36

23.4K 1.1K 70
                                    

"Lepas! Argh!! Lepas!"

Aryana, Daniel, Aryan, Ariel dan Eryna yang berada di sudut ward itu memandang Adelia. Aryana terus mendapatkan Adelia yang meronta.

"Adel. Mummy ada kat sini sayang. Don't be like this please." Aryana cuba menenangkan Adelia.

"Lepaslah jahanam! Kau tak guna! Aku benci kau!!"

Daniel terus memeluk Adelia erat. "It's okay Adel. Daddy, mummy dengan abang-abang semua ada dengan Adel." pujuk Daniel sambil mengusap lembut belakang Adelia. Aryana juga sama mengenggam erat tangan Adelia.

Daniel mula membisikkan ayat-ayat suci pada telinga Adelia. Dia mencium lembut rambut Adelia. Aryan, Ariel dan Eryna hanya diam. Aryan dan Ariel mengenggam penumbuk.

•••••••••

Bush!

Bush!

Bush!

Lunyai dah lelaki itu dikerjakan oleh Farhan. Azril, Dafi dan Elias hanya diam melihat. Mereka tak boleh buat apa-apa kat Boss Ash mereka ni bila dia sudah naik angin.

Aryan dan Ariel masuk ke dalam bilik penyeksaan itu. Masing-masing memandang Farhan yang masih lagi mengerjakan laki itu. Mereka bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh.

Farhan mencengkam leher lelaki itu. "Kau cakap kat aku siapa yang hantar kau?!" jerkah Farhan kuat. Namun tiada sahutan daripada lelaki itu.

"Cakaplah jahanam!" jerkah Farhan.

"S..Shiqin dan Bella."

Aryan dan Ariel menjongketkan kening mereka. Mereka berpandangan sebelum melangkah ke arah mereka.

"Farhan. Let us settle." kata Ariel. Farhan mengetap bibir sebelum melepaskan lelaki itu. Dia menjauhi mereka.

"Ikat dia." arah Aryan dengan nada yang dingin. Azril, Dafi dan Elias terus melakukan tugas masing-masing. Mereka mengikat lelaki itu di tengah-tengah bilik itu dengan rantai besi. Masing-masing tersenyum sinis saat melihat kedua-dua boss mereka itu dah menyinsing lengan baju mereka. Aryan dan Ariel menyarungkan black leather glove sambil mengelilingi lelaki itu. Ariel menarik penyebat besi.

Sap!

"Arghh!"

Serentak dengan penyebat menyapa badan lelaki itu, jeritannya juga bergema. Ariel hanya buat muka selamba.

Pang!

Aryan menampar lelaki itu dengan kuat sehingga tersembur darah dari mulutnya. Mata Aryan memandang tajam pada lelaki itu. Leher lelaki itu dicengkamnya kuat.

"Kau sakitkan adik aku, sama maksud macam kau sakitkan aku. Kau sentuh adik aku, sama macam kau sentuh aku." kata Aryan dengan dingin. Tangannya makin kuat mencengkam leher lelaki itu.

"Air mata keluarga aku berharga. Sekali mereka jatuhkan air mata, aku akan cari orang tu sampai lubang cacing." sinis sahaja Ariel berbisik di telinga lelaki itu.

"Arghhh!!"

Jeritan lelaki itu sekali lagi bergema saat Aryan menghiris badannya dengan laju. Aryan hanya buat tak kisah walaupun darah sudah terpercik kepadanya.

Aryan dan Ariel berpandangan. "We're not done with you yet." tutur Ariel sebelum membuka glovenya.

"Korang jaga dia. Jangan lepaskan dia." arah Aryan sebelum mereka keluar dari situ diikuti oleh Ariel. Mereka memandang Farhan yang bersandar pada dinding.

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now