EBOOK

4.1K 166 13
                                    

"Adel mana?" Tengku Daniel yang baru sahaja masuk ke dalam ruang makan menyoal bila dia tidak melihat kelibat Adelia duduk bersama dengan yang lain di meja makan.

"Masih tidur rasanya," jawab Tengku Aryana sambil menuangkan kopi ke dalam cawan.

"Aduhh!" Adelia menggosok sisi perutnya yang terlanggar dengan meja di hadapan pintu ruang makan. Meja ni pun, menyibuk jelah duduk kat sini. Ish! Adelia segera melangkah untuk masuk ke dalam ruang dapur di mana keluarganya sedang menikmati sarapan pagi.

Serentak Tengku Daniel, Tengku Aryana, Aryan dan Ariel menoleh pada Adelia yang berlari anak masuk ke dalam dapur.

"Apa bising-bising ni Adel?" Tengku Daniel menegur.

"Adel kena balik hospital ni," jawab Adelia tergesa-gesa.

"Eh, bukan kau baru balik Subuh tadi ke?" Ariel menyoal sambil memandang Adelia yang mengemaskan rambut dan bajunya. Muka macam baru bangun dari tidur je adiknya itu.

"I know! Tapi ada emergency kat hospital, so Adel kena balik sekarang," Adelia memandang Tengku Daniel, meminta tangan untuk bersalam.

"Tak breakfast dulu ke?" Tengku Aryana menyoal.

"Errr no. But i'm just gonna grab this sandwich. Thank you, mummy!" Tangan Adelia pantas mencapai sandwich yang disediakan di atas meja makan itu sebelum dia memeluk Tengku Aryana sekejap. "Bye mummy! Bye daddy! Bye brothers!"

Adelia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang terdapat di bilik rehat. Matanya dipejamkan sambil mengurut batang lehernya. Selepas beberapa minit, Adelia membuka matanya. Jam digital yang terdapat di sudut meja dipandang. Sudah hampir pukul 12 tengah hari.

"Adel!"

Adelia menoleh pada pintu yang ditolak dengan kasar dari luar. Keningnya berkerut bila melihat Fiera yang melangkah masuk dengan tergesa-gesa.

"Adel, ada orang nak jumpa kau dekat depan."

"Ha? Siapa?" Adelia hairan dengan kata-kata Fiera itu kerana jika difikirkan, tiada orang pun akan mencarinya sampai ke hospital ini. Not even her family. Sebabnya, keluarga dia tahu betapa sibuknya dia untuk melayan tetamu-tetamu yang tidak diundang.

"I don't know but you better be quick."

Makin hairan. Namun, Adelia bangun juga untuk mengikut Fiera ke depan hospital. "Tu, that guy yang cari kau," beritahu Fiera bila mereka tiba di tempat letak kereta di hadapan hospital. Adelia mengerutkan keningnya, cuba mengenali atau mengingati lelaki itu. Namun, setakat yang dia ingat, dia tidak pernah pula mengenali jejaka itu.

"Erm hello?" Adelia menyapa. Jejaka itu menoleh ke arahnya bila mendengar sapaan Adelia itu. Adelia biasa sahaja menyelukkan tangannya ke dalam poket kot putihnya itu.

"This is yours?" soal jejaka itu sambil menunjuk pada kereta Adelia yang terletak elok di belakang keretanya. Adelia mengangguk. "Oh, so this car is yours?" Seakan tidak berpuas hati, jejaka itu menyoal lagi.

"Yes," Adelia mengangguk lagi.

"You tak reti parking ke apa? I mean, banyak-banyak space dekat sini kenapa you letak kereta you belakang kereta I? I nak keluar macam mana?"

Adelia memandang kereta jejaka itu sebelum kembali memandang wajahnya. "Oh, sorry. I was in rush just now," kata Adelia biasa. Dia kemudiannya melangkah ke arah keretanya.

"In rush? You fikir rush you seorang je? Rush orang lain tak fikir?"

Langkah Adelia terhenti. Dia kembali berpaling memandang jejaka itu. "Sorry?" Adelia menjongketkan keningnya sebagai isyarat menyuruh jejaka itu mengulang balik kata-katanya.

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now