Selepas Subuh

77 8 1
                                    

selepas subuh
kembali aku menggenggam kapak
bertarung dengan kelapa tua

memijak rumput pagi
di belakang rumah
memetik pucuk serai kayu,
bunga kantan dan pucuk ubi
mengutip lada; cermai, jarum dan burung
sambil berharap pagi ini
tiada tangan yang mencuri

daging kelapa tersiat telah direndam
kulitnya telah dilonggokkan

dan esok seperti hari sebelumnya
kembali aku mengenggam kapak
bertarung dengan kelapa tua

wahai, lembutkan hari-hari mendatang
yang akan lebih keras
dari sebelumnya

Surat / PisauWhere stories live. Discover now