Part 7

138 5 0
                                    

4 Tahun kemudian...

MASA terus bergerak pantas. Tidak terasa Nia sudah pun berumur 12 tahun. Nia membesar seperti anak perempuan yang lain. Nia masih hidup dengan patung dan kalungnya itu. Semua itu tidak pernah ditinggalkan. Cuma patung itu saja yang adakalanya ditinggalkan di bilik tidur.

Sejak berumur 12 tahun, Nia sering keluar rumah. Dia menghadiri kelas tambahan yang diadakan di sekolah. Tahun ini dia akan menduduki PPSR jadi, fokus untuk belajar itu harus. Habis saja sesi kelas tambahan tadi, Nia membawa buku teksnya menuju ke kantin sekolah.

"Kau dapat faham apa yang Cikgu Hairi ajar tadi?" soal Fida, kawan baik Nia.

"Faham macam tu saja," jawab Nia.

Kemudian Aniq muncul dan duduk berdepan dengan Nia dan Fida. Dia tercungap-cungap kerana berlari laju. Selain Fida, Aniq juga merupakan kawan baik Nia.

"Apa juga yang kau kejar, Niq?" soal Fida.

"Aku takut kamu tinggalkan aku. Tu pasal aku lari." Aniq tersengih.

Nia dan Fida tertawa mendengar jawapan Aniq.

"Eh, Nia. Abang kau, Naqiu di mana sekarang?" Fida menyampuk.

"Abang aku sekolah berasrama sekarang. Tingkatan empat sudah kan abang aku tu?" jawab Nia.

"Patutlah kau sudah tiada bodyguard?" usik Fida.

Aniq menampar lengan Fida perlahan. "Tidak elok kau cakap abang Nia macam tu. Jarang tau dapat perhatian dari seorang abang macam abang Nia."

"Okeylah, Niq." Fida mengalah. Aniq selalu menang kalau bab-bab bertikam lidah.

"Nia, Fida... aku kena balik dulu. Pagi tadi mak aku suruh aku balik awal." Aniq memberi alasan.

"Okey, nanti esok kita belajar sama lagi," ujar Nia.

Aniq meninggalkan Nia dan Fida. Dia mengatur langkah menuju ke arah basikalnya. Seperti selalu, Nia dan Fida akan belajar berdua di situ. Pengusaha kantin sudah terbiasa dengan cara merzka yang gemar belajar bersama.

Tepat pukul 3.00 petang, mereka mula meninggalkan sekolah. Dalam bulan ini, Nia ajak Fida bermalam di rumahnya. Mak dan ayah Fida ada urusan di Johor. Mereka berharap agar Fida dapat tinggal serumah dengan Nia selama kepergian mereka. Nasir dan Nita bersetuju kerana Fida berkawan baik dengan Nia.

Nia dan Fida menyelusuri semak-samun untuk sampai ke rumah. Seperti selalu, Nia akan singgah di rumah Melati sebelum balik ke rumah. Melati akan menyediakan makanan yang lazat-lazat unyuknya.

"Fida, teman aku singgah di rumah Aunty Ati kejap." Nia bersuara.

"Aunty Ati tu siapa?" soal Fida dengan dahi berkerut.

"Aunty Ati ni baik orangnya. Nanti aku kenalkan dengan kau," jelas Nia dengan penuh rasa gembira.

Fida mengangguk.

Mereka berdua terus mengatur langkah. Sampai di kawasan rumah Melati, mereka menapak langkah menuju ke hadapan pintu rumah. Fida memandang persekitaran rumah Melati.Dipenuhi flora dan fauna. Ianya benar-benar cantik. Semulajadi terserlah.

Nia mengetuk pintu dan berkali-kali dia melaungkan nama Melati. Tiada sambutan. Kira-kira dua puluh minit selepas itu, Melati membuka daun pintu dan agak terkejut melihat Nia datang bersama orang lain.

"Nia minta maaf kerana bawa kawan, aunty," pinta Nia.

"Ohh, tidak mengapa, Nia. Bawa kawan Nia masuk. Nanti aunty sediakan makanan," ujar Melati.

Patung bernyawa (Completed)Where stories live. Discover now