3

7.4K 137 2
                                    

" Kasih ! Kasih ! Oi bukak pintu ni ! Kasih ! Kau pekak ke apa ?! " pintu rumah papan yang sudah uzur itu diketuk dengan kuat.

Masih tiada jawapan.

" Oi ! Dah mati ke orang dalam rumah ni ?! Kenapa dah bengap sangat ke tak reti nak bukak pintu ?! " makinya lagi setelah menunggu lama.

" Pak Daud ? " tegur Kasih. Dia baru sahaja pulang dari pantai. Basikalnya disandarkan pada dinding rumah papan itu.

" Hah , hidup lagi rupanya kau. Mana bapak kau yang dah tak lama lagi tu ? Aku panggil kat luar ni dah pekak ke atau dah mati kat dalam ? " selamba lelaki itu berkata.

Memang dasar tak berhati perut.

" Astagfirullahadzim , apa yang Pak Daud cakap ni ? Ayah kan tengah sakit. Dia mungkin tengah tidur lagi. Ayah tak larat nak bangun dah " dijelingnya lelaki di hadapannya itu.

Kalau diikutkan hatinya , mahu sahaja dia menunjal dahi lelaki itu tapi dia masih ada sifat hormat dengan bapa saudaranya itu.

" Ahh , lantak sana ! Malam ni kau siap - siap. Bawak sekali baju - baju kau. Aku ambil kau malam ni " arah Pak Daud. Senyuman sinisnya penuh makna.

" Pak Daud nak bawak Kasih pergi mana ? " soal Kasih ragu - ragu. Dia rasa tidak sedap hati.

" Boleh tak kau jangan banyak cakap ? Kau ikut je lah. Orang tua kau tu dah tak lama dah. Banyak menyusahkan hidup aku je. Tak payah la kau nak kasihan sangat dengan dia. Kau ikut aku. Kau jugak yang senang nanti " gesa Pak Daud.

Desakan Pak Daud membuatkan gadis itu bingung.

" Kasih takkan ikut kalau Kasih tak tahu tempat yang Pak Daud nak bawak Kasih ni ! " lantang Kasih bersuara kali ini.

Lantas Pak Daud menarik tudung Kasih dengan kasar sehingga menampakkan rambutnya. Gadis itu tersembam jatuh di atas tanah. Habis kotor baju kurungnya.

" Eh perempuan , kau fikir kau tu cukup bagus sangat ke nak lawan cakap aku ? Kau jangan sampai aku bunuh bapak kau ? Kau nak ?! " ugut Pak Daud seraya menarik rambut Kasih sehinggakan gadis itu mengerang kesakitan.

" Pak Daud tolong jangan buat macam tu. Kasih merayu sangat. Tolong jangan ... " rayu Kasih. Dipeluknya kaki bapa saudaranya. Merayu seperti pengemis.

" Hah tahu kau takut. Lain kali jangan buat hal. Malam ni aku nak kau dah siap - siap. Jangan buang masa aku. Faham ?! "

Dilepaskan rambut gadis itu sehingga kepalanya terhantuk di bucu tangga.

" Arghh !! " raung Kasih.

" Kasih ? Kasih ? Nakk , kenapa tu ? Kasih ? " jerit Pak Zikri dari dalam rumah. Baru sahaja terbangun akibat terdengar jeritan kuat Kasih.

" Kau faham tak apa yang aku cakap ? " diperlahankan suaranya supaya ayah Kasih tidak terdengar.

Tiada langsung belas kasihan apabila melihat darah mengalir dari dahi anak saudaranya itu.

" Faham ... " kata Kasih perlahan. Dia tidak lagi berdaya.

" Bagus " terpancar riak wajah gembira yang penuh makna jahat di wajah Pak Daud. Dia meninggalkan Kasih begitu sahaja.

" Kasih ? Nakk ? " laung Pak Zikri dari dalam biliknya.

Kasih tidak menyahut panggilan ayahnya.

Dikuncinya pintu rumah papan itu. Kasih melihat Pak Zikri yang sedang mengusap dadanya untuk melegakan batuk. Dia tidak sampai hati untuk meninggalkan orang tuanya itu. Disebabkan dia tidak mahu ayahnya terdengar tangisannya , dia berlari ke bilik air.

TAKDIR CINTA KITA Where stories live. Discover now