65

24.1K 1.1K 79
                                    

"TENGKU ARIEL HARRIS BIN TENGKU DANIEL HARRIS."

"SAYA."

"AKU NIKAHKAN DIKAU DENGAN ANAK PEREMPUANKU, HANNAH DALIA AINUL BINTI AZIZ DENGAN MAS KAHWINNYA LIMA PULUH LIMA RIBU RINGGIT TUNAI."

"AKU TERIMA NIKAHNYA HANNAH DALIA AINUL BINTI AZIZ DENGAN MAS KAHWINNYA LIMA PULUH LIMA RIBU RINGGIT TUNAI."

"SAH?"

"SAH."

"SAH."

"SAH."

Ariel tersenyum dalam dia menadah tangannya. Hannah di belakang juga sama tersenyum. Dia berpeluk dengan kaum Hawa di sekelilingnya. Datin Hani memeluk Hannah erat bagai tak nak dilepaskan.

"Mama, dahlah tu. Ariel dah datang tu." Helena menarik lengan Datin Hani bila melihat Ariel dah tiba di depan mereka. Datin Hani tersenyum sambil dia mengesat air matanya. Hannah senyum.

"Mama yang kahwin ke Kak Hannah yang kahwin ni? Overlah mama ni." tutur Huzair, adik lelaki Hannah. Datin Hani menjelingnya. Huzair mencebik. "Abang, sarunglah cincin ni." kata Huzair sambil menghulurkan kotak baldu itu kepada Ariel. Ariel mengambil cincin itu. Hannah memandangnya.

Ariel senyum sebelum dia meraih tangan Hannah. Cincin rose gold yang bertatahkan berlian itu disarungkan pada jari runcing Hannah. Hannah tunduk mencium tangan Ariel selepas dia menyarungkan cincin pada jari Ariel. Ariel tersenyum. Dia  memegang lembut bahu Hannah dan bibirnya dijatuhkan pada dahi Hannah. Hannah memejamkan matanya.

"Ehemm.. Control yourself bro. Tahulah dah halal." Aryan mula mengusik. Ariel menjarakkan bibir dan dahinya. Dia menjeling Aryan.

"Diam."

Aryan mencebik. Farhan memeluk bahu Aryan. "Bro, dia usik kita boleh pula. Kita usik dia, terus dia suruh diam. Unfair." kata Farhan, memerli. Aryan mengangguk setuju.

"Kan. Part kita, semua boleh. Part dia, tak boleh pula." tutur Aryan benci. Ariel mengetap bibir geram. Dia bangun nak melangkah ke arah Farhan dan Aryan.

Farhan dan Aryan terus bangun nak melarikan diri. Ariel pantas mengejar mereka yang sudah berlari keluar rumah. Semua tetamu tercenggang.
Aryana dan Daniel mengurut dahi masing-masing. Pening dengan perangai tak semenggah anak-anak dan menantunya.

Adelia berdehem. "Kak, tolong Adel bangun. Nak pergi tandas." kata Adelia pada Eryna. Nak lari sebenarnya. Eryna terus membantu Adelia bangun. Dia pun nak lari. Malu!

••••••••••

HARSHA HOTEL

Nama HarSha kembali melonjak naik dengan berita perkahwinan Ariel. Semua reporters sudah berkumpul di depan ballroom HarSha Hotel. Malam ini merupakan majlis persandingan Ariel dan Hannah.

Ariel segak mengenakan tuxedo dan Hannah cantik mengenakan gaun pengantin yang bewarna putih. Senyuman manis terlakar di bibir mereka apabila melayan tetamu yang datang.

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now