Special Chapter (Ending)

Bắt đầu từ đầu
                                    

MEREKA, berdua duduk di atas kerusi kayu. Irene memandang ke kanan. Viez menyandarkan badan ke belakang. Dadanya berombak menghirup udara segar. Keringat mengalir dari dahi.

"Sorry, aku tak pakai cincin." ucap Irene perlahan. Kepala nenunduk ke bawah.

"Mana cincin tu?" Viez menyoal sambil menjungkit kening ke atas. Irene yang menunduk menyulam jari-jemarinya dipandang pelik. Wajahnya sedikit sunggul.

"Ada ...." tangan menyeluk ke dalam poket. Perlahan dia meraba isi yang ada tetapi jarinya tidak dapat merasai benda kecil itu. Dahi berkerut dan dia mula mengelabah.

"Kenapa? Kenapa?"

Irene berdiri tegak "Cincin tu aku rasa tercicir. Viez aku minta maaf, aku nak pergi cari." Viez segera mencapai tangan Irene.

"Kita cari sama-sama,"

Irene dan Viez mencari di serata tempat. Setiap jalan yang dilalui oleh mereka diperhatikan dengan teliti. Sampai tahap Irene menanya setiap penduduk di situ. Mereka berdua menemukan jalan buntu. Cincin yang dicari tidak jumpa langsung.  

"Suka juga dekat cincin itu ye?" Viez tersenyum simpul. Mula-mula Irene memang marah tapi tak sangka sekarang ini ia lebih bermakna. Irene hanya diam tidak membalas.

"Tak apalah. Aku boleh beri yang lain,"

"Tapi ...." kata-kata Irene terhenti apabila ada satu kelibat yang menarik perhatiannya. Dia menoleh ke kiri.

Gadis berpakaian jubah berkerudung merah gelap, berdiri lima tapak darinya. Viez juga turut memandang. Gadis itu tersenyum. "Aku nak bercakap dengan kau."

"Carla, kau nak apa?" balas Viez dingin.

"Kau tak perlu masuk campur. Ini antara aku dan Irene."

Irene memberi isyarat mengunakan mata supaya Viez pergi. Tetapi dia enggan. "Please Viez."  pandangan tajam dihalakan. Viez meneguk air liur seraya mengangguk laju.

Setelah memastikan Viez pergi, Carla mendekati sambil tangan mengenggam sesuatu. "Nah, benda ni kau cari macam orang gila kan?" Carla membuka genggaman dan sebentuk cincin emas batu delima berkilau dek panahan cahaya matahari.

"Ah, terima kasih." ucap Irene lega. Cincin diambil lalu menyarung terus pada jarinya. Tersenyum dia melihat.

"Ugh, i hate love."  Carla menjulingkan mata. Irene tergelak kecil. Mereka berdua sudah berbaik. Carla cuma tak puas hati pada Irene hanya disebabkan ketika kecil dahulu Irene pergi tinggalkan dia tanpa sebarang berita dan jejak.

"Irene, kau setuju?" Anak mata biru dipandang dalam. Sesaat Irene terdiam. "Kalau kau nak ... aku boleh tolong ... jumpalah aku nanti. Kau tahu kan nak cari aku dekat mana?"

"Okay, Carla. Kau dah ada dekat sini kan? Mari teman aku makan!" Irene tersenyum mesra. Jubah Carla ditarik menyebabkan dia terdorong ke hadapan mahu jatuh. Irene mengekek ketawa melihat Carla.

IRENE termenung duduk termenung ditepi tingkap biliknya. Telapak tangan kanan dipandang. Arus elektrik kelihatan muncul dicelah jari. Satu kuasa yang tidak digunakan langsung. Malah tidak berminat mahu mencuba. Arus elektrik kecil muncul membentuk figura manusia kecil. Mana datangnya kuasa ini? Dia pun tidak tahu. Dunia ni jaranglah ada. Kebanyakan hanyalah kuasa element saja.

Kini tangan kiri dipandang pula. Wap sejuk keluar dari kulitnya sebelum mengeras menjadi seketul ais. Ais tersebut pecah lalu membentuk figura manusia kecil juga. Irene diam hanya memerhati. Kata makcik Sophea, ibunya dari dimensi lain. Betul ke?  Mungkin juga kuasa ni dari ibunya.

Dua figura kecil tadi berlawan dihadapan matanya. Pada mulanya ia menumbuk sesama sendiri semakin lama ia menjadi-jadi sehingga ada letupan kecil. Irene terkejut lalu memetik jari serentak itu figura elektrik memercik menjadi kilauan putih dan figura ais lebur menjadi air.

White Guardians ( Editing)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ