56

24K 1K 24
                                    

Daniel dan Aryana berpegangan tangan ketika masuk ke dalam hospital. Aryana hanya diam. Daniel memandang Adelia yang sedang membaca sebuah fail sambil di sebelahnya berdirinya, Farhan.

Wajah Adelia hanya serius meneliti fail laporan kesihatan Aqilah dari London. Dia sempat minta pertolongan kawannya dari London untuk send semua maklumat kesihatan Aqilah yang direkodkan melalui e-mail.

Farhan hanya memandang. Tak mengusik macam selalu. Sebab tak faham apa yang tercatat di situ. Semua istilah-istilah medical di situ. Satu pun dia tak faham. Tambahan muka Adelia yang serius tanpa senyuman. Tak macam masa mereka kat Ireland hari tu. Tersengih dia saat teringatkan kenangan di Ireland masa tu. Bahagia sangat!

"Weyh."

Sikunya yang disinggung membuatkannya tersentak. Dia memandang Aryan yang memandangnya dengan kerutan di dahi. "Kau dah kenapa sengih-sengih? Mereng?" soal Aryan menyindir.

Farhan tersengih. Tak sedar. Tak senonoh betul kau ni Farhan. Tengah-tengah suasana tegang macam ni pula kau nak recall balik memories. Adelia hanya memandang sebelum matanya kembali pada fail di tangannya. Wajahnya berkerut sebelum Shiqin melangkah ke arahnya.

Adelia mengangkat muka saat Shiqin memanggilnya. "What?"

"Mama aku.. boleh diselamatkan tak?" soal Shiqin perlahan. Adelia diam sebelum bersuara.

"Kau doktor Shiqin. Kanser usus antara kanser yang boleh membawa maut. Kalau sel kanser tu belum merebak sepenuhnya, mungkin ada peluang untuk dia diselamatkan. Tapi sekarang ni, kanser tu dah sampai tahap 4. Kau pun tahu kan kalau tahap 4, maksudnya keadaan pesakit tu sangat teruk." kata Adelia. Shiqin terdiam.

"Maksud kau.. Mama aku.."

Adelia menghelakan nafas. "Banyakkan bersabar. Aku akan cuba figure out cara untuk selamatkan dia selagi boleh." kata Adelia. Shiqin tersandar pada dinding hospital. Matanya dipejamkan. Buat kesekian kali, air matanya mengalir lagi.

Adelia hanya memandang. "Boleh aku pinjam telefon kau?" soal Shiqin. Adelia mengerutkan dahinya.

"Nak buat apa?"

"Aku nak call papa dengan abang." katanya. Adelia memandang Farhan sebelum mengeluarkan iPhone nya apabila melihat anggukan Farhan.

Mereka hanya memandang Shiqin yang menjauhi mereka. Adelia memandang Aryana. Dia senyum kelat. "Mummy."

Aryana mengangkat muka memandang Adelia. "Mummy tak kisahkan kalau Adel tolong dia?" soal Adelia berhati-hati. Takut menyinggung perasaan Aryana.

"I prefer if you don't do it." kata Aryana. Daniel terus memandangnya.

"Sayang.."

"But you're doctor. Dah tugas Adel selamatkan pesakit. So?" sambung Aryana. Dia menjeling Daniel sekilas. Daniel senyum. Adelia senyum juga. Mummy ni nampak je dingin, tapi baik tahu. HEHEHEHE

"Adelia."

Adelia memandang Shiqin yang menghulurkan iPhone. Adelia menyambut. "Thanks." ucap Shiqin. Adelia hanya mengangguk.

Shiqin ingin beredar tapi kembali berpaling memandang Adelia. Adelia menjongketkan keningnya.

"Maafkan aku atas apa yang aku buat kat kau. Aku tahu aku salah." kata Shiqin perlahan. Adelia diam. Yang lain juga sama diam.

"Aku dah banyak buat salah dengan kau. Aku minta maaf." kata Shiqin lagi. "Aku tahu susah kau nak maafkan aku lepas apa yang aku buat. Tapi, aku ikhlas minta maaf. I'm so sorry." tutur Shiqin.

Farhan memandang Adelia dan tangan Adelia digenggamnya. Adelia memandangnya. Farhan senyum. Adelia kembali memandang Shiqin.

"Thanks." tuturnya. Shiqin mengerutkan keningnya. "Tak payah minta maaf. Instead, I thanked you. Kalau bukan sebab kau, aku takkan dapat rasai kebahagiaan yang sebenar." kata Adelia.

"Maksud kau?"

Adelia senyum. "Sebab malam tu, aku dapat seorang suami yang baik." kata Adelia sambil memandang Farhan. Farhan senyum sebelum dia mencium dahi Adelia. Shiqin sama senyum.

"Tapi aku tetap kena minta maaf. Aku dah buat jahat kat kau." kata Shiqin. Adelia hanya angguk. Shiqin senyum.

••••••••••

Aryana melangkah masuk ke dalam ward Aqilah. Dia merenung Aqilah yang terbaring lesu.

"Aqilah." 

Aqilah memandangnya. Perlahan, dia mengukir senyuman. Aryana mengalihkan pandangan sebentar.

Aryana kembali memandang Aqilah. Dia menarik nafasnya. "Listen carefully. I will only say it once." katanya. "I.. I forgive you."

Aqilah mengukir senyuman bahagia. Walaupun nada Aryana dingin, tapi dia tahu Aryana ikhlas. "Te..Terima kasih." katanya perlahan.

"Cakap thanks kat Daniel. Dia yang suruh aku maafkan kau. Kalau tak, I don't know bila aku nak maafkan kau." kata Aryana dingin.

Aqilah senyum perlahan sebelum berkerut dahi. Dadanya yang tadi hanya tenang kini berombak laju. Aryana dah memandangnya terus.

"Aqilah." Aryana terus menekan emergency button di atas kepala katil. Tidak lama kemudian, kedengaran pintu ward dirempuh oleh Adelia dan kumpulannya.

"Mummy tunggu kat luar. You too Shiqin." tegas Adelia menuturkan itu. Aryana hanya menurut. Shiqin masih lagi berdiri di sana.

"NOW SHIQIN!"

Adelia memandang Shiqin tajam. Shiqin melangkah ke luar dengan perlahan. Dia tak lepaskan pandangannya pada mamanya.

"Shiqin!"

Shiqin memandang Aden dan Mr.Radin yang melangkah ke arahnya. Shiqin berlari ke arah Mr.Radin. Tangisannya pecah di pelukan Mr.Radin.

Mr.Radin hanya mengusap lembut belakang Shiqin. Walaupun dia dan Aqilah dah berpisah, Shiqin tetap anaknya. Anak kandungnya. Dia sayang anaknya ini. Macam dia sayang Aden juga. Dia tegas dengan Shiqin sebab Shiqin liar. Tak macam Aden. Even Aden membesar dalam persekitaran barat, Aden still jaga maruah diri sebagai seorang yang beragama Islam.

Aden hanya memandang.

Tidak lama kemudian, Adelia keluar dari ward. Adelia memandang mereka. Mereka juga sama memandang Adelia.

"Macam mana dengan mama?" soal Shiqin. Adelia diam dan menggeleng.

"I'm sorry. Korang boleh masuk jumpa dia sementara di still boleh bersuara." kata Adelia.

•••••••••



































PROMOTE STORY

HARAPAN CINTA BY sheweirdo

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now