Part 13

54 4 0

(LAST PART)

Mentari yang memberi pantulan cahaya yang jelas di balik pesisir jendela, menyilaukan pandangan mata. Mak Munah menutup sedikit tabir jendela yang menyinari wajah Nia. Pak Udin telah memaklumkan bahawa hari ini pasti ada perubahan pada diri Nia. Penawar yang diberikan memberi impak kesembuhan pada dirinya.

Seketika kemudian, Nia terbatuk-batuk kecil. Dia menggosok birai matanya perlahan dan matanya menyeroti setiap ruang di dalam rumah itu. Terlalu asing baginya. Seolah-seolah dia belum pernah menjejaki tempat itu.

Nia bangun dalam keadaan duduk, disentuh ubun-ubunnya perlahan. Amat perit dirasakan. Dahinya turut berkerut menahan kesakitan.

“Saya di mana?” soal Nia, lambat-lambat.

Mak Munah mendekati Nia apabila melihat Nia sudah mulai sedar.

“Anak jangan risau. Anak selamat di sini,” balas Mak Munah.

“Nenek ni siapa?” tanya Nia dengan pandangan yang kelam.

Mak Munah menyentuh bahu Nia lembut. “Saya Nek Mun. Nama anak siapa?”

“Nia... saya jatuh di lereng bukit masa buat perkhemahan.” Suara Nia masih lemah.

Mak Munah merasa lega, sekurang-kurangnya identiti diri Nia sudah diketahui. Tidak perlu lagi dia bermain dengan teka-teki.

“Nia rehatlah ya. Nenek sediakan makanan di dapur,” ujar Mak Munah sambil tersenyum.

“Baiklah, nek,” balas Nia dan dia baring kembali.

Mak Munah melangkah ke dapur untuk menyediakan makanan untuk Nia, sambil menanti kepulangan suaminya dari hutan. Katanya, mahu mencari penawar untuk Nia lagi.

Mak Munah hanya menyediakan sup ayam kampung pada Nia. Hanya itu yang mampu disajikan. Usai memasak semuanya, ianya dihidangkan pada Nia. Dilihatnya, Nia menjamah juga makanan itu. Tenang hati Mak Munah melihat Nia menjamu selera.

Ketika itu juga, Pak Udin baru kembali dari hutan. Seperti selalu, dia pasti akan membawa akar-akar hutan untuk dijadikan ubat. Mak Munah menyusul langkah suaminya ke dapur.

“Budak itu sudah sedar, Mun?” soal Pak Udin sambil meletakkan akar-akar hutan itu di atas nyiru besar.

“Sudah, bang. Sekarang dia sedang makan di ruang depan. Katanya, namanya Nia,” jawab Mak Munah.

Pak Udin mengangguk. “Baguslah macam tu, Mun. Lepas ni, aku mau rawat dia lagi. Hanya kalung itu saja yang dapat menjawab segala teka-teki di hati kita.”

Mak Munah mengangguk. Dia berharap suaminya mampu merawat Nia. Dia melangkah ke ruang depan, menemani Nia yang sudah pun menghabiskan makannya. Sejurus kemudian, Pak Udin pula menyusul langkah isterinya. Satu senyuman dihadiahkan kepada Nia. Nia memandang Mak Munah dengan dahi berkerut.

“Saya Pak Udin. Saya yang jumpa kamu di lereng bukit.” Pak Udin bersuara.

Nia mengangguk. “Saya Nia.”

“Okey, Nia boleh panggil saya atuk ataupun aki. Kejap lagi kita buat rawatan untuk Nia lagi. Badan Nia masih lemah,” kata Pak Udin.

“Baiklah, aki.”

Pak Udin memandang Nia dalam jangka masa yang lama. Kulit Nia kelihatan kering dan pucat. Pandangan Pak Udin terhenti di balik kalung yang dipakai oleh Nia. Sesekali kalung itu mengeluarkan pantulan cahaya berwarna merah namun, hilang kembali.

“Mun... ambilkan aku air. Letak dalam besen kecil,” arah Pak Udin.

“Baiklah, bang.” Mak Munah melangkah menuju ke dapur, kemudian kembali semula dengan membawa sebesen air seperti yang diminta oleh Pak Udin.

Patung bernyawa (Completed)Where stories live. Discover now