Part 6

151 6 1
                                    

Matahari yang memancar dengan teriknya tidak pernah menghalang Nia untuk terus bermain di atas buaian. Dia suka bermain di atas buaian itu bersama patung kesayangannya. Patung itu kiranya ibarat teman Nia dikala kesunyian. Belum lama bermain di buaian, Nita memanggilnya.

"Masuk rumah sekarang, Nia," arah Nita.

"Benarkan Nia bermain buaian lagi, ma," pinta Nia.

"Tidak boleh. Masuk rumah. SE..KA..RANG..." Nita menekankan kata-katanya.

Mungkin terdengar suara mamanya yang kedengaran sedikit mengherdik, air mata Nia jatuh. Dia berlari ke bilik tidurnya. Masuk saja dalam bilik, dia terus menguncikan pintu. Dia membuang diri ke atas tilam. Patungnya masih berada di dalam pelukan.

"Baby, mama tidak sayang Nia lagi. Baby saja yang sayangkan Nia." Sendu mencengkam diri Nia.

Baby yang Nia maksudkan adalah patung kesayangannya. Bagi Nia, baby bukan patung. Dia ibarat kawan dan dia akan berkongsi apa saja dengan baby. Nia memandang baby. Mata baby berkilau. Satu cahaya berwarna merah darah keluar dari matanya. Nia tahu, baby mendengar semua masalahnya. Nia terus mendakap baby.

Tanpa sedar, Nia terlena di dalam biliknya. Sedar-sedar saja dari lena, Nia terus mencari baby tapi, baby tiada di dalam bilik. Nia tiada di dalam bilik. Nia tidak peduli. Dia mesti mencari baby. Satu rumah dicarinya namun, tidak berjumpa.

Akhirnya, Nia keluar dari rumah. Tiada seorang pun dalam rumah itu yang perasan Nia keluar. Nia terus melangkah menuju ke kawasan belukar. Melilau matanya ke sana dan ke sini untuk mencari Nia. Nia melangkah lagi.

"Niaaa...." Nia terdengar baby memanggil namanya.

"Kejap, baby. Nia datang." Nia mempercepatkan langkah.

Nia terlari-lari untuk mengejar baby. Sampai ke arah depan, Nia nampak baby berbaring. Cepat-cepat Nia sambut baby memeluknya erat.

"Eh, Nia? Buat apa sini?" Nia tersentak bila aunty itu memanggil namanya.

"Ohh, aunty? Nia cari baby." Nia menunjukkan baby kepada aunty itu.

Aunty itu tersenyum. "Kesian baby tidak berbaju. Aunty tolong jahitkan baju untuk baby, Nia mau?"

"Mau, aunty..." Laju saja Nia menjawab.

"Okey... Kita pergi rumah aunty." Aunty itu mengajak Nia bergerak menuju ke rumahnya. Tidak sampai 15 minit, mereka sudah berada di perkarangan rumah.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah dan Nia pantas melabuhkan punggung di atas sofa. Bantal berbentuk hati dipeluknya.

"Aunty cari kain yang cantik untuk baby, okey?" ujar aunty itu sambil tersenyum.

"Okey, aunty."

Aunty itu berlalu menuju ke biliknya dan kembali semula dengan membawa jarum dan sehelai kain berwarna pink. Dia duduk di sebelah Nia sambil membelek kain berfabrik halus itu.

"Aunty ni siapa nama?" Tiba-tiba Nia terfikir untuk bertanya nama.

Aunty itu tersenyum. "Nama aunty, Aunty Melati. Tapi, Nia boleh panggil aunty, Aunty Ati."

Nia membalas senyuman Melati. Kegembiraan terpancar di wajahnya saat ini. Dia benar-benar rasa bahagia kerana dipertemukan dengan Melati. Melati terlalu baik hati dan mengambil berat terhadapnya. Terlupa seketika Nia dengan kebaikan mamanya kerana terpesona dengan kebaikan Melati.

Patung bernyawa (Completed)Where stories live. Discover now