Air Tangan

31 6 0
                                    

dia baru pulang dari belakang rumah –
di antara pohon keladi dan rumpun pandan
dipetiknya sekuntum bunga kantan
untuk digaul kerabu
hidangan makan tengahari

dialah lelaki, tak berhalkum
bapa yang separuh nyawanya
bekerja agar kami merasa
bersepatu, dan bersekolah di kota

saat dia menjirus betisnya
yang bersalut lumpur hari tua dan
calar kenangan yang tak sembuh,
dia memandang langit
meluahkan kesyukuran kepada tuhan
bahawa dia masih hidup
untuk menanakkan kami nasi
dan menghidangkan kami masakannya

emak,
entah apa kaucampurkan
ke dalam ramuan asam nanasmu
pabila kubancuhkan sendiri mengikut resipi
tak kujumpai kesedapan itu,
rupanya itu - kemanisan tanganmu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 17, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Surat / PisauWhere stories live. Discover now