Bab 24

1.2K 68 6
                                    

CUACA yang cerah pada hujung minggu itu dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh setiap manusia dimuka bumi ini, memandangkan juga hari tersebut merupakan 'public holiday' bagi setiap insan yang memegang title pekerja, tidak kira pekerja kerajaan atau swasta.

Begitu juga dengan Syameel yang merupakan CEO Muda di Golden Holding, lelaki itu pagi-pagi lagi sudah bersiap untuk keluar pada hujung minggu tersebut. Gaya santai dikenakan dengan menggunakan Tshirt jenama polo warna hitam dipadankan dengan seluar jeans biru lusuh.

Satu demi satu anak tangga dituruni untuk ke tingkat bawah. Jam jenama Rolex dikilas seketika. 8.30 pagi. Setibanya di tingkat bawah, mata Syameel meliar mencari seseorang.

"Eh, mana pula mama ni? " soalnya dengan kerutan di dahi.

Ruang dapur diteroka, selalunya Puan Sri Asma akan berada di situ pada pagi hari. Namun tiada!

"Aik? Tak ada pula. Kata nak pergi beli barang hari ni. Tak kan lupa kot. "

Dia kembali semula ke ruang tamu, namun langkah kakinya terhenti saat Puan Sri Asma menegur di tangga.

"Amboi Syam, dah siap ke? Cepatnya.. " tegur Puan Sri Asma dengan senyuman dibibir.

"Eh ma.. Ingatkan mama lupa tadi. " ujar Syameel.

"Takkan mama nak lupa kot, mama lagi berkemas tadi. Dah, jom.. Jam pulak nanti. "

Syameel hanya membalas dengan anggukan. Walaupun sudah berusia 40-an namun wanita itu masih bergaya dan kelihatan muda dengan blouse panjang dan seluar slack hitam yang dikenakannya. Puan Sri Asma hanya mengekori langkah Syameel dari belakang.

******
Setelah dua kali berpusing mencari parking kereta, akhirnya jumpa juga. Ramai juga manusia yang berkunjung ke TESCO pada hujung minggu tersebut.

"Ramai juga orang hari ni eh. Lama dah mama tak pergi beli barang dapur macam ni. Rasa teruja pulak. Haha" tutur Puan Sri Asma dengan nada keterujaannya. Dapat dia rasakan aura membeli belahnya sudah menguasai diri.

Dulu, dia merupakan kaki shopping, tapi shopping untuk barangan dapur sahaja. Kalau shopping untuk barang lain dia tidak seberapa minat. Kalau keinginan untuk membeli barang dapur menguasai dirinya, Elyana yang akan menjadi penemannya. Itu dulu sewaktu Elyana masih belum berumah tangga. Kini, dia tiada peneman lagi, terpaksa dia mengarahkan pembantu rumahnya itu membeli barang dapur.

Namun, hari ini keinginan untuk membeli barang dapur datang lagi dan memandangkan anak sulung lelakinya tidak sibuk dia manfaatkan peluang yang ada. Nak diharapkan Tan Sri Firdaus, hari-hari suaminya itu sibuk.

Syameel mengerling ke arah mamanya, jelas ketara wajah keterujaan di wajah wanita tua itu.

"Jom masuk ma.. Kang sesak pulak nanti.. " ajak Syameel yang sudah mengenakan kaca mata hitam itu.

Puan Sri Asma mengangguk dan mendahului lelaki itu dihadapan. Syameel mengeleng kecil sambil tersenyum simpul.

"Mama.. Mama.. Nampak sangat teruja tu. " gumamnya perlahan lalu membuntuti langkah mamanya dari belakang.

******
Jam di dashboard dikerling sekilas. 9.00 pagi. Amni disebelah dari tadi tersenyum memanjang. Emir menyemikkan mukanya.

"Kalau tak senyum sampai ke telinga tak boleh ke? Suka lettew. Eleh.. " bidas Emir yang sedang memandu.

Amni tersengih.

"Suka hati lah. Tapi.. Thanks ya Angah sudi belanja Am hari ni. Eh, tak sabarnya.. McD mu tunggu aku datang.. Haha"

"Iee, budak ni.. Ada jugak kena sekeh nanti. Dok diam-diam dah lah, tahulah excited nak pergi.. "

"Hehehe, iya.. Diam-diam lah ni. "

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now