Anak ayah.

" Lah mana ada usik, betul kata ayah kamu tu, esokkan nak bersanding. Kalau tidur lewat nanti muka sebam je atas pelamin " sampuk Encik Halim atau pun lebih selesa dipanggil pakngah.

" Pakngah pun sama! " Eishal mencebik. Rayden menghampiri mereka lalu duduk di sebelah Eishal. Gadis itu mendengus geram.

Punya lah banyak kerusi lain nak jugak menyempit sebelah aku

" Haa Ayden, pegi bawak bini kamu ni masuk bilik. Kalau tak cukup rehat kang esok lepu pulak " Arah Encik Hilman.

Rayden menganggukkan kepalanya perlahan. Bibirnya didekatkan dengan telinga Eishal lalu membisikkan sesuatu " jom kita masuk tidur sayang " terus meremang bulu roma Eishal mendengarnya.

Kepala ditolehkan ke arah Rayden. Lelaki itu tersenyum penuh makna. Penuh dengan muslihat dan maksud yang tersirat.

I'm so dead ”

“ I'm so dead ”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

— chap ni bersemut ke tak? Kalau bersemut comment YASSS! Nanti sis semburkan ridsect 😂 Sorry kalau ada typo :3

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

— chap ni bersemut ke tak? Kalau bersemut comment YASSS! Nanti sis semburkan ridsect 😂 Sorry kalau ada typo :3

Do leave your vote and comment.

Lots of love Alya ♥

Lots of love Alya ♥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔Where stories live. Discover now