46

23.6K 1.1K 101
                                    

•••••••••••

First of all, sebelum korang scrolling down untuk baca this chapter, saya nak minta maaf banyak-banyak kalau macam ada yang rasa like sakit hati sangat-sangat. Tak kisahlah sakit hati kat siapa. Kat saya ke, kat character tu ke nanti. I'm so sorry. Korang kutuklah banyak-banyak kat komen nanti.

This chapter ada Fahrin. Fahrin buat something yang buat Farhan and HarSha's Family marah.

••••••••

"Adelia!"

Adelia yang baru keluar dari hospital berpaling memandang Fahrin. Berkerut dahinya. Fahrin dah berdiri di depannya.

"Nak apa?" soal Adelia. Fahrin memandang Adelia. Spontan tangan Adelia ditariknya kasar menuju ke belakang hospital. Adelia dah berkerut kening. Dia mula berdebar. Tak semena-mena kejadian di hotel tempoh hari menerjah ke fikirannya. Takkanlah Fahrin nak buat aku macam tu?

Fahrin menghumban Adelia ke dalam keretanya. Adelia dah berkerut kesakitan sebelum memandang Fahrin yang dah sama masuk. Fahrin memandang Adelia atas bawah.

Adelia menggeleng. "K..Kau nak buat apa?" soal Adelia takut. Dia menghimpitkan badannya ke pintu. Fahrin senyum sinis.

"Aku minta maaf Adelia. Tapi kalau aku tak buat macam ni, sampai bila-bila aku tahan sakit hati tengok kau bahagia dengan Farhan tak guna tu." kata Fahrin. Adelia menggeleng tidak mahu. Air matanya menurun laju. Ya Allah. Mana Farhan?! Abang! Tolong Adel! Adel tak nak Fahrin!

Fahrin mendekati Adelia. Dia mula menggoyakkan baju Adelia menayangkan badan Adelia. Adelia menggeleng. Ya Allah. Apa lagi dugaan  yang kau turunkan kepadaku?

Tangisan Adelia makin kuat saat Fahrin dah mula menyentuh badannya. Matanya ditutup. Tidak sanggup nak melihat perbuatan Fahrin.

"Tak guna kau Tengku Fahrin Ashraff!"

Adelia terus membuka mata saat mendengar suara Farhan. Dia memandang Farhan yang mengheret Fahrin keluar dari kereta. Adelia memeluk badannya yang dah separuh bogel. Tangisannya makin kuat. 

Farhan menumbuk muka Fahrin dengan kuat. "Tak guna kau! Kau sentuh bini aku! Jahanam!" Farhan makin menggila menumbuk Fahrin.

Fahrin tak mampu nak melawan balik. Tenaga Farhan memang cukup kuat. Berbanding dengan tenaganya yang penat. Tambah-tambah bila dia dah mengambil dadah tadi.

Farhan melepaskan Fahrin bila dia ditarik oleh beberapa orang security guard. Turun naik dadanya menahan kemarahan. "Kau! Nasib baik aku masih ingat kau sebagai abang aku! Kalau tak mampus kau aku kerjakan!" Farhan meludah tepat pada muka Fahrin. Dia merentap tangannya dari genggaman security guards sebelum melangkah ke arah kereta. Dia memandang Adelia yang menangis.

Adelia mengangkat muka. Dia terus memeluk Farhan erat. Tangisannya makin kuat di pelukan Farhan. Farhan memejamkan matanya. Air matanya menitis perlahan.

Farhan membuka jacketnya dan disarungkan pada badan Adelia.  "I'm here. Shh." Farhan menenangkan Adelia dalam dia menarik zip jacket ke atas. Dahi Adelia diciumnya lembut. Tanpa kata, dia terus mendukung Adelia keluar.

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now