Part 8

153 9 1
                                    

SEJAK kejadian pada malam itu, Fida sudah jarang bersembang dengan Nia. Di dalam bilik tidur pun dia akan tidur terlebih dahulu. Nia dibiarkan tanpa teman bualan.

Tengah hari itu, selepas kembali dari sekolah, papa dan mama Fida berada di rumah Nasir. Gembiranya Fida tidak terkata bila melihat wajah papa dan mamanya.

Fida memeluk tubuh mamanya erat. "Fida rindu pada mama..."

"Ya, Fida. Mama pun rindukan Fida juga." Pelukan Fida dibalas.

"Okeylah, pergi kemas kain Fida. Kejap lagi kita balik," ujar mama Fida.

Fida mengangguk. Dia bangun dan melangkah ke dalam bilik Nia. Melilau matanya ke arah siling untuk melihat lembaga itu. Syukurlah, bayangan lembaga itu tidak kelihatan.

"Kau balik hari ni, aku tiada kawanlah, Fida?" Tersentak Fida dari lamunan saat suara Nia kedengaran. Laju betul Nia mengejarnya.

"Sudah lama aku tidur di sini, Nia. Papa dan mama aku sudah balik. Jadi, aku kena balik rumah. Aku rindu katil aku," bohong Fida.

Hakikatnya, dia mahu tinggalkan rumah Nia. Bayangan lembaga itu masih menghantuinya. Mata merah lembaga itu yang seakan-akan mahu menelannya, masih tidak mampu dia lupakan.

"Nanti kita jumpa di sekolah," kata Nia.

Fida mengangguk. Dia mengangkat begnya dan melangkah keluar. Di luar, dia bersalaman dengan papa dan mama Nia. Papa dan mama Fida meminta diri.

👀
👀
👀

Tidak terasa masa bergerak. Hari ini, sudah seminggu Fida meninggamkan rumah Nia. Nia merasa seperti ada sesuatu yang terjadi pada Fida. Perubahan sikap Fida dapat Nia rasakan. Fida seperti menjauhkan diri.

"Kau seorang saja, Nia?" soal Aniq dan menarik sebuah kerusi kantin untuk duduk.

Nia mengangguk.

"Fida mana?" Aniq terus bertanya.

"Pusat sumber." Singkat jawapan Nia.

Aniq memandang Nia lama. "Kau dan Fida ada masalah?"

"Entahlah, Aniq. Masalah kami mula timbul lepas Fida tinggalkan rumah hari tu," jelas Nia.

Aniq memandang Nia lama. Keresahan jelas terpancar di wajah Nia. Siapa yang tidak risau dengan keadaan kawan baik sendiri?

"Okeylah, Aniq. Hari ni aku mau awal balik. Nanti esok kita study sama-sama." Suara Nia memecahkan kebisuan Aniq sebentar tadi.

"Awal juga kau mau balik, Nia?" aju Aniq.

"Mama suruh aku balik awal," jawab Nia.

"Okey... tapi, esok kita study sama-sama," kata Aniq.

"Okey, aku janji. Aku pergi dulu." Nia mencapai beg sekolahnya dan mengangkat punggung meninggalkan kantin.

Sepuluh minit selepas Nia pergi, Fida pula sampai di kantin. Dia duduk di depan Aniq. Buku teks diletakkan di atas meja. Keluhan keletihan dilepaskan. Aniq pandang wajah Fida lama.

"Kenapa kau tengok aku macam tu?" soal Fida dengan air muka terkejut.

"Baik kau cakap. Apa masalah kau dengan Nia?" Serius sekali Aniq mempersoalkan tentang Nia.

Dub! Dada Fida berdegup kencang. Apa aku mau cakap dengan dia ni? Takkan aku mengaku yang aku nampak lembaga dalam bilik Nia? getus hati Fida.

"Nia mengadu pada kau?" tanya Fida.

"Nia tidak mengadu. Aku yang tanya dia sebab aku nampak hubungan kamu dua sudah lain sekarang. Apa yang sudah jadi? Kenapa kau macam mau lari saja dari Nia?" Macam perisik sudah Aniq bertanya.

Patung bernyawa (Completed)Where stories live. Discover now