"Tengku."

Farhan memandang security guard itu. "Tengku nak kami buat apa dengan Dr Fahrin?" soalnya. Farhan memandangnya.

"Aku nak kau humban dia dalam penjara." kata Farhan tegas sebelum melangkah pergi meninggalkan mereka.

•••••••••••

Ariel menumbuk dinding saat mendengar berita daripada Farhan. Bibirnya diketap geram. Aryana mengepal penumbuknya. Daniel dah memejamkan mata menahan kemarahan. Aryan menghelakan nafas marah.

Farhan hanya diam dalam dia meraup mukanya kasar. "Far minta maaf. Far tahu Far gagal jadi suami yang baik untuk Adel." tutur Farhan dengan rasa bersalah. Daniel menghelakan nafas. Dia menepuk bahu Farhan.

"Bukan salah kamu." katanya.

"Mummy! Daddy! Farhan!" Mereka memandang Eryna yang berlari turun. "Adel.."

Farhan dah membulatkan mata sebelum berlari naik. Aryana, Daniel dan Ariel pantas mengikut. Aryan memegang tangan Eryna yang kelihatan mengah.

"Kenapa lari? Jaga kandungan ni." kata Aryan lembut. Eryna senyum kecil. Aryan memimpin tangan Eryna naik ke tingkat atas. Dapat mereka dengar suara Adelia yang memberontak.

"Lepaskan aku! Lepas! Lepas!!" Badan Adelia dah ke kiri dan kanan. Cadar katil ditolak-tolaknya dengan kaki. Farhan cuba menenangkan Adelia.

Pang!

"Sayang!"

Tergamam semua saat tangan Aryana menampar pipi Adelia. Mata biru Aryana yang dah berlinangan dengan air mata memandang Adelia. Daniel memeluk Aryana.

Tangisan Aryana pecah di dada Daniel. Matanya jatuh pada anak gadisnya yang dah mula bertenang di pelukan Farhan. Maafkan mummy Adel. Maafkan mummy.

Adelia hanya diam bersama dengan esakan kecil di dalam pelukan Farhan. Farhan hanya diam dalam dia mengusap belakang Adelia. Ariel dan Aryan berpandangan.

••••••••••

Aryana merempuh masuk bilik yang menempatkan Fahrin. Fahrin yang sedang menunduk mengangkat muka.

Buk!

Tumbukan Aryana tepat mengenai muka Fahrin membuatkan Fahrin terjatuh dari kerusi. "Kau memang tak guna gila!" jerit Aryana marah. Sakit hati dia bila mengenangkan perbuatan Fahrin pada Adelia. Dia kisah apa benda ni dah jadi kes polis. Hey, Ary lebih berkuasa dari polislah. She's princess of Sweden.

"You make my daughter suffer!" Aryana menarik kolar baju Fahrin erat membuatkan Fahrin tercekik. "Kau, memang aku bunuh!" Aryana makin mencekik Fahrin. Sisi Ice Princess dia memang completely keluar. Muka Fahrin dah pucat.

"Aryana!"

"Mummy!"

Daniel menarik Aryana untuk melepaskan Fahrin manakala Aryan dan Ariel menarik Fahrin jauh dari Aryana.

"Lepas! Biar aku bunuh tak guna ni!" Aryana meronta. Aryan memanggil dua orang pegawai polis untuk membawa Fahrin keluar.

"Tak guna kau Tengku Fahrin Ashraff!" jerit Aryana. Daniel memeluk Aryana erat.

"Sayang, enough." pujuk Daniel lembut. Dia mengusap lembut belakang Aryana. Aryana menitiskan air matanya.

"Dia buat Adel menderita. Dia sakitkan Adel." kata Aryana bersama dengan esakan. Daniel hanya diam. Dia mengucup lembut dahi Aryana untuk menenangkan Aryana.

Aryan dan Ariel hanya berpandangan.

••••••••••

"Kami sahkan bahawa Tengku Fahrin Ashraff mengambil dadah. Air kencingnya positif dadah."

Kata-kata Inspektor itu kembali terngiang-ngiang di telinga Farhan. Farhan menghelakan nafas. Dia memandang Adelia yang masih tidur. Sejak dari malam tu, Farhan  menemani Adelia tidur. Takut sekiranya Adelia mencederakan diri. Dia akan duduk di lantai sambil kepalanya dibaringkan beralaskan lengan di atas katil.

Adelia lebih trauma dari yang dulu. Tiap kali dia bangun, pasti dia akan mula memberontak. Nasib baik dia mudah bertenang. Farhan sanggup minta cuti untuk menemani Adelia.

"Ya Allah. Kau lindungilah isteriku dari apa-apa bahaya. Kau pindahkanlah sakitnya kepadaku. Kau pulihkanlah dia."

Farhan mengenggam lembut tangan Adelia dan dikucupnya perlahan.

"Abang."

Farhan terus angkat muka memandang Adelia. Farhan senyum sedikit. "Adel okay?" soal Farhan lembut. Adelia hanya angguk kecil. Farhan senyum.

"Adel nak apa-apa? Nak makan?" soal Farhan. Adelia menggeleng tidak mahu. "Nak minum?" soal Farhan. Adelia angguk perlahan. Farhan mencapai gelas air yang diletakkan di atas meja kecil.

"Nah."

Farhan menghulurkan gelas itu pada Adelia. Adelia menghirup sikit air itu. Farhan meletakkan kembali air itu di atas meja.

"Adel nak tidur balik?" soal Farhan. Adelia menggeleng.

"Adel nak peluk abang." kata Adelia perlahan. Farhan senyum sebelum beralih ke sebelah Adelia. Badan Adelia ditariknya ke dalam pelukannya. Adelia memeluk erat badan tegap Farhan. Rasa selamat dalam pelukan suaminya.

Mereka hanya diam. Hanya bunyi nafas masing-masing kedengaran.

"Adel nak pergi jauh dari sini. A really far away from here. Adel nak buang semua memori Adel." kata Adelia. Farhan menjongketkan keningnya.

"Maksud Adel?"

Adelia meleraikan pelukan. Dia memandang Farhan. "Ceraikan Adel?"

"What?!"

••••••••••••





















































Saya minta maafSaya kena buat scene ni untuk matikan watak FahrinJangan risau, lepas ni hanya Shiqin dan Aqilah akan jadi masalah merekaTapi dorang dua tu akan sedar yang kuasa HarSha lagi besar

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now