Bab 12

1.6K 67 0
                                    

Well. Well. Well. Hari ini merupakan hari yang paling mendebarkan bagi seorang gadis yang bernama Nurul Amni Syadiqah. Dia akan menghadiri temuduga di syarikat yang lebih besar dan maju berbanding syarikat lama tempat dia bekerja dahulu.

Amni menilik penampilannya di cermin. Baju kurung berwarna biru muda dengan tudung bawal warna kelabu dikenakan bagi menghadiri sesi temuduga hari ini. Wajahnya yang neutral beauty itu dioles dengan sedikit bedak untuk menyerikan lagi wajahnya.
Usai saja bersiap, Amni mengambil beberapa dokumen yang diperlukan sebelum keluar dari bilik tersebut.

Langkah kaki dipercepatkan untuk sampai ke tingkat bawah. Seketika, matanya tercari-cari akan kelibat Hajah Miza. Kaki dibawa ke ruang dapur setelah Hajah Miza tiada di ruang dapur.

"Umi.." panggil Amni lembut agar tidak mengejutkan Hajah Miza seperti selalu.

Hajah Miza yang sibuk mengelap dapur menoleh ke suara itu.

"Eh, dah nak pergi ke ni ?" soal Hajah Miza lalu menghampiri anak gadisnya itu.

"Ha'ah umi. Interview start pukul 8:30 nanti mi. Am saja nak gerak awal, takut tersangkut jam pulak kang susah.."

"Erm, iyalah. Nana macam mana ? "

"Umi tak yah risau, Am dah bagitahu kat mak Nana yang hari ni, Am tak boleh hantar dan ambik Nana. Mak cik pun okay. Tadi dia suruh Nana tumpang kereta ayah kawan Nana sendiri." jelas Amni pada uminya.

"Oh, baiklah kalau macam tu. Dah, Amni pergi lah. Kang lambat pulak nanti. Ingat, betulkan niat tu. Kalau tak lulus, tak apa. Bukan rezeki namanya.." sempat Hajah Miza berpesan pada Amni.

"Iyalah umi. InshaaAllah, umi doakan Am ya."

"Iya, InshaaAllah. Umi selalu doakan untuk anak-anak umi."

"Hehe. thanks umi. Am gerak dulu ya. Assalamualaikum.." kata Amni lalu menyalam tangan Hajah Miza sebelum melangkah pergi dari situ.

"Waalaikumussalam. Hati-hati bawak kereta tu.."

Amni cuma menaikkan thumbs up nya tanda 'baik' pada Hajah Miza.

Hajah Miza menggeleng kecil sebelum menyambung kembali kerjanya tadi.

******
Kini Amni sudah sampai di hadapan bangunan yang tersergam indah itu. Mulutnya hampir ternganga melihat bangunan yang besar tersebut. Liur ditelan berkali-kali. Dia berselawat di dalam hati sebelum langkah dihayun untuk dibawa masuk ke dalam bangunan yang gah berdiri tersebut.

Jam ditilik seketika.

"Pfuh, nasib baik sempat sampai. Kalau tak sia-sia aje aku marathon kat sini." gumam Amni sendirian.

Kaki sudah sampai di hadapan pintu lift.

Ting !

Tanpa menunggu lama, Amni terus memboloskan diri ke dalam perut lift. Hatinya saat ini hanya tuhan yang tahu betapa nervousnya dia. Ini bukan kali pertama dia datang buat interview, tapi entah kenapa interview yang dia hadiri kali ini membuatkan hatinya gemuruh dan tak tentu hala.

Ting !

Amni sudah tiba ditingkat 5 tempat interview berlangsung. Meskipun berat rasa kakinya untuk melangkah keluar, namun digagahkan jua demi satu tujuan, iaitu dia meski dapat kerja sebelum habis bulan ini. Kalau tak, dia terpaksa bekerja di syarikat milik keluarganya. Itu yang dia malas.

Amni menghayunkan langkah ke meja yang dijaga oleh seorang wanita yang berumur lingkungan 25 ke atas. Wanita itu berdiri tatkala melihat Amni menghampirinya. Seketika, Amni sempat melihat keadaan sekeliling. Banyak juga kerusi yang sudah penuh diduduki oleh manusia yang ingin menghadiri sesi temuduga itu.

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now