Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 6 pagi. Selepas solat subuh, aku menyiapkan sarapan dan sekaligus menyiapkan diri untuk bekerja. Hari ini merupakan hari terakhir aku bekerja di butik pengantin ibu Adra,kawan baik aku sendiri. Setelah hampir 3 tahun aku bekerja di situ, terasa amat berat mahu meninggalkan kerana di butik itulah punca aku mencari rezeki. Sebenarnya,selepas SPM aku memang bercadang mahu bekerja sementara menunggu keputusan SPM keluar sebab bosan duduk di rumah. Alang-alang tu bolehlah aku menambah duit poket dan secara kebetulan Adra menawarkan aku bekerja dia butik ibunya. Tanpa berfikir panjang,aku terus terima tawaran Adra. Kami kenal dari tingkatan 3,tiadalah lama mana. Tapi cukuplah masa yang singkat itu untuk mengenali hati budi dan perangai masing-masing dan sekarang kami sudah pun menjadi sahabat sejati. Sepuluh minit sebelum jam 10 aku telah tiba di butik ibunya, aku memang sengaja datang awal hari itu sebab hari terakhir bekerja. Mestilah kena jadi pekerja yang berdisiplin sikit hahaha. Hari terakhir baru nak tunjuk baik konon ciss. Aku melihat seorang lelaki berkemeja biru gelap sedang berdiri di hadapan butik tersebut dan aku mendekati lelaki itu.
"Assalamualaikum, boleh saya bantu Encik?"
"Waalaikumsalam,saya mencari Adra Lyzzurin dia bekerja di sini ke?"
"Oh Adra, dia memang bekerja di sini, ni butik ibu dia"
"Dia ada tak? Saya kawan sekolah dia dan saya ke sini mahu berjumpa dia"
"Dia tak sampai lagi"
"Bila dia sampai ye? Sebab saya nak sangat jumpa dia"
"Dia tak tentu masuk pukul berapa harini sebab dia ada kerja sikit pagi ni. Kalau encik nak sangat jumpa,encik duduk la di dalam dulu"sambil tangan aku mempelawa lelaki itu masuk ke dalam butik.
"Oh yeke, takpelah kalau macam tu,nanti kalau saya free saya datang balik,Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam".
Aku seperti pernah melihat muka lelaki itu. Seperti ada rasa satu kebencian yang pernah terjalin. Oh ya..dialah Firdaus.. Lelaki yang pernah Adra ceritakan pada aku sewaktu sekolah menengah dulu. Dialah lelaki yang pernah menyakiti hati Adra. Kenapa dia ada disini? Bukan ke dia dah buang Adra dalam hidup dia? Kenapa dia muncul disaat kawan aku sedang bahagia? dan kenapa dia perlu hadir kembali dalam hidup Adra?. Perlukah aku beritahu Adra yang Firdaus datang ke butik hari ini? Aku tidak boleh menilai dan berfikiran negatif begitu saja. Mungkin dia ke sini ada hajat atau sesuatu. Aku buntu. Aku tidak mahu kawan aku merana lagi hanya kerana lelaki yang tidak berguna itu. Aku sayang kawan aku. Aku tidak mahu dia bersedih lagi.
Tepat jam 1.00 tengah hari. Adra sampai ke butik dengan membawa makanan yang aku pesan sebab hari ini kami merancang lunch bersama di butik.
"Lisa,lusa hang jadi ke nak pergi Korea tu?".
"Mestilah jadi, aku dah lama simpan impian nak pergi sana, alang-alang aku ada duit lebih ni bolehlah aku pergi sana,bukan selalu pon aku dapat peluang nak pergi sana".
Alhamdulillah dapat juga aku pergi negara Kpop tu. Itu pun sebab aku ada duit lebih nak pergi sana. Semuanya disebabkan Adra. Kalau dia tak tawarkan aku kerja kat butik ibu dia tu, takdelah aku nak pergi Korea secepat ini. Kalau tak,kena tunggu 5 ke 6 tahun lagi la nampaknya.
"Bestnya,nanti hang dah sampai sana kirim salam kat Ji Chang Wook oppa aku tau".
"Buat tebiat ke kau ni, ingat Korea tu kecik ke,aku pergi sana seminggu je,bukannya sebulan. Kalau aku jumpa pon aku nak ambik gambar banyak-banyak lepas tu aku nak send kat kau dan adik aku,confirm hampa dua jealous".
Adik aku pun sudah lama meminati Ji Chang Wook, dari aku darjah 6. Adra minat pun mungkin daripada adik aku. Tapi Adra minat masa aku tingkatan 4. Bermadulah hampa dua.
"Kuang ajaq hang ni Lisa,takpa biaq aku pi sana cari dia. Dengan T.O.P hang sekali aku cari".
"Carilah husband aku tu sampai jumpa. Hang takkan jumpa punya hahaha".
Aku minat sangat dekat Choi Seung Hyun a.k.a T.O.P dari kumpulan BIGBANG tu. Dah lebih 10 tahun aku setia dan meminati dia. Bilalah aku dapat jumpa dia. Takpelah kalau ada rezeki adalah. Orang kata kalau dah jodoh tak kemana. Cewahh...
"Jap,harini hang last kerja kat sini kan?
"Haah, lepas ni aku rindu la nak membawang dengan kau"
"Ala takpa la. Tapi nanti kalau hang nak kerja ke apa ke hang teruih imform aku. Butik ni sentiasa terbuka untuk hang"
"Amboii lagu tu ka..okay-okay baik boss"
Dan tiba-tiba aku teringat akan lelaki yang datang ke butik pagi tadi.
"Ra, kalau aku bagitahu something kau jangan marah eh,sebab kau yang kata kalau ada apa-apa bagitahu kau, jangan simpan rahsia antara kita".
"Bagitahu la, buat apa aku nak marah hang".
"Tadi masa aku sampai butik,aku ada nampak seorang laki ni, dia berdiri kat depan butik, bila aku tanya dia,dia kata dia cari kau".
"Buat apa dia cari aku?".
"Mana aku tau, tapi tadi dia bagitahu nanti dia free dia datang balik sebab dia nak sangat jumpa kau".
"Sapa laki tu weii, seram aku tiba-tiba je dia cari aku. Hang tak tanya ke nama dia?".
"Aku lupa nak tanya. Tapi aku tahu sapa dia dan aku kenal dia. Kalau aku bagitahu ni hang jangan marah eh?".
"Takdak la".
"Orang yang cari kau tadi tu...Firdaus".
Adra terus mengerut dahi dan membisu.
"Aku minta maaf, aku sebenarnya tak nak bagitahu kau sebab aku tahu kau akan jadi macam ni"
"Takpa la Lis. Aku dah move on. Aku dah tak da menaruh apa-apa harapan lagi kat dia. Dah lah toksah dok bahas pasai ni lagi. Baik aku tolong hang buat plan masa hang kat Korea nanti lagi baguih"
Aku tersenyum. Aku tahu dalam hati Adra masih lagi tersemat nama Firdaus.
YOU ARE READING
JODOH YANG TAK DIPINTA
RomanceAlisa Humaira. Perempuan yang kuat emo. Dia mudah jadi gila dan kegilaan dia hanya mampu difahami oleh Adra Lyzzurin, sahabat sejatinya. Dia perempuan yang mudah membuat orang disekelilingnya senyum dan ketawa dan dia juga bijak dalam menyelesaikan...
