Bab 66

47 6 0
                                    

SEDAR tak sedar, sudah sebulan masa berlalu. Begitu pantas masa berjalan. Perut Amni juga semakin membesar, mana taknya kandungan sudah mencecah ke 8 bulan. Rasa teruja dan nervous itu bercampur baur.

"Abang nak kemana ni ?" Amni menyoal sebaik saja kelibat suaminya yang segak ber t-shirt hitam menuruni tangga.

"Nak keluar kejap.." jawab Syameel senada.

"Dengan siapa ?" soal Amni tidak puas hati.

'Hari minggu pun nak keluar ke?' gumam hati kecilnya.

"Dhia.."

Sebaris nama itu bagai menghiris hatinya. Mana taknya, sudah sebulan ini suaminya asyik keluar dengan empunnya nama. Jarang melekat dirumah. Bila ditanya, dia akan jawab 'bukan itu yang sayang mahukan' .

Amni kehilangan kata. Hendak melawan pun tiada guna, balik-balik dia juga yang salah. Sebulan itu juga dia menahan rasa. Apatah lagi hubungan mereka tak macam dulu. Hati disabarkan sebaik mungkin.

"Kenapa diam ?" soal Syameel kemudiannya.

"Tak ada apa. Abang balik makan tengahari tak ni nanti ?"

"Not sure, tengok lah nanti macam mana.. abang pergi dulu.."

Belum sempat Amni menghulurkan tangan untuk bersalam, Syameel sudahpun hilang dari pandangan. Tipu kalau dia cakap tak kecil hati saat itu. Airmata ditahan semampu mungkin agar tidak mengalir.

"Sampai hati abang.."

Malangnya, dia tewas jua.

*******
"Boleh tak you jangan pegang-pegang I ? rimas tau tak ?! Jalan elok-elok tak boleh ke ?" ujar Syameel dengan nada geram.

Dhia menunjukkan protes. Muncung ditarik.

"Tak ada masa I nak layan rajuk you tu. Dah kira bersyukur I sudi temankan you buat check up hampir satu bulan ni.."

Dhia mendengus. Mahu tak mahu, dia terpaksa akur.

'Tak apa, sikit lagi. Aku harus bersabar..' bisiknya dalam hati.

Senyum sinis disembunyikan. Sepertinya ada agenda yang dirangka.

"Alaa.. I pegang bukannya tak berlapik pun." jawab Dhia tak mahu kalah.

"I ni suami orang. You tu jaga sikit perangai you tu."

Tak kuasa Syameel nak melayan perangai tak semengah gadis itu. Hampir sebulan itu juga dia terpaksa hadap Dhia Dhawana. Itu pun sebab dia ingin mengajar si isteri dirumah. Sakit betul hatinya bila terpaksa dingin dengan si isteri. Rindu ! Ya dia memang rindu nak bermanja dengan Amni . Namun, dia harus bertahan agar si isteri sedar akan kesilapannya.

"Ish you ni.. takkan selama sebulan ni you tak ada perasaan langsung kat I.. "

Syameel memusing badannya menghadap Dhia yang tersengih.

"In your dream, Dhia Dhawana. I temankan you ni pun sebab isteri I paksa, kalau tak jangan harap la .." dingin saja nada suara lelaki itu.

Namun, Dhia tidak ambil hati dengan kata-kata lelaki itu sebaliknya senyuman penuh makna diukirkan.

"Dah cepat.. I tunggu kat luar ni, you buat check up.."

Dhia akur. Pintu bilik rawatan diketuk dan dikuak perlahan setelah suara dari dalam menyeru untuk masuk. Walaupun hari minggu, tetapi jadual check up gadis itu tetap padat dan dipantau dengan ketat atas kehendak Datin Afiqah sendiri. Datin Afiqah mengupah seorang doktor psikiatri pribadi buat anaknya. Tidak dihairankan, jikalau Syameel turut terlibat dengan jadual check up gadis itu. Jadinya, dia juga kekurangan masa untuk bersama isteri dirumah.

******
Terasa bosan dirumah, Amni buntu tak tahu nak buat apa. Hendak keluar rumah, suaminya memang tak bagi sebab keadaannya sekarang ni tidak mengizinkan.

Handphone berdering. Nama yang terpapar menerbitkan senyumnya.

"Hello Assalamualaikum.." sapa Amni terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam.. Kak ngah, kejap lagi Ryn sampai rumah Kak Ngah.."

"Iya ke ? Allah, kenapa tak cakap awal-awal nak datang sini ? Ryn datang dengan siapa? "

"Hehehe, Angah yang suruh temankan Kak Ngah.. Ryn datang sorang aje.. okaylah, nanti dah sampai Ryn whatsapp Kak Ngah ye .."

"Ha'ah.. baiklah, hati-hati drive tu.."

"Okay, bye !"

"Bye !"

Panggilan dari adik iparnya tamat. Eryna, adik bongsu Syameel yang baru sahaja balik Malaysia selepas tamat pengajian di United Kingdom dua minggu yang lalu. Amni tersenyum sendiri, bila teringat wajah Eryna yang excited berjumpa dengannya ketika di Villa milik keluarga mentuanya. Dan gadis itu baru sempat bertemu dengan Amni kerana masa kahwin dia dulu, Eryna tidak dapat balik Malaysia kerana ada exam.

"Budak ni.. dah la aku belum masak apa-apa lagi ni.." belum sempat punggung diangkat dari sofa, satu whatsapp diterima. Amni mengerutkan dahi.

"Takkan dah sampai kot.. cepatnya.."

Applikasi whatsapp dibuka. Dari nombor yang tak dikenali.

Sekali lagi dahi dikerut. Ada 3 photo diterima.

"Scammer ke ni?"

Namun, hatinya kuat untuk membuka kiriman tersebut. Dengan lafaz bismillah, photo dimuat turun. Takut pula kalau itu scammer.

Bagai ditusuk pedang yang tajam hati Amni saat ini, apabila melihat gambar yang diterimanya. Gambar suaminya bersama Dhia yang nampak begitu mesra. Dhia merangkul lengan Syameel dengan senyuman lebar.

"Ya Allah.. apa yang abang buat ni ? Sampai hati abang buat macam ni dekat belakang Amni.." luluhnya hati seorang isteri. Airmata yang ditahan tidak mampu dibendung lagi.

Amni menangis semahunya. Walau apa-apapun, dia tetap untuk memilih percaya pada suaminya itu. Tatkala hatinya itu berbelah bahagi. Dia tidak boleh cepat melatah sebelum bertanya langsung pada suaminya.

******
Dhia keluar dari bilik rawatan lalu melangkah ke arah Syameel yang setia menunggunya. Namun, satu whatsapp yang diterima membantutkan langkah kaki gadis tersebut.

+60147891258 : done

Dhia tersenyum lebar membaca sebaris ayat itu. Langkah dipanjangkan menuju ke arah Syameel.

"You.. I nak pergi ladies kejap .."

Syameel mengangguk tanpa banyak soal.

"You tunggu kejap ya .."

Tanpa menunggu lama, Dhia terus melangkah ke destinasinya. Ada perkara yang dia kena uruskan.

Sesampai saja di toilet perempuan, seseorang sudah pun menunggunya disitu. Dhia senyum lebar.

"Good job !" ucapnya ringkas lalu menghulurkan sampul berwarna coklat kepada seseorang itu.

Sampul berpindah tangan. Seseorang yang berpakaian persis jururawat hospital tersebut tersenyum sengih.

"Thank you !"

"Ingat ! You kena tutup mulut. Buat macam biasa. " sempat Dhia memberi peringatan.

"Baiklah Cik Dhia .. jangan risau, I akan simpan rahsia you ni .." balas perempuan itu.

"Good ! Dah.. buat kerja you.. I nak balik."

Perempuan itu mengangguk lalu beredar dari situ. Dhia tersenyum penuh makna memandang diri sendiri dihadapan cermin.

"Let's start the game ! "

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now