" Selamat pagi akak".Sapa seorang perempuan bila dia menjejakkan kaki memasuki sebuah butik .
" Eh Nia , dah sampai ".seorang wanita mula bangun dari tempat duduknya bila menyedari kedatangan Nia.
"Ni baju yang dah siap ".
Nia Pov
Aku menghulurkan satu plastik beg dimana aku meletakkan baju baju yang dah siap aku jahit dan reka.
Aku Nia Amani ,dekat KL ni aku tinggal dengan kawan kawan aku yang baru aku kenal bila mula pindah sini.Keluarga aku semua dekat kampung, aku just ada ayah dan tiga orang adik lelaki.Aku berada dekat KL ni pun sebab aku mencari kehidupan yang baru.aku nak cari pendapatan lebih untuk membantu ayah dekat kampung,disamping aku nak mencari pengalaman dan belajar hidup mandiri bila tinggal jauh dari keluarga , aku pandai mereka pakaian dan menjahitnya ,aku teringin sangat nak jadi pereka fesyen ,tapi dengan keputusan aku yang takat upsr je tu.Mana ada syarikat yang nak terima aku.Nasib baik Kak lina ada ,tempat dia je yang aku ada untuk pamerkan beberapa rekaan aku.
Lepas dari butik kak Lina,aku singgah sekejap ke kedai roti yang tidak jauh dari butik kak Lina ,
"Pagi Nia ,nak beli roti "?. Makcik Patra .Pemilik Multi Bakery ,aku sudah menjadi pelanggan tetap mereka ,boleh dikatakan hampir setiap minggu aku pergi kesini untuk membeli roti mereka.
"Amboi banyak hari ni kamu beli".Soal Makcik patra
" Aha Makcik ,Ni Akak yang suruh beli ,dorang kirim ,tu yang banyak ni".Sebenarnya aku merupakan paling bongsu di dalam roommate kami.Aku selesa memanggil mereka kakak.sebab aku nak rasa kasih sayang seorang kakak.Ni roti ni mereka yang suruh beli dah alang alang aku lalu di tempat ni.
Lepas je memberi roti tadi.Aku berjalan di sekitar bangunan untuk mencuci mata di pagi hari.Tiba tiba aku terdengar suara riuh penjaja di lorong kecil bangunan bersebelahan kedai roti makcik Patra.
"Eh pergi mampuslah,Kau nak mengemis bukan dekat sini".Aku terdengar suara jeritan nyaring dari seorang yang aku kenali.
"Orang macam kau nilah yang memalukan negara tau tak,pergi kerjalah yang kau mengemis dekat sini buat apa".
Aku lihat seorang lelaki yang aku kenali meludah ke arah seorang lelaki atau lebih tepat seorang pengemis itu.
"Sampah masyarakat".Tiba tiba aku melihat lelaki itu mula mengambil sebuah kerusi untuk dibaling ke arah pengemis itu.
"Jangan!!!".Aku berlari kearah pengemis itu .Aku menghalang lelaki tersebut dari membaling kerusi kepada pengemis itu.
"Nia ,tepi abang nak ajar sikit si sampah masyarakat ni".Abang long ,lelaki yang menjerit tadi mula mengangkat kerusi itu.
"Apa ni abang long, letak balik kerusi tu,apa yang dia buat sampai nak baling kerusi ni"?.Aku menyoal kepada semua penjaja dekat situ.aku bukan nak bela si pengemis tu ,tapi aku kesian bila mlihat keadaan dia.
"Ni ah.dia duk minta minta makanan dekat penjaja sini,wei minta ,kita orang bersusah payah nak cari modal untuk jual,dia tinggal minta je".Jelas seorang lelaki.Yang aku panggil sebagai abang fadli.Sebenarnya aku dah kenal dengan semua penjaja dekat sini.Manakan tidak aku tiap tiap hari akan singgah membeli disini.
"Dia minta je kan , dia tak kacau pun abang dan akak semua berniagakan".Soalku tidak berpuasa hati.
"Yang Nia nak bela si sampah masyarakat ni kenapa?.Kak Mia mula bersuara.
"Nia bukan nak bela sesiapa ,cuma akak dan abang boleh fikir dengan waras,dia just nak minta je tapi tak sentuh satupun perniagaan akak dan abang semua tapi akak dan abang pula pukul dan kecam dia ,hina dia".Aku lihat mereka semua diam.
"Yang abang long sampai nak baling dia dengan kerusi tu kenapa?".Mereka semua masih diam.Bila aku mula memandang mereka dengan tajam.
"Apa ni .Dia pun manusia juga,dia ada hak untuk hidup,jangan hanya sebab dia pengemis akak dan abang semua maki dan pukul dia".Aku mengeluh
"Dahlah abang dan akak pergi gerai masing masing,biar Nia uruskan lelaki ni".mereka mula beredar dari tempat itu.
Aku melihat kearah lelaki itu atau lebih tepat pengemis itu.aku melihat betapa dia ketakutan saat ini.mengigil dan muka dipenuhi dengan inggus dan air mata.Aku mula mencangkung dihadapannya.Aku menilik seluruh wajahnya.Entah kenapa aku merasa kesian dengan dia.
Skip
"Sedap".Lelaki itu mengangguk.Dari lorong tu aku bawa lelaki ni menuju ke sebuah taman.Aku lihat dia tergopoh gopoh makan kepingan roti yang aku beli untuk kawan kawan aku,dan sebotol mineral yang aku beli berdekatan .Mungkin sebab dia dah beberapa tak menjamah makanan jadi bila dah dapat jadi rakus.Aku hanya memerhati lelaki ini.Kesian, muda muda dah jadi pengemis,timbul di benakku rasa sedih,dia tak de keluarga ke,mana ibu ayah dan adik beradiknya.
"Nama siapa".Aku menyoalnya dengan lembut.
Tapi hampa dia tak menjawab pun.Takpa Nia pelan pelan.
"Tinggal dekat mana".sekali lagi tiada jawapan darinya.Tapi aku belum mengalah.
"Ibu dan ayah mana?".Aku dah takda soalan lain.Tiba tiba aku lihat dia berhenti mengunyah roti.Dia menundukkan kepala.Kenapa aku salah cakap ke?.Aku terdengar esakan kecil dari lelaki itu.Aku tak tahu kenapa dia menangis,aku membawa tanganku menuju ke bahunya,Aku mengusap lembut bahunya.
"Maaf kalau awak terasa".Aku menenangkan dia ,mungkin aku ada terkasar bahasa tadi.
"Terima kasih".Dia mula bersuara.Alhamdulillah dia tak bisu rupanya.Aku masih mengusap bahunya.
"Nama saya Daniel ".Dia bercakap dengan suara sedu sedannya.Aku tersenyum memandangnya.Ada nama rupanya.
"Daniel tinggal dekat mana".aku bertanya,sambil mengusap rambutnya untuk dibetulkan sedikit.Entahlah bila dengan dia .lembut saja hati aku.Mungkin sebab aku kesiankan dia.
Kemudian aku lihat Daniel tunduk.Aku salah cakap lagi ke?.Aku mula cuak bila Daniel menggengam kuat roti di tangannya hingga hancur.Aku guna cara lembut,aku mula menggengam tangan Daniel.Dia tampak terkejut.Dia memandang kearahku.Aku memberikan senyuman manis kerahnya.
"Daniel tinggal dalam kotak".Daniel bersuara.Aku tersenyum kecil bila dia mula bercakap.Terasa lucu bila dia mengatakan dia tinggal dalam kotak.
"Kotak tu letaknya dekat mana".Tanyaku.bila aku yakin dia akan jawab soalanku.
"Bawa jambatan,dekat dengan sungai".Kesiannya dia.Tak de tempat tinggal rupanya.Tiba tiba ada lalat berterbangan di sekitar kami.Tahulah aku lalat lalat itu datang sebab apa.Aku melihat kearah Daniel ,dah berapa hari dia tak mandi,tapi bila tengok jumlah lalat yang berterbangan ,aku tahu jawapannya.
Aku mengambil handphone yang ada dalam poket bajuku.Aku mula mendail satu nombor.
"Hello ,Bue akak Nia ni.Bue dekat mana sekarang?."
Bue.adik angkat aku dekat KL.Budak ni anak kepada tempat aku kerja ,walaupun nakal tapi budak ni baik dan rajin orangnya.Biasalah remaja,ada saja karenah mereka.
"Akak nak minta tolong ni dengan Bue.Bue ada dekat apartment Bue kan".Tanya ku lagi.
"Ok akak datang sekarang".Aku mematikan panggilan .aku memandang Kearah Daniel dan tersenyum.
"Dah habis makan?".Daniel mengangguk.
"Jom ikut Nia".Aku menarik tangannya.Dia sedikit binggung memandangku.Melihatnya binggung aku tersenyum lagi.
"Nia nak bawa Daniel pergi jumpa rumah baru Daniel,nanti bolehlah Daniel tidur dengan selesa dekat sana dah tak sakit badan".Jelasku padanya.Mendengar penjelasan dari aku,Daniel mula tersenyum gembira.Dia mula berdiri dan kami pun mula berjalan bersama sama.Satu hal yang aku tak pasti.Daniel ni austism ke?.kenapa aku layan dia macam budak budak dan Daniel pula sensitif macam budak budak ,sikit sikit nak nangis.
Hye
Salam perkenalan dari saya .Penulis baru di wattpad ni.Dan cerita di atas ni adalah tulisan saya yang pertama.Harap awak semua suka..dan support tulisan saya.
Dan tolonglah vote kalau suka ye..dan jangan lupa bagi komen sikit dengan bab 1 ni.
Oklah happy reading guys...
YOU ARE READING
Precious Love
Romance" Apa ni ... eh dia pun manusialah ,ada hak untuk hidup ,jangan disebabkan dia mengemis je ,korang suka hati je nak maki dan pukul dia ". - Nia Amani " Terima kasih " .- Daniel Affandi " Thank you for being my precious love " " Awak, saya perluk...
